It's You!

Friday, April 19, 2013

Convention & Missing Them

Salam,

Minggu depan, insya Allah dari hari Isnin hingga Khamis saya dan empat orang rakan pejabat akan menghadiri satu Konvensyen Kumpulan Pelaksana Perpustakaan 2013 anjuran Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Shah Alam.

Satu perjumpaan yang bakal membawa lebih banyak perkongsian ilmu antara perpustakaan-perpustakaan cawangan UiTM. Rasa seronok sebab boleh berkenalan dengan rakan-rakan daripada cawangan lain. Tapi bila tengok senarai nama peserta, majoriti adalah staf lelaki so mungkin agak terbatas la nak berbual mesra..huhu...

Alhamdulillah, nak tinggalkan Yani dan Yana, kurang sedikit ralat di hati sebab mereka dah berhenti terus dari menyusu badan. Tak la rasa sedih bila malam menjelang sebab dah tau mereka boleh tidur tanpa menyusu badan. Tapi masih juga rasa sedih sebab first time tinggal mereka sebab selalu mesti rasa excited nak balik rumah jumpa diorang walaupun riuh rendah dengan jerit pekik tangis ketawa mereka.

Saya ada juga tanya Yani, "Mama nak kerja jauh..tak mau balik rumah, boleh tak? Mama tak mau balik rumah la.." Yani geleng kepala. "Tak boleh" dia kata. Saya harap mereka baik-baik saja. Huhu..


Will miss them very much!

4 comments:

  1. boleh la melencong ke libraray BESAR kat shah alam, pustaka Raja Tun Uda

    ReplyDelete
  2. comelnyaa tengok empat beradik ni tido
    hoho..~

    ReplyDelete
  3. KALAU BUI SURE PILU HATI NI BILA KENA TGGLKAN ANAK2..

    ReplyDelete
  4. comel nya budak-budak tu.. jumpa mesti cubit!!

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...