It's You!

Wednesday, April 30, 2014

Tips or Tricks?

Salam,

A beautiful Wednesday at UiTM Penang today. Sharing some tips and tricks on your daily routines.

People will remember not what you said but how you made them feel.

Also most people like talking about themselves so ask lots of questions about them.

When you're learning something new, teach a friend about it. Let them ask questions

If you're able to teach something well, you understand it.





Pay attention to people's feet

If you approach two people in the middle of a conversation, and they only turn their torsos and not their feet, they don't want you to join in the conversation. Similarly if you are in a conversation with a coworker who you think is paying attention to you and their torso is turned towards you but their feet are facing in another direction, they want the conversation to end.

Stand up straight

No slouching, hands out of pockets, and head held up high. It's not just a cliche -- you literally feel better and people around you feel more confident in you.

Pay Attention Parents: Always give your kid a choice that makes them think they are in control.

For instance when I want him to put his shoes on I will say ,"do you want to put your star wars shoes on or your shark shoes on?"

Pro-tip: In some cases, this works on adults.


Friday, April 25, 2014

Chilly. ..Rainy...

Salam,

Hari ni saya bekerja shif sampai jam 10malam. Hujan turun dari petang tadi. Sekejap berhenti, sekejap turun. Bila cuaca macam ni, amat payah la nak tengok student dalam library. Lagi seronok baring-baring atas katil sejuk-sejuk camni.

Minggu ni...cuma ada student degree je dalam kampus. Seperti yang saya dh cerita, student degree jarang melepak dalam library lama-lama. Bila nak pinjam buku je diorang datang. Amat kurang yang nak mengulangkaji di dalam library.
Tambahan pula...ari ni ari Jumaat...mesti ramai yang balik atau p berjalan.

Nota kaki : Arini kami pinky mommy. Nasib baik member lelaki yang jaga sudut IT malam ni xpakai pink gak. Kalau tak...mesti hujan tak berhenti. Hehehehe....

Thursday, April 24, 2014

Danial

Salam,

kisah malam ni
Saya kata kat danial
danial ni xsayang mama ke?
dia kata...sayang
Saya kata..kalau sayang kenapa danial tak dengar cakap mama?apa yang mama suruh tak buat pun
dia kata...tak dengar cakap tu tak bermaksud danial tak sayang mama

nota kaki : bila anak2 pun pandai berkata-kata

Selamat sampai

Salam,
BIL sudah selamat sampai di Iraq. Perjalanan dari KLIA ke sana mengambil masa lebih kurang 8 jam. Katanya sepanjang perjalanan ke tapak projek ada kawalan tentera. Kami harap dia baik-baik saja.
Duduk dalam kabin/kontena macam Jebat hehe

Ada aircond so selesa la...


Tuesday, April 22, 2014

Siapakah Mahramku? & Yana

Salam,

Hari selasa dimulakan dengan ceramah fiqh wanita yang bertajuk "Siapakah Mahramku". Nanti saya share apa yang saya dapat daripada ceramah ini.

Nak cerita.sikit pasal Yana. 3 tahun sekarang dah pandai kancing butang baju. Tak mau orang tolong...nak buat sendiri. Comel je pulak tengok dia usaha sungguh-sungguh nak kancing baju. Bila dah letih...baru suruh mama tolong bubuh. Comel...hehe

Sunday, April 20, 2014

Tukang Jahit & Pizza

Salam,

Oleh kerana semua kerja rumah sudah selesai, maka saya mula membuat kerja-kerja menyiapkan tempahan kraf. Tetiba BIL bersuara...bosan duduk di rumah katanya. Asyik makan tidur je so saya ajak dia ke ATuZ, kedai menjual barangan kraf dan perkahwinan. Ada beberapa bahan kraf yang sudah habis dan perlu ditambah.

Lama juga di ATuZ. Selepas membeli, BIL tanya nak ke mana pulak? La...tanya saya yang malas ni, silap banyak la. Akhirnya kami ke Sunway Carnival, window shopping...dia kata nak beli minyak wangi tapi survey dulu, saya pulak memang takde tujuan so try kasut di dua tiga kedai kasut..ada gak yang berkenan tapi nanti dulu la. Pastu masuk kedai buku, dok belek buku dekat setengah jam lebih tapi keluar tangan kosong. Tak ada yang berkenan...lagipun hati takterasa nak membeli. BIL nak ajak tengok wayang tapi tak terasa nak menonton. ...akhirnya BIL belanja saya makan pizza sebelum balik.

Rabu ni dia angkat berangkat ke Iraq kerana dihantar bertugas di sana...bukan askar ye..tapi kerja-kerja pembinaan dan pendawaian elektrik. Hari ni kira outing saya dan dia yang terakhir sebelum dia pergi. Mr Hubby outstation sampai Isnin so memang BIL la yang akan teman ke mana-mana.

Nota kaki : Kadang-kadang sukar nak memohon maaf jika kita dah buat salah. Bila kita ikhlas nak minta maaf..kadang2 kena jadi pengemis nk mohon dimaafkan.

Saturday, April 19, 2014

Tukang Dobi dengan Spageti

Salam,

Seharian duduk di rumah. Membasuh baju dan peralatan berkhemah Danish. Minggu lalu dia ada perkhemahan selama tiga hari di Teluk Air Tawar. Program kepimpinan sekolah. Kami benarkan dia pergi supaya dia merasa sendiri keseronokan berkhemah.

Balik hari Jumaat (semalam) badan agak panas. Nak demam la pulak. Lepas makan malam, suruh dia telan ubat demam. Dah banyak minggu dia nak makan spageti, favourite dia tapi tak dapat lagi nak tunaikan sebab bila nak buat, dah ada makanan lain so pagi tadi masak spageti untuk dia. Makan bertambah-tambah...

Kerja mama pun tak habis lagi. Kain dh kering, nak kena lipat pulak. Ni dah second round punya lipatan. Bila budak2 xde kat umah, laju sikit tangan bergerak sebab xberlawan dengan mulut membebel. Selamat berhujung minggu!

Friday, April 18, 2014

Us & Our Parents

Salam,

Berkat Jumaat yang mulia, nak share sesuatu yang sangat memberi kesan kepada saya. Harap-harap memberi manfaat kepada teman blogger yang lain.  ^_^






PETIKAN : 'Nota Hati Seorang Lelaki' ( Pahrol Mohd Juoi )

Inilah cerita benar. Cerita benar seorang penulis yang Berjaya. Beginilah kisahnya...

Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin pulang kembali ke kota, dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak.... " Ada duit? Minta ayah sedikit.."

Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah, isteri dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka 'sporting' dan tidak banyak meragam.
"Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak ada duit," Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukar ditembak reaksinya.

" Bagilah beberapa yang ada," cadang emak pendek. 
"Takkan 5 ringgit?" Emak mengganguk.

Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh dibeli dengan wang 5 ringgit....Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapan ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.

Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan pulang ke kota. Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa yang bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih 'untung' 5 ringgit. Geli hati mengenangkannya.

Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke kampung, saya akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayah akan selalu mengigatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi saya yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba. Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam memahami hati suaminya (ayah).

Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan setiap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Saya tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana 'tidak ada', tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau disampaikannya.

Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan. Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri.

"Nanti, besarlah kereta kamu ini...." ujur ayah senyum.

Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung. Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.

" Eh tak payahlah ayah..." sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak ingin saya merasa segan, duit diberi melalui anak.

"Kenapa, dah kaya?" usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi 'dikebas' oleh saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke kocek anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.

Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!. Di samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading. Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekalipun saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi kepada anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya. Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami, tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu!

Anda ingin tah apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi bersama :

" Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka bukan 'liabiliti' tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya.

"memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan pulang kepada kita semula. DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w, keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa."

Baiklah, inilah sebenarnya rahsia 'perniagaan' yang jarang-jarang diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam mana-mana buku perniagaan. Masih punya ibubapa? MEMBERILAH KEPADA MEREKA. Tidak ada? Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga? Memberilah kepada sesiapa sahaja. Kita sentiasa berfikir untuk memberi. Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi!

Thursday, April 17, 2014

Koperasi

Salam,

Pagi ni ada mesyuarat Koperasi Kakitangan UiTM Berhad untuk pemilihan wakil-wakil cawangan.

Apa pentingnya koperasi kepada kita? Ramai kawan-kawan yang dah keluar daripada menjadi ahli koperasi. Adakah kerana koperasi sudah tidak memberi manfaat kepada mereka so mereka keluar?

Bagi saya, koperasi ni macam simpanan tetap. Setiap bulan ada caruman yang ditolak. Kalau ikutkan diri, nak menyimpan dalam jumlah yang tetap secara konsisten sangat payah so inilah salah satu caranya.

Korang macamana ya?

Wednesday, April 16, 2014

My Family

Salam,

Wordless Wednesday katanya...

Kadang-kadang, saya panggil Yana, Baby Adik...dia suka jalan-jalan...hehe

Abang Danial...Mr Hubby panggil dia chipmunk...hahahaha...gigi depan besar..gigi kapak..semua makanan dia telan hehehe

Abang Danish jenis skema dan pemalu...jerangkung dalam almari @ The Joker sebab bila senyum sangat la lebar hehe...

Senyum adik...senyum adik

Kakak Bambam, kakak gendut...tapi dia selalu kata "Kakak tak gendut...kakak kurus" sebenarnya dia tak gemuk pun cuma badan dia berisi lebih dari abang-abang dan adik...sebab tu panggil dia gendut..


Waktu Jambatan kedua Pulau Pinang dibuka percuma kepada semua tu, kami pun lalu la juga. Orang Penang kata cemuih duduk dalam kereta sebab dia lebih panjang dari Jambatan Pulau Pinang dan bila lalu waktu malam bukan nampak apa...satu tambahan tarikan untuk orang melawat Pulau Pinang.

Nota kaki : Yana dan Yani dah baik demam. Malam tadi sudah boleh bermain. Yang penting, dah boleh tengok Hagemaru dalam tab! Hehehehe



Tuesday, April 15, 2014

Demam Lagi Laaaa...

Salam,

Arini Yana dan Yani demam. Tak kebah lagi demam mereka. Semalam balik dari rumah pengasuh Yana terus je ambil bantal dan baring. Lepas maghrib kakak Yani masuk bilik panggil Yana :

Yani : Adik...jom tengok Hagemaru...dalam tv pun ada
Yana : Tak mau la...adik penat...
Yani : Tak mau tengok Hagemaru ke?
Yana : Tak mau la...adik penat

Budak kecik yang mengaku dia penat

Kesian adik. Betul-betul demam ni sampai nak bangun tengok kartun kegemarannya pun tak larat. Ni ikut abang-abang diorang la ni...dok tengok kartun Hagemaru yang banyak akai tu...entah apa-apa ntah.


Adik rajin..bila dah buat sepah, dia akan kutip dan buang dalam plastik sampah. Bila saya suruh apa-apa, mesti dia akan kata "Baik, mama!"...hehehe sweet sungguh!

Ni budak yang kena paksa makan ubat. Nak kena ligan satu ruang tamu baru boleh bagi makan ubat...

Monday, April 14, 2014

Library & Anak-anak

Salam,

Musim cuti semester tiba lagi. Bila cuti, kampus memang sunyi...yang ada cuma staf saja. Ada la dua tiga kerat student degree yang tak balik tapi selebihnya sunyi. Library pun hanya buka setakat jam 4.45 petang saja.

Ari ni...tak sampai 10 orang masuk ke library. Kononnya nak start buat projek keceriaan tapi semuanya masih terencat otak dek terkena virus malas...hahaha....akhirnya kami hanya buat kerja-kerja pejabat je. Sangat membosankan...kalau waktu ni kami wat lawatan kerja pun bagus. Huhu...

Cuti pun tak ke mana. Cadang nak balik Penaga pun tak jadi bila pagi Sabtu tu kami berkampung di klinik. Abang Danish sakit mata...bangun pagi mata bengkak..doktor kata mungkin alergik so dapat ubat mata. Alang-alang dah sampai, buat follow up untuk kakak sekali. Kahak dah takde cuma jaga-jaga takut demam lagi.

Memang pun si kakak demam...malam semalam nak tdo dia muntah..badan panas so saya terus mandikan dia dan beri makan ubat demam. tu pun jenuh paksa.

Tengahari tadi Tok Anjang yang mengasuh diorang call bgtau dua-dua plak demam so terpaksa minta tolong adik ipar hantar balik ambil ubat diorang.

Balik ni dua-dua pakai koolfever yang saya beli tengahari tadi. Harap-harap xmelarat la demamnya. Huhu....

Friday, April 11, 2014

Makanan untuk Minda/Kulit/Perut

Salam,

Hari Jumaat sinonim dengan waktu rehat yang panjang buat penjawat awam. Hari ni, saja gatal kaki ikut rakan-rakan sepejabat ke Aeon Big dan Hasani Bookstore. Cadangnya cuma nak mendaftar menjadi ahli Hasani Books. Sudah lama mengambil dan mengisi borang tetapi selalu lupa nak hantar semula. Hari ni baru berjaya..huhuhu...

Saya amat pantang dapat masuk ke kedai buku. Kad ni yang kedua saya miliki selain kad Popular Books. Saya menjadi ahli Popular Books sejak tahun 2000 lagi. Setiap tahun tak lupa renew kad. Dulu, memang rajin yang tersangatnya membeli buku di Popular. Sekarang ni, dah banyak kedai-kedai buku so tidaklah tertumpu kepada satu kedai sahaja. Lagipun Hasani Books ni dekat dengan tempat kerja so kebarangkalian untuk selalu berkunjung itu adalah besar so buat jela kad.

Kononnya nak membeli novel E-Man Sufi, Suami Yang Kubenci tapi ada banyak lagi novel yang belum terbaca di rumah so pendamkan niat dulu. Sejak awal tahun ni, rajin pula membaca novel Bahasa Malaysia. Itupun bermula apabila ada yang hadiahkan novel bahasa. Itupun lagi...baca hasil karya penulis tertentu. Tapi masyaAllah, lambat gila nak menghabiskan sebuah buku sebab masa terpaksa dibahgi-bahagikan dengan aktiviti berkraf, tak secepat dulu membaca.

Makanan minda yang sempat disambar..

Akhirnya, tangan mencapai dua bahan bacaan yang boleh dikongsi baca bersama anak-anak di rumah. Danish dan Danial pun dah lama tak membeli bahan bacaan sebab masing-masing sibuk dengan aktiviti sekolah. Kena rajinkan balik membawa mereka ke kedai buku. Bukan mereka tak minta dibawa, tapi mama abah ni sibuk je.

Habis membeli makanan minda, beli pula makanan perut dan makanan kulit. Hehehe...saya ni jenis jarang membeli barangan penjagaan kulit tapi bila dah jumpa yang sesuai, terus je beli kalau stok kehabisan.

Tengok mamatiamia menulis entry tentang Nivea Smooth Nourishing hand cream ni..memang nak beli sebab kuku jari saya sangat la teruk...Marvel Gel tu memang lama nak beli tapi asyik lupa je....

Korang bersantai di mana rehat Jumaat tadi? Apa yang dibeli? Selamat berhujung minggu ya!

Thursday, April 10, 2014

Sunyi

Salam,

Minggu terakhir exam. Suasana kampus sudah semakin lengang. Sunyi...tiba-tiba rasa sunyi. Dulu duduk di dalam pejabat, tak terasa sangat suasana bergelumang dengan pelbagai karenah pelajar tapi bila sudah berada di kaunter, baru saya dapat rasai kemeriahan dan kesuraman setiap waktu bersama pelajar.

Ada yang dah balik. Ada yang balik, takkan datang lagi ke Kampus Permatang Pauh kerana dipindahkan ke kampus baru di Pasir Gudang, Johor. Boleh dikatakan hampir separuh pelajar diploma akan dipindahkan ke sana untuk semester akan datang. Hasil sesi ramah-mesra dengan pelajar, katanya pelajar-pelajar yang berasal dari Selatan, akan ke PAsir Gudang dan yang dari utara dan pantai timur tetap kekal di sini. Bila student diploma dah kurang, tinggallah student degree yang tak berapa kerat ni. Hasil pemerhatian, yang rajin masuk ke library pun, student diploma..student degree jarang study di dalam library, mungkin ada tapi tak ramai.

Hari ni, sudah nampak ahli keluarga yang datang untuk mengambil anak-anak dan barang-barang mereka. Saya doakan semuanya selamat pergi dan balik. Kepada Che Mid, tak dapat kita nak bersua-muka bila Che Mid sampai Sabtu ni. Mana nak tau, rupa-rupanya anak Che Mid belajar di sini. Small world indeed!

Untuk student, untuk kami, sepanjang masa dengan buku ^_^


Nota kaki : Kaunter = pelanggan, takde pelanggan, kurang seri kaunter tapi banyak projek musim cuti nak dijalankan untuk keselesaan dan keceriaan pelajar semester depan. Selamat bercuti semua!

Wednesday, April 9, 2014

He's Back!

Salam,

My best friend starts working today after a month and a half on mcs.
Lots of things to brief him
Lots of works to be shared
Alhamdulillah he's doing fine
Great to have him back at work!
(Does sharing workloads means you cared too? Hahahaha)


Tuesday, April 8, 2014

Kenduri & Klinik

Salam,

Hari ni baru nak cerita tentang kenduri doa selamat tu tapi maaflah...tak ada gambar waktu kenduri. Kenduri ni tak la besar mana cuma panggil orang surau baca doa selamat. Lepas tu, panggil jiran-jiran sebelah rumah dan dua tiga orang saudara mara yang terdekat.

Awal pagi semua orang dah bangun. MIL dan BIL dah mula mengankat barang-barang memasak ke seberang rumah. Di seberang jalan memang ada tempat untuk memasak yang redup. Ada la dua tiga jiran yang menolong MIL memasak. Saya? Saya sibuk mengemas rumah, memvakum, menyapu, mengemop, mengubah kerusi, membentang karpet, menyediakan pinggan mangkuk, gelas. Dengan keadaan si kakak yang demam dan batuk teruk sampai bernafas pun berbunyi tapi memang Mr Hubby dah kata, lepas kenduri, nak lari kejap ke klinik.

So, lepas Zohor, kami bawa Yana dan Yani ke klinik. Bila doktor check, memang nafas berbunyi kuat so kena la nebulizer. Sehari dua kali selama dua hari. Hari ni dah elok dah, takla nampak dada dok berombak-ombak bila menarik nafas. Tapi punyalah payah nak makan ubat. Ada tiga jenis ubat yang doktor bekalkan tapi dia nak makan satu je. Siap bagitau doktor, kakak nak makan satu je ubat. Doktor kata, "Eh..kena makan tiga ubat bukan satu" tapi dia tetap geleng dan kata "Nak makan satu ubat je". Adoila...bila dah pandai cakap, cakap doktor pun mau lawan...huhu

Mama ngan adik Yana nak berselfie dulu la sementara tunggu kakak Yani dan abah.

Budak kecik yang dah banyak cakap...dia siap kata kat kakak dia "Pandai kakak...tak nangis" huhuhu

Tak mau kat orang lain...semua nak abah yang buat. Anak abah la katakan...ngan mama pun tak mau....

Monday, April 7, 2014

Salam,

Hujung minggu lepas, adalah hujung minggu yang sangat sibuk dan memenatkan. Secara terkejut-tergempar MIL nak buat kenduri doa selamat untuk BIL yang akan berlepas ke Iraq kerana bertugas di sana dalam beberapa minggu lagi. Dengan rumah yang tak berkemas sebab sudah beberapa minggu kami tak balik, dengan nak keluarkan pinggan mangkuk, periuk belanga, jemputan orang lagi tapi alhamdulillah sudah selesai. Nanti kita cerita tentang kenduri.

Hari Sabtu, masa untuk membawa dua orang tuan puteri berjalan-jalan. Sibuk mengajak pergi jalan-jalan. Kami tak bawa jauh pun just bawa naik motor tengok orang main layang-layang di bendang. Musim angin banyak ni, ramai la yang main layang-layang. Layankan je la...

Layang-layang pun tak nampak sangat..maklumlah hp mama ni biasa-biasa saje..hahaha

Yang ni memang kena naik..kelentong la apa pun...tetap nak naik hatta rosak sekalipun..huhu

Dapat naik, senyum meleret je. Suka sangat!

Nampak yang ni pun kena berhenti, kalau tak mereka akan buat bunyi selagi tak berhenti. Malas nak dengar bunyi, berhenti jela..5 minit pun jadi la..langit pun dah mendung

Tak sudah lagi dengan "sakura" tapi banyak yang dah gugur....

Suka tengok awan mendung berarak. SAngat cantik...subhanallah!


Friday, April 4, 2014

Sakura?

Salam,

Berangan nak ke Korea tapi takde duit? Apa lagi, tiru la aksi kami ni. Hahahaha...sekarang ni musim bunga entah-apa-namanya ni berbunga lebat. Di sekitar kampus, di tepi-tepi jalan raya, dan di mana-mana pokok ni ada, memang sangat cantik pemandangannya.

Mula-mula, kami tak teruja pun nak bergambar bagai tapi seorang kawan di Kampus Bertam dah upload gambar-gambar "Korea" mereka. Masa kami bergambar ni, ada juga student yang nak bergambar sama. Student lagi la havoc. Siap guna macam-macam props, payung la...hehe kreatif sungguh.

Kat tempat korang ada pokok ni tak? Ada siap-siapa tahu nama pokok ni? Kalau pokok ni ditanam sederet di kiri kanan jalan, lagi nampak cantik. Macam berada di luar negara gitu. Heehehehe....

Hahaha...ni pose orang lapar. On the way ke foodcourt dalam kampus. Kami memang makan dalam kampus je. Foodcourt melambak tapi makan asyik lauk yang sama je. Pffft!!

Kita konon-kono tengok sana. Hahahaha....ada lagi dua geng makan campur bos kami yang sporting tapi depa takmo bergambar, segan kat student la tu..huhu..

Cantik kan? Ada dua kaler..putih dan pink tapi dalam kampus ni pokok-pokoknya tak berapa banyak. Ada banyak kat hujung padang..jenuh nak menapak. Len kali la..kalau rajin.


Ni member kat kampus Bertam. Depa kat sana siap berfotogedik banyak-banyak tepi rumah orang. Tak kisah la Kak Ton....janji feeling Korea.




Thursday, April 3, 2014

Rain

Salam,

Today, the sun shines after an early downpour
The broken heart have been fixed by the fixer
So smiles a lot today
Life still going

The library are packed with students studying 
and lecturers marking final exam papers
The air conditioner are working great
The environment are inviting for them to work comfortable
Some, I believe are taking a nap
It's ok for me
as long as the didn't snores 
hahaha
Just great today

Oh..oh..
it's cloudy
it's going to rain again
Alhamdulillah...






Wednesday, April 2, 2014

Cloudy

Salam,

Cloudy weather
Cloudy day
Cloudy mood
Just another Wednesday


Nota kaki : What do you do? 




Tuesday, April 1, 2014

Adik Kakak

Salam,

Dah beberapa hari adik Yana demam. Semalam suara pun dah serak macam Ella. Semalam adik amik kakak Yani di airport. Abah kata, dia merajuk sebab semua orang dok tanya kakak macam-macam. Kakak pun excited bercerita sampai tak ingat kat adik.

Si adik yang demam tetap aktif bermain. Rindu kat kakak ya?

Abah kata sepanjang jalan balik, adik takmau tengok kakak. Dia asyik tengok pemandangan kat luar je. Dia jeles la tu sebab orang sibuk tanya kakak macam-macam.

Abah kata adik baik semalam. Dia makan ubat bila abah suruh makan (tu pun lepas kena gejut nak panggil Acu. Acu garang sikit bila depa tak dengar cakap). Sampai rumah malam tadi, kakak terus lari peluk mama. Abah kata dia dok marah abah, "kenapa tak telefon kakak?" Huhuhu..abah punya la fikir nak kelentong apa. Last-last, abah kata telefon tak ada line. Bukan tak telefon pun, tapi kalau telefon pun bukan cakap dengan dia.


Kakak dalam kapal terbang. Dia kata, seronok naik kapal terbang tapi sekejap je dah sampai...huhu

Adik pun laju je peluk mama malam tadi. Kena pujuk adik juga sebab dia merajuk. Waktu nak tidur pun abah kata mama peluk adik...abah tidur ngan kakak. Nanti adik merajuk lagi. Pagi tadi pun, mama yang kejut adik bangun. Dia memang manja dengan mama. Kan adik copy paste mama? Semua serupa..bab perangai sentap dan merajuk tu pun ikut mama..huhuhu...

Jangan lupa makan ubat ya adik...baru cepat baik. ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...