It's You!

Wednesday, March 27, 2013

Jale-jale Kelate



Salam,

Percutian hujung minggu lepas ke Kelantan sebenarnya tidak dirancang dari awal. Waktu bercuti di Langkawi, SIL ada bagitau diorang nak balik Kelantan sempena cuti sekolah. Saja balik sebab husband dia cuti seminggu, maklumlah cikgu...

Mr Hubby pun kata la nak join sekali. SIL kata ok la..nanti dia singgah Penang dulu so Danish dan Danial boleh tumpang kereta mereka. Lagi pula, mereka rancang nak ke Rantau Panjang sebab nak membeli barang.

Kami bertolak dari rumah jam 10 pagi tapi kena singgah kedai kereta tukar tayar. Mr Hubby baru perasan tayar kereta dia dah keluar benang. Nasib baik perasan, kalau tak...mungkin perjalanan kami tidak selamat. Akhirnya kami bertolak dalam jam 11 lebih. Cuaca memang panas tapi si kembar tu bantai tidur sepanjang jalan ke Titiwangsa. Dah sampai Jeli baru mereka bangun.

Kami sampai di Kelantan lebih kurang jam 4.30 petang. Rumah husband SIL kat Labok, Machang. Rumah dia dalam kebun getah, bila siang panas tapi bila malam sejuk. Mandi pun guna air telaga yang disedut guna generator...airnya sejuk nyaman..

Hari Ahad, kami ke Rantau Panjang dulu. Sampai pun dah tengahari. Konon nak beli blaus tapi satu pun tak berkenan. Belikan mak blaus manakala anak-anak beli jersey bola dan seluar. Akhirnya saya cuma beli palazo..itupun bila tengok SIL borong untuk adik-adik iparnya. Cuaca sangat panas. Tak tau macamana ada orang yang bawa baby kecil ke sana. Berpeluh-peluh semua orang. Yani dan Yana pun bila dah lama sangat mula mengamuk.






Lepas makan di Rantau Panjang, kami beransur ke destinasi seterusnya iaitu Masjid Beijing. Cantik betul masjid itu. Di masjid saya ambil kesempatan mandikan Yani dan Yana. Seronok mereka dapat mandi, segar sikit badan.

Yang ni ehsan en google

 Lepas solat dan rehat sekejap, kami meneruskan perjalanan. Saya tak tau diorang nak ke mana, rupa-rupanya mereka (Mr Hubby, BIL, sepupu diorang dan husband SIL) mencari Kedai Ajihs NAsi Lemak 80 sen. Lama juga kami di sana sebab mereka menunggu Sixteen Gallery dibuka. Galeri tu ada dalam kedai nasi lemak. Nasi lemak sedap, sambal tak pedas (bukan taste saya) tapi saya makan juga. Air buah dia sedap. Hehehe...

Lepas tu, kami gerak ke Kota Bharu sebab diorang nak tengok stadium Kota Bharu. Lepas tu kami bertolak balik. Balik mestilah kami lalu Wakaf Che Yeh so alang-alang dah lalu, kami singgah kejap. Konon nak cari blaus tapi tak jumpa yang cantik, so saya beli tudung bawal je. Bukan yang mahal tu..beli yang RM8-RM10 je.

Sampai rumah dekat pukul 10 malam juga. Memang kami berjalan sakan sebab hari Isnin tu kami dah nak balik. Isnin tu Mr Hubby singgah di Bukit Bunga beli beras. Mr Hubby kata, lain kali dia akan bawa saya ke Danok, Thailand sebab kat sana boleh beli beras dan macam-macam lagi. Saya ok je..hehehe...

7 comments:

  1. rantau panjang tu adalah tempat wajib kami kunjungi kalau balik kelantan! makan mee celup kt station bus tu sedap! nasi lemak 80 sen??? betul ke ni harganya 80 sen? boleh cari nnti nih, kena masuk list JJCM I ni..

    ReplyDelete
  2. Jumaat ni saya ke Kelantan :) Ada apa-apa tips?

    ReplyDelete
  3. Woot..woot..blog Brader masuk bloglist Kak Kniedaz..
    bahagian I'm reading and follow..hihi..
    patut ah banyak trafik masuk..I'm wonder why? hehe..
    syukran Kak Kniedaz sudi masukkan blog picisan ni dalam bloglist akak..
    ni entry khas tuk akak..
    http://fareastfaiz.blogspot.com/2013/03/syukran-kak-kniedaz78.html

    ReplyDelete
  4. Saya pon pernah pergi Masjid Beijing, cantik kan....tapi saya tak pernah pergi rantau panjang ker, bukit bunga ker, pengkalan kubor ker.......hehehhehee...

    ReplyDelete
  5. bestnya jalan-jalan..saya tak pernah sampai sana lagi.. hehe

    ReplyDelete
  6. kalau berjalan kita ok jerkan..
    best gi kelantan... dah lama tak ke sana...
    kalau shopping tempat gitu memang tak sonok bawak budak2kan...

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...