It's You!

Tuesday, March 19, 2013

Langkawi Pt 3 - Island Hopping

Salam,

Hari Sabtu, bangun jam 6.30 pagi, siap mandi dan solat Subuh. Mr Hubby, Pak Teh, Mummy Yon dan BIL keluar beli sarapan. Mummy Yon sebelum ni pernah datang Langkawi dengan rombongan taman perumahan kami so dia tau tempat beli nasi lemak yang sedap.

Kalau tak silap saya, gerai tu kat Jalan Penarak, dekat dengan bangunan Haji Ismail Group yang sedang dalam pembinaan tu. Nasi lemak dia memang terbaik.

Jam 9.15 pagi kami bertolak ke Underwater World sebab dah janji dengan abang yang handle pakej tu untuk parking di situ. 9.30 pagi kami sampai di Underwater World, tunggu 5 minit abang tu sampai lepas tu kami follow group lain ke Lanai Resort sebab bot bertolak dari situ.

Ok la..meh layan gambar. Saya lupa nama travel tour abang tu. Nanti saya check balik dan update balik dalam blog ya. Oh ya...untuk pakej Island Hopping yang kami ambil ni, kami naik satu bot yang muat untuk 12 orang dewasa. Abang tu caj kami RM250 untuk satu bot. Kalau gi kat Pantai Cenang, ada banyak juga travel tour yang dok tunggu pelancong. Rajin-rajinlah bertanya sebab ada yang boleh bagi harga sedikit murah tapi overall harga adalah standard. Ikut budi bicara travel la.


Excited nak naik bot memulakan perjalanan kami  ke Tasik Dayang Bunting


Macam-macam style nak naik bot..hahaha


Saya bersama SIL dan suaminya...Yani tu masih lali lagi sebab baru bangun tidur. Dalam bot dia mamai lagi.

Nun di dalam sana, adalah Tasik Dayang Bunting

Rombongan kami...

Kena naik anak tangga dan turun anak tangga baru jumpa tasik. Mengah jugak

Hati-hati...tangga agak curam dan berbatu-batu..kena slow je turun. Ada monyet plak tu. Jangan bawa plastik makanan sebab monyet di sini agresif. Dia akan rebut plastik yang korang bawa. Beg pun sandang elok-elok ya!

Ni dia tasiknya. Ramai juga yang dah sampai. Ni bukan cuti sekolah ya. Bayangkan waktu cuti...mungkin akan lebih ramai. 

Disediakan satu ruang bersimen untuk anak-anak kita mandi sebab tasik tu dalam ya. Kalau tak reti berenang, boleh sewa life jacket RM10. Nanti dia bagi balik deposit RM5. Ada juga mereka yang naik bot persendirian dari awal boleh bawa life jacket yang kita pakai waktu dalam bot tu...nak kepastian sila tanya tour provider masing-masing.

Yani sibuk nak mandi juga. Nasib baik ada BIL yang boleh tolong pegang dia.

Tu dia Dayang Bunting kita. Bot akan berhenti kat tengah laut supaya kita boleh tangkap gambar Dayang Bunting ni. Seronok betul!

Next stop, berhenti area Pulau Singa Besar untuk tengok Eagle Feeding. Abang yang bawa bot tu kata kalau waktu makan dia, burung helang ni akan turun memenuhi ruangan perairan pulau. Cantik sangat burung-burung helang ni. Yang paling cantik, mestilah helang kaler coklat macam kat Dataran Lang tu. Ada juga yang warna putih coklat.

Muka-muka yang excited nak ke last stop, Pulau Beras Basah untuk mandi pantai!

Our last pit stop.

Walaupun cuaca panas, tapi air laut ni sejuk dan best sangat. Dahla jernih..time kita mandi, ikan berenang-renang dekat ngan kita. Ada juga yang snorkeling kat hujung pantai tu sebab ada sedikit terumbu karang di situ.


Yani dah hisap jari...ngantuk ler tu....
 

Nota kaki : Recommendable to go here. Sangat berbaloi. Walaupun lepas tu kaki semua sakit sebab mendaki dan menuruni anak tangga di Pulau Dayang Bunting tu, tapi sangat menyeronokkan. Kalau dah pi Langkawi dan inginkan sedikit adventure, ambilla pakej boat tour ni.

7 comments:

  1. panas tak dekat langkawi hari tu?
    sebab skrg nih panas betul dekat kedah nih
    hehehe :-)

    ReplyDelete
  2. bestnya island hopping macam ni...Tapi saya terbayang, kalau time cuti sekolah entah macam mana padatnya lah orang kat tasik Dyg Bunting tu kan..:)

    ReplyDelete
  3. lepas ni bolehlah try pulau payar pulak ida...
    tentu seronok yana dan yani bersnorkling sambil feed baby shark

    ReplyDelete
  4. wak pon X penah sampi pulau dayang bunting jugakkk.,ahHKs

    ReplyDelete
  5. seronoknya dapat naik bot pusing Langkawi..
    minggu depan tentu Langkawi lebih busy...

    ReplyDelete
  6. pantai beras basah tu mmg awesome!! cantik gila!

    ReplyDelete
  7. boleh bg contact number agent utk island hopping x? cuti nie nak bawa famili gi sana... aifa

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...