It's You!

Sunday, June 29, 2014

Jalan-jalan Sebelum Ramadan

Salam,

Selamat berpuasa kawan-kawan semua. Pagi tadi sahur apa? Skang ni, baru kol 8 pagi dah start fikir menu juadah berbuka kan? Hehehe...saya cuma masak daging kicap je untuk bersahur pagi tadi. Kalau dulu, menu sahur pun nak meriah tapi sekarang ni janji sahur je.

Ni cerita semalam, bila si kembar MIL dah bawa balik ke Penaga. Saya dan Mr Hubby menunggu abang-abang mereka pulang dari Hari Sukan di sekolah. Lepas tu nak ke Pekan Rabu di Alor Setar untuk mencari baju melayu si abang. Saja pi sebelum puasa sebab nanti mesti tak larat nak jalan bila pergi bula puasa. Baru pi sekejap ni pun si Danish dah asyik bertanya, "lepas ni nak balik dah ke?"

Misi mencari baju melayu berjaya. Jumpa baju kurung si kembar yang sedondong tapi sayang, saiz pula tak ada. Akhirnya beli baju melayu abang-abang je la. Lepas membeli di Pekan Rabu, kami singgah di Masjid Zahir untuk solat Asar. Cantik masjidnya. Selepas itu, misi mengisi perut yang lapar so guna Waze untuk cari Nasi Lemak Royale Hijau Kuning. Saya ingatkan betul-betul nasi lemak tapi rupa-rupanya nasi kandar cuma nasinya kuning macam nasi minyak. Punyalah ramai orang beratur tapi memang sedap cuma tak dapat nak menghabiskan nasi di pinggan kerana portionnya banyak. Ingatkan bila minta bendi..dia bagi sebiji dua..ni bagi sampai penuh pinggan...hati ayam minta satu tapi dia bagi sampai 5-6 ketul...huhuhu..tapi dapat gak merasa apa la rasanya Nasi Lemak Royale tu.

Balik rumah siap-siap nak terawih pulak tapi saya berterawih di rumah saja sebab si kembar tu tiada siapa yang nak jaga. Saya jenis tak suka bawa anak-anak kecil ke masjid kerana takut mengganggu jemaah lain. Budak-budak...belum tahu baik buruk..menangis..menjerit..berlari sana sini...mesti orang lain tak selesa. InsyaAllah dah besar sikit nanti bolehlah bawa berjemaah. Sebelum ni pun ada gak bawa tapi kita tau tahap kenakalan anak kita so tak perlu lagi kot bawa...huhu

Okla...berhenti di sini dulu. Nanti kita sambung lagi. Daaa!

Sampai nasi pun tak nampak dah...

Beratur panjang sebab tukang cedok lauk sorang je.

Di Masjid Zahir. 

Menara Alor Setar...rasanya ini kali ketiga saya ke Alor Setar. Kali terakhir tahun 2005 kalau tak salah saya...lama kan?

3 comments:

  1. salam ramadhan cik kak kniedaz tuu.,

    ReplyDelete
  2. salam Ramadhan..moga ceria di bulan Ramadhan.

    ReplyDelete
  3. Banjir sungguh pinggan. Berapalah agaknya harga kalau dah banjir begini lauk-pauknya? Kalau di KL ni, mahu makan berbelas ringgit....

    Betul tu, bulan puasa ni pepagi buta dah terfikir nak masak apa. Selalunya saya bila BW tu nampak resepi mudah dan menyelerakan (semuapun menyelerakan bulan puasa ni kan...), mulalah pasang angan-angan nak memasak sebagai juadah.

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...