Dah petang baru sempat up satu entry. Hari ni sibuk dengan mesyuarat dari pagi hingga ke petang. Bila tak duduk di tempat sendiri, maka tak adalah aktiviti melibatkan komputer.
Cheeky baby girl
Senyum adik...senyum!
Pandai merajuk bila kita marah dia, suka menyanyi dan menari. Juga suka ikut sesiapa yang kat rumah tu solat. Bila kena marah je, pandai pulak buat muka sedih, kata tangan dia sakit la..kaki sakit la. Pandai juga marah-marah kalau kita tak bagi sesuatu.
Yana dengan bantal busuknya. Balik kampung pun kena bawa
Yana suka tengok kartun sampai tengah malam. Kalau dia dah kata "Atun...nak atun..atun" kenalah kami buka sebelum dia nangis. Bila dapat tengok kartun, dia akan statik kat satu tempat tu sampai dia boring. Tapi nak tunggu dia boring, sangatlah lama so kitorang tak bolehlah tengok cerita lain. Sebab tidur selalu lewat, bangun pun ;ewat la...anak dara...anak dara....
Satu lagi nak suruh mandi sangatlah payah. Ada je jawabnya, "Amau..amau.." tapi bila dah mandi, susah la sangat nak stop...selalu nangis dulu lepas mandi. Hehehe...
Kek tak berapa suka..makanan yang lembik pun tak suka
Sekian, itu saja tentang Yana yang saya nak tulis. Saya selalu berdoa mereka menjadi anak yang soleh dan solehah dan berjaya di dunia dan akhirat. Insya Allah.
Nota kaki : Perasan tak, Yana cakap semuanya mula ngan "A" ... amau...atai...atun...ama...hahahaha.....
Alololo mesti comel je dgr ale yg kuo dr mulut yana
ReplyDeletealalala comelnya!!!
ReplyDeletebijak anak mama ni :)
ololo..geram tgk..
ReplyDeletesamalah mcm ali, ummi pun dia sebut 'ami.' huhuhu
ReplyDeleteComel je Yana ni...hhihi cute je!..
ReplyDeletesama dgn pa'e dulu..nak kismis dia akan ckp 'nak mismis'..hehe..
moga membesar jd anak yg cerdik ya cyg..amin:)
Usia macam inilah seronok nak main sama. Kalau berjauhan mesti rindu dan teringat-ingat. Cerdik dia tu yg org suka..
ReplyDeletebiasa la budak2. ada yg cpt ckp, ada yg tidak.
ReplyDelete