It's You!

Wednesday, November 6, 2013

Bertuah

Salam,

Waktu membeli makanan untuk makan tengah hari di kafetaria UiTM, saya terpandang seorang lelaki 50-an sedang mengambil makanan. Saya perhatikan dia tanpa siapa-siapa sedar. Tak lama lepas tu, seorang pelajar perempuan mengambil pinggan di tangan lelaki tersebut dan menyuruh lelaki itu duduk. Ohh...ayah dia rupanya. Mesti datang melawat anak yang sedang belajar. Terdengar si anak gadis bertanya ayahnya, nak air apa? Serta-merta saya sebak.

Alangkah bertuahnya mereka yang masih mempunyai ayah/abah/bapak/abhi. Mesti seronok bila ayah datang melawat ketika kita belajar jauh. Waktu saya belajar jauh, arwah abah sudah tiada. Mak cuma datang dua kali, sekali waktu menghantar saya masuk mendaftar dan sekali lagi waktu habis belajar. Tapi saya redha sebab saya tahu, belanja dari Johor ke Ipoh bukannya sedikit. Lepas tu, mak masih lagi menanggung 3 orang adik di kampung. Saya tak suka menyusahkan mak atau sesiapa.

Oleh itu, hargailah mereka. Buatlah perkara-perkara yang menggembirakan mereka walaupun sekecil benda. Insya Allah, hidup akan lebih bahagia dan sempurna.


8 comments:

  1. samalah kita..zaman belajar dl mana mampu parents nak dtg melawat belajar jauh2 dahla susah ms tuh..mak sy cuma dtg konvo jer..tuhpun dah cukup hepi..:)

    ReplyDelete
  2. Ayah akak meniggal masa umur 2 tahun memang tak pernah merasa kasih ayah sebab itu akak sangat2 menghargai ibu mengikut segala kehendaknya walaupun terpaksa meletakkan kehendak sendiri ketepi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayah saya meninggal masa umur saya 14bulan. saya tak pernah hidup dengan kasih sayang abah. kalau rindu abah, saya tengok aje muka pakcik-pakcik saya yang kebanyakannya sama macam abah. tapi bila pakcik-pakcik tu pun semuanya dah meninggal, saya rasa semua abah saya pun dah meninggal.

      so bila baca kat atas memang bergenang air mata saya.

      Delete
  3. Sedih plak kan.. sama juga mcm saya..lagi Jauh Sabah--> Kedah..mmg tak mampu parents nak dtg melawat.. Arwah ayah tak sempat tgk hingga sy keja....sob..sob...:(

    ReplyDelete
  4. lebih kurang cam i ler sis....
    it's jez that arwah ayah i berpisah wif my mom...
    bukan cerai ye...but berpisah....
    mmg tak pernah dia melihat i sambung study bagai...
    sampai skarang bila tengok mana2 ayah & anak rapat...
    sebak dada kan....
    rindu bukan kepalang rasanya....

    Al-Fatihah utk mereka...

    ReplyDelete
  5. Sama zaman aku dulu pun.
    Tapi aku rasa zaman skrg tak mcm tu dah. Dah boleh dtg tiap bulan.

    Kalau tak boleh juga, sebab mak bapak sibuk...

    ReplyDelete
  6. Itu lah..
    hargailah mereka, selagi mereka masih ada,,,
    Ataupun, masa kita masih hidup ni

    ReplyDelete
  7. zaman kita dulu ida...hidup berdikari. macam ayam kampung. lepas gitu aja...boleh cari makan sendiri. tak kisah baju, tak kisah mak ayah tak datang melawat..kerana tak mahu menyusahkan mereka. duit elaun kat maktab dulu seciput pun boleh hantar kat emak di kampung, huhu

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...