It's You!

Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru Semua!

Salam,

Pagi-pagi just nak wish semua guru-guru di Malaysia, Selamat Hari Guru. Segala jasa mendidik anak-anak kami di sekolah amatlah kami hargai.

Teringat kat cikgu-cikgu lama saya di sekolah rendah, menengah dan ketika di Politeknik dulu (kira cikgu juga kan?). Macam-macam cara diorang guna supaya anak murid mereka ni dapat tangkap pelajaran yang diberi. Ingat lagi guru matematik saya di sekolah menengah, Cikgu Liew. Kalau dalam ujian kami dapat markah tinggi, mesti ada hadiah kecil sebagai pembakar semangat. Saya suka pendekatan seperti itu. Saya rasa semua murid suka begitu. Hehehe..

Ada juga yang garang sampai selalu mendenda murid. Yang  jenis ni, memang jadi target membalas dendam dan surat layang. Ada yang terlalu "soft spoken" sampai murid tak endahkan kalau dia mengajar di depan kelas. Ada yang sporting gila sampai boleh dibuat kawan dan macam-macam lagi. Cikgu pun manusia juga, so pelbagai jugalah karenahnya.

Sebenarnya, secara tak sedar, kita semua adalah guru tapi guru tak bertauliah. Mengajar anak-anak, kawan-kawan dan orang lain tentang sesuatu benda yang baru atau perkara yang mereka tak faham. Bukankah begitu? Hehehe...


4 comments:

  1. selamat hari guru..
    betul tuh ibu bapa pun adalah guru yg pertama bg anak2 ..pendidikan bermula dari rumah kan..:)

    ReplyDelete
  2. conclusion akak i 100% agreed!.. x pasal2 kena refresh apa yg kita study dulu. now pun adik bongsu nak amik PMR. dah tanya mcm2 hehe

    ReplyDelete
  3. Ingat lagi dulu masa darjah 6,....masuk pertandingan karangan sempena hari guru...

    ReplyDelete
  4. Sekolahlah tempat kita mengenal abc/123/alif ba ta kalau tak kita pun tak kenal sesama kita sebab tak ada ilmu. Nak berblog laaagilah mesti tak tahu kan.. Terima kasih cikgu.

    Selamat Hari Guru buat cikgu-cikgu.

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...