It's You!

Monday, March 4, 2013

Happy 24th Birthday Mummy!

Salam,

Malam semalam, kami bawa anak-anak, BIL, Mummy Yon, mak, Angah dan Mak Da sekali ke Pizza Hut, Raja Uda. Tujuan utama nak celebrate birthday Mummy Yon. Tak tau nak bagi apa, tu pasal ajak makan.

Yani dan Yana bukan main seronok lagi. Seronok nak main dan jalan-jalan. Letih juga nak control nasib baik ada ramai penjaga so tak la kelam kabut. Kalau saya dan Mr Hubby je bawa 4 orang budak tu, rasanya tak makan la kami. Bungkus bawa balik je. Hahaha....

Ni kira last birthday Mummy sebagai anak dara. Insya Allah lepas raya mummy dah kahwin dah dan duduk jauh sikit dari kami. Nak jumpa tunggu kami gi KL la. Alhamdulillah, mummy banyak tolong saya dan mak menjaga Yani dan Yana. Kalau harapkan saya sorang, memang tak menang tangan. Dengan karenah dua budak kecik tu, dengan kerja rumah semua...huhuhu...Kira lepas raya nanti saya akan berdikari pulak. Mummy dah gi KL, mak pulak mungkin ke rumah adik perempuan saya di KL sebelum balik ke kampung. Maka, saya jadi monster setiap minggu, bergantung kepada 4 budak di rumah itu..hehehe..

Kami semua doakan mummy sentiasa bahagia dan dimurahkan rezeki walau di mana mummy berada. Kami semua sayang mummy!

Mr Hubby dan BIL

Mummy, Yani, Yana & Mak Da

Danish sibuk tengok menu..nak spageti la tu





Angah & Mummy

Nota kaki : Lepas makan tu, ada pulak perarakan kereta berhias sempena tahun baru cina kot sepanjang jalan Raja Uda. Mungkin untuk tujuan sembahyang mereka sebab perarakan itu berakhir di Tokong mereka di hujung jalan. Kami pun tumpang tengok la....Yani dan Yana seronok tengok lampu berwarna-warni. Masuk-masuk kereta terus tidur sebab letih. Mr Hubby kata nanti kita jalan-jalan lagi ya...best!

6 comments:

  1. selamat berjuang ida..hee...
    selamat menempuh gerbang perkahwinan buat mummy..

    ReplyDelete
  2. seronok mummy diraikan... selamat hari jadi..
    anak2 memang macam2 ragamkan.. kdang2tu rasa tak tertanggung gak ...

    ReplyDelete
  3. bestnya makan2. lama x berkumpul ramai2 camni

    ReplyDelete
  4. wak pon sukak mamam pizza hut jugkakk.,ahHks

    ReplyDelete
  5. moga dipanjangkan umur, murah rezeki dan ditetapkan iman

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...