It's You!

Wednesday, March 13, 2013

Kalau Ada Duit

Salam,

Pagi tadi ketika ke pasar bersama Mr Hubby, Yani dan Yana.

Seronok tengok banyak sayur-sayuran yang segar-segar yang boleh dipilih tapi pagi tadi saya hanya beli brokoli, kubis bunga, tempe, kacang parang dan stok cili padi dan cabai merah dan hijau. Cili padi dan cabai adalah bahan masakan yang perlu ada setiap hari sebab kami hantu pedas.

Udang ni la yang kami beli tadi tapi ni dalam google punya


Lepas membeli sayuran di pasar, kami ke tepi sungai dekat dengan empangan air untuk membeli ikan. Tengok-tengok ada udang besar cantik-cantik. Harganya sekilo RM45. Mr Hubby beli sekilo. Saya cuma tukang tengok je sebab yang nak makan pun mereka. Selain udang, kami beli beberapa ekor ikan lidah, jumlah keseluruhannya RM50.

Yang seronoknya bila dengar Mr Hubby kata "Seronoknya pi market kalau ada duit"

Gambar en google

Alhamdulillah, kalau kami kesempitan pun, masih lagi mampu makan ikan, walaupun ikan temenung (ikan temenung pun kadang-kadang mahal sungguh). Bila dia dapat duit lebih, memang dia tak pernah berkira. Nak tau dia ada duit atau tak pun senang je, kalau dia beli macam-macam untuk kami tu, adalah tu duit. Waktu tu, jangan tanya ada duit ke? Dia takkan jawab. Kalau dia takde duit dia lebih suka duduk di rumah, beli pun barang yang  perlu sahaja.

Tapi macamana pun saya redha je. Tak mau cakap lebih-lebih, janji keperluan kami cukup. Tidak bermewah itu tidak mengapa. Kalau ada rezeki lebih, insya Allah ada habuan untuk kita.

11 comments:

  1. samalah perangai yr hubby ngan akak.. ngan akak ok.. suami akak selalu kata kalau der duit penuh peti ais (duit akak suka hati akaklerkan... tak mintak duit dia dah kira oklerkan))))

    ReplyDelete
  2. syukurlah si suami dapat isteri yg redha dan boleh bertolak ansur..
    insya-Allah, rezeki tetap ada dan bertambah adalah nanti.

    ReplyDelete
  3. insyaAllah ada rezeki lain nanti.. ape2 pun bersyukur atas nikmatNya kan.. :)

    ReplyDelete
  4. mahal ek udang kat sana..kat sini udang paling mahal RM 20 sekilo..dah lama x makan ikan takut laut merah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekilo RM20 je...wah murah tu...fenomena laut merah tu still berlaku lagi ya?

      Delete
  5. minggu lepas aku beli ikan temenung, 3 ekor harganya RM10!
    Terkejut dibuatnya. Seekor RM3.33?

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. seronok...kadang-kadang kami tak beli pun..cuma tengok orang je..hehehe

      Delete
  7. betul la kak..lagipun orng llki ni dia xkan cakap bab tu lebih2..kita yang kena faham... pergi pasar kalau tgk syur segar2, ikan, udang sume pun blh jadi mcm pergi shopping..hehe..
    meriah membeli..

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...