It's You!

Friday, June 27, 2014

Culik

Salam Jumaat,

Hari ni saya bekerja shif petang so pagi2 bangun mengemas rumah siap2. Semalam petang terlebih rajin siap iron baju untuk hari ni. Kain pun siap dilipat. Pagi ni, menyiapkan tempahan decorative pillow dan rileks..hehehe.

Sekarang ni...banyak dengar cerita tentang kes culik budak untuk jual organ. Begitu juga pasal van putih dok berlegar-legar mencari mangsa. Bagi saya, xkira van putih ke merah ke hijau ke...kereta ke apa ke..kalau mencurigakan perlulah kita waspada. Takut mendengar benda-benda macam ni.

Nak share doa yang kawan share di Facebook arini. Moga bermanfaat buat kita. Tak rugi kalau amalkan benda yang baik.

Sekejap je lagi nak Ramadan. Saya nak mohon maaf ya kalau selama kita berblogging ni ada ayat-ayat yang saya tulis menyinggung hati kawan-kawan. Semoga ibadah kita di bulan Ramadan nanti khasnya dan bulan lain amnya diberkati Allah.

5 comments:

  1. macam2 sekarang ni kan...takut la...risau ngan anak dara SA, mujur dia memang x pernah keluar rumah tanpa orang dewasa....

    ReplyDelete
  2. Memang merisaukan sekarang ni kniedaz, banyak benar kes culik ni.. tq sharing doa tu..

    Selamat berpuasa dan akak mohon maaf juga jika ada silap semasa meninggalkan komen :)

    ReplyDelete
  3. akak sangat2 takut dgn kes culik kanak2 skrg ni...hampir setiap hari ada je kes dilaporkan...tak selamat langsung utk anak2 berada diluar rumah

    ReplyDelete
  4. tak tahulah betul ke tak yg viral share gmbr ngeri budak kena culik tu..
    tp as parent kena selalu beringt.. minta Allah lindungi keluarga kita..
    awasi selalu anak2..

    ReplyDelete
  5. Memang sekarang ni serba-serbi membimbangkan. Kena berwaspada selalu. Kenapalah dunia makin lama makin parah sikap manusia nih. Terima kasih berkongsi ilmu.

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...