It's You!

Friday, June 20, 2014

Just Me

Salam,

Sekejap je dah hari Jumaat kan. Dalam FB, dalam blog semua sibuk dengan World Cup 2014. Saya bukan peminat tegar bola sepak tetapi saja suka-suka memilih team yang rasa-rasa berpotensi untuk menang. Pasal bola memang saya zero. Apa-apa pun, layan je la mana-mana game yang sempat tengok.

Kerja sekarang semakin banyak, biasalah bila semester baru bermula, barulah banyak benda nak buat. Ada masa tu, memang malas nak buat kerja tapi dah tugas, kenalah buat sehabis baik. Sedang sibuk mencari bahan untuk pameran dan program Galakan Membaca. Bila bulan Ramadan dan Syawal semakin hampir, dekorasi raya juga perlu dibuat. Masih lagi tercari-cari benda yang boleh menarik pelajar datang beramai-ramai ke perpustakaan.

Awal-awal semester, pelajar baru la yang paling ramai masuk. Assignment dah mula ada, pensyarah sudah mula memberikan tugasan. Buku-buku di perpustakaan banyak dirujuk dan rak akan jadi bersepah. Biasalah semua tu. Cuma kadang-kadang hati rasa sakit bila nak menyusun buku di rak tapi susunan buku di rak sedia ada caca marba. Tak tau nak salahkan siapa...kita ke salah, pelajar ke salah. Masing-masing tau tugasan sendiri.



Saya ok tak sekarang? Alhamdulillah, masih ok. Nak bekerja dengan hati girang tu tudaklah juga, masalah sering datang walau tidak diduga. Rasanya lumrah kot bila bekerja dengan ramai orang. Tak semua orang faham dan tahu isi hati kita. Bagi saya, selagi kerja berjalan dan saya tidak mengganggu orang lain, it should be ok.

Selamat berhujung minggu semua!

Nota kaki : Oranje & Germany! You go!

5 comments:

  1. Adatlah bila bekerja ni. Adakalanya buat kita seronok. Adakalanya menyakitkan hati dan menghampakan sesaja. Kena sentiasa berfikiran positif. Gelak mesti LEBAR :)

    Salam Hari Jumaat dan selamat berhujung minggu di sana !

    ReplyDelete
  2. tu lah.. mcm mna nk buat suka dgn kerja kita mcm mula2 kita mula kerja dulu..
    ke kena cr kerja br.. bru suka blk? adoi

    ReplyDelete
  3. Letak ketupat rendang....ramailah yg datang singgah kat situ nanti...haha

    ReplyDelete
  4. datang klik nuff...semoga tuan rumah tersenyum gumbira..:)

    ReplyDelete
  5. Betul tu Kniedaz...bekerja atau apa pun kalau dengan aura positif akan nampak perbezaannya ...hati tambah tenang perasaan akan happy ....semuanya lilahi taala

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...