It's You!

Monday, November 4, 2013

Deepavali Outing

Salam,

Selamat pagi ISnin semua. Mesti ramai yang bercuti hari ni, maklumlah esok cuti Awal Muharam pula di Pulau Pinang. Saya tidak bercuti hari ni kerana anak-anak bersekolah, alang-alang hantar mereka ke sekolah, baik saya kerja saja...esok baru cuti lagi.

Hari Sabtu yang lepas, lepas mengemas rumah, kami semua bersiap-siap nak pergi beraya di rumah rakan baik Mr Hubby di Kuala Ketil. Tapi sebelum ke Kuala Ketil, kami singgah di Kids Carer Child Speacialist Clinic di Taman Inderawasih Perai untuk berjumpa doktor sebab kes Yana tu. Memang dia ada eczema yang agak teruk dan ada infections sebab dia dok menggaru tak henti-henti. Doktor bekalkan antibiotik, ubat gatal, 2 jenis krim sapu dan syampu head to toe. Alhamdulillah, sampai hari ni, luka dah makin kering dan dah tak merah-merah lagi cuma kena rajin sapu krim ke seluruh badan untuk make sure badan dia lembab dan mencegah kegatalan.

Sebelum jumpa doktor sempat lagi main-main dulu.

Posing tak hengat

Kami sampai di Kuala Ketil jam 1 lebih. Cuaca sangat panas, sampai di rumah kawan baik Mr Hubby, kami dijamu dengan pelbagai kuih seperti maruku, biskut tart, kuih kapal terbang, kuih ros ..huiii banyak sungguh macam raya kita pula. Kawan abang kata dont worry, semua kuih ni dia tempah ngan org melayu dan ada yang mak cik dia yang dah muallaf buat. Tapi yang paling menarik hati mestilah air oren sejuk yang bergelas-gelas diteguk penghilang dahaga. Lepas berborak dan makan kuih, kami dihidangkan dengan menu nasi tomato dengan pelbagai lauk-pauk, ada ayam masak merah, ayam kari, kambing masak kurma dan jelatah.

Kami sampai kat rumah dalam jam 3 lebih dan apalagi, terus melepak sebab keletihan. Selepas solat Zohor, semuanya ghaib. Malamnya pula, kami semua makan di luar je sebab tak tau nak masak apa. Itu jela cerita hari Deepavali kami. Maaflah gambar beraya takde sebab terlupa nak bawa keluar hp sebab dok kalut dengan 4 budak nakal hehehe...Cuti raya korang macamana?

9 comments:

  1. kurang2 dapat beraya jugak kan makan yg enak2 gitu..:)

    ReplyDelete
  2. i langsung tak gi beraya sis hehehehehe...
    gi lepaks rumah my bro and kezen jer...
    zaman skarang kan sis...
    baik cina mahupun india dah pandai order dari org islam utk jamu kengkawan islam dorang kan...
    satu kemajuan kat situ...
    rakyat malaysia yg muhibbah gitu :)

    ReplyDelete
  3. saya pernah pergi Kuala Ketil. bos lama saya orang sana. orang Jawa. rumah nya masuk lalu depan SK. Kuala Ketil kalau tak silap.

    ReplyDelete
  4. Oh berdeepavali ye...
    Kesian juga muka dah comel kalau kena gatal-gatal.. harap tak berlarutanlah.. makan pun nak kena jaga juga ni.

    ReplyDelete
  5. Duk rumah je Kniedaz....petang gi melawat PIL..... sambil mintak restu nak SPM ni hehe....
    Kalau tak de SPM harus dah merayap kitaorang ni Kniedaz hehe
    Baca ni sambil mengingat kuih kapalterbang!

    ReplyDelete
  6. Orang sibuk sambut Deepavali, kami empat beranak sibuk jalan-jalan cari makan. Lepas kekenyangan apalagi balik rumah tidur ajelah.

    ReplyDelete
  7. cuti raya biasa2 je..

    salam maal hijrah sis.

    ReplyDelete
  8. geram tengok si kembar..
    kesian yana...get well soon, dear

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...