It's You!

Wednesday, October 28, 2015

My Free Time Favorite TV Show

Salam,

Sejak dua menjak ni, suka pulak buka channel Life Inspired, 728. Dah namanya pun life inspired, so banyak rancangan yang ditayangkan memang menggalakkan kita mendapat sedikit idea camna nak deco rumah, idea tempat2 makan yang best dan tempat2 yang menarik untuk dilawati.

Sekarang ni, suka dua rancangan ni, Tasty Road dan A Bryk At A Time. Satu rancangan jalan2 cari makan di Korea dan satu lagi rancangan ubahsuai dan deko rumah. Walaupun nak p Korea tu macam tak, tapi suka cara pengacara rancangan tu mengacara. Dah la dua2 pengacara dia comel n cantik, kelakar pulak tu so memang xjemu tengok diorang.

A Bryk At A Time tu pulak, designer dan kontraktor dia punya la cantik dan sangat kreatif. Kira dua2 rancangan ni mempromosikan kebolehan wanita, so memang sangat best bagi saya. Tu yang boleh tertarik nak menonton program ni. Banyak gak idea yang boleh dicedok dan kalau ada bajet, boleh la menghias rumah ehehehe....

Sunday, October 11, 2015

A touché day

Salam,

Hari ni tak ke mana, lepas menyiapkan rutin harian di rumah, duduk mengadap tv, sesuatu yang jarang dapat saya buat kerana selalu berebut siaran dengan anak-anak.

Hari ni saya menonton dua buah filem yang saya rasa sangat menyentuh perasaan. Biasa la, saya ni cengeng orangnya, asyik menangis pulak ketika menonton filem Delivery Man lakonan Vince Vaughn dan St Vincent lakonan Bill Murray. Kedua-duanya berkisar tentang kekeluargaan, pengorbanan dan kasih sayang. Saya rasa, itu yang membuatkan hati tersentuh kerana sebagai seseorang yang sudah berkeluarga, kita seringkali menghadapi pelbagai situasi yang mencabar kemampuan dan kesabaran kita. Tetapi, hidup perlu diteruskan walaupun pelbagai dugaan menimpa.

Itu je nak kongsi hujung minggu ni. Semoga hujung minggu kalian penuh dengan kegembiraan bersama yang tersayang. ^_^

Thursday, October 8, 2015

Memories

Salam,

Buka Facebook, ada memories lama yang boleh dikongsi. Gambar ni tahun 2011, masa ni diorang belum pandai berjalan, masih merangkak lagi. Waktu ni memang sangat mencabar, menyusu badan sorang sebelah, susu botol tak mau tapi rasa happy sebab tengok mereka membesar dengan sihat.

Tu je nak share....ehehehe....

Wednesday, September 30, 2015

Book lists

Salam,

Bila lama tak menulis di blog, masa saya banyak habis membaca novel. Lama dah tinggal hobi yang paling saya suka ni. Dulu bila menulis di blog, rajin juga update novel apa saya baca di ruangan "Now Reading" saya tu.

Ok, ni senarai novel yang saya dah baca sepanjang berehat menulis blog. Bagi saya, ini salah satu terapi untuk diri saya. Mesti ada yang kata, membaca Al-Quran kan lagi bagus, ehehe...yang itu pun alhamdulillah, saya setiap hari baca. Janji sehari, ada baca sesuatu, itu dah buat saya rasa seronok. Baca status FB orang lain pun membaca juga ye..ehehe...

Nota kaki : Ni bunga2 nak menulis balik ni... James Patterson, my new favourite author ^_^
Semua gambar, daripada instagram saya.







Friday, September 18, 2015

Lama

Salam,

Lamanya tak buka blog
Dah hilang "touch" untuk menulis
In sha Allah, nanti bila rajin semula menulis, saya akan tulis lagi
Buat masa ni, rehat sat la menulis blog
Kalau mau, kita jumpa di FB n Instagram ya

Kniedaz Sam - FB
knieda - Instagram

^_^

Wednesday, July 8, 2015

Buntu

Salam,

Ramadhan tahun ni, saya jadi rajin pulak memasak. Rasa tak lalu makan makanan yang dibeli di bazar Ramadhan. Kadang tu bila tengok makanan yang dijual nampak sedap sangat tapi bila sampai di rumah, tak menepati citarasa pulak. Ada tu, berniaga macam melepas batuk di tangga pulak...contohnya aritu beli popiah goreng, tapi intinya dah la sikit,bila digoren jadi hangit..kulitnya keras pulak. Hmmm....macamana la orang berniaga sampai camtu?

Semalam teringat inti karipap dalam peti sejuk so sayang nak buang, saya uli tepung nak buat murtabak. Sekali tu, En. Suami kata kita buka puasa kat luar la...kat cafe member dia di Kulim Hi-tech so saya tinggal la tepung dah siap uli dalam besen. Balik berbuka tanya kakak Yani, nak makan roti canai tak? Dia kata nak...so saya buat roti canai untuk 4 orang budak lapar, dapat la sorang sekeping. Tak la boleh lawan roti canai mamak, sebab mama diorang ni tak reti tebar, main tarik tarik je, tapi bila diorang kata sedap, hahaha happy la pulak. Murtabak pun buat untuk sahur tadi.

Bila rajin masak, mula la kepala pening nak masak apa. Tapi bila dah memasak, kena fikir apa yang diorang suka makan. Kalau tak, kita masak, diorang tak makan banyak. Petang ni, En suami kata nak makan kue tiaw goreng, so mudah la kerja saya. Tak payah fikir dah...tapi macam nak buat kuih pulak....hmmm kuih apa ya? ^_^

Nota kaki : Saya ni jarang update pasal makanan tapi suka baca blog orang lain yang up entry pasal makanan ^_^

Menu bila ntah, tomyam, ayam butter dan sambal goreng jawa..

Buat survey menu baru spageti. Duduk dalam library buku masakan berlambak untuk dirujuk cuma rajin ngan malas je nak memasaknya ehehe..

Menu semalan berbuka di luar, set kambing bakar dengan nasi dan kuah gulai dan meatballs.

Saturday, July 4, 2015

A Reminder

Salam,

Stumbled this on FB
The last sentence is "Kalau dia sudah tidak peduli, jangan ditanya ke mana dia pergi" something like that..

Sekejap je dah sampai pertengahan Ramadhan
Bila meningkat usia, kehadiran Syawal bukan sesuatu yang terlalu mengujakan
Teringat zaman kanak2, betapa rindunya dan terujanya kita menanti hari raya, bunyi mercun dan meriam seawal Ramadhan pertama biasanya amatlah dinantikan...sekarang, kalau kita dengar org main mercun awal pun kita dah terfikir, 'excited sangat...baru puasa dah main mercun'. Padahal, sebagai kanak2 dulu, kita sangat menantikan saat itu

Amat biasa bagi kita juga, suka teringat kisah lama, peristiwa atau kenangan yang telah berlalu. Waktu itu, kalau boleh, kita nak kembali ke masa itu, mengulangi perkara yang menyeronokkan dan memperbetulkan kesilapan yang lalu. Life must go on. Kenangan itu simpan Saja kemas2 dalam hati. Ada waktu dan ketika, kita imbau kembali sebagai kenangan dan iktibar.

Eh...melalut pula saya pagi2 ni. Perut dah kenyang, otak pula ligat terfikir pelbagai hal dari masa silam hingga kini. Selamat berpuasa kawan2...semoga ibadah kita hari ini, diterima Allah, insyaAllah.

Friday, July 3, 2015

Unmotivated

Salam,

There's a time when you feel like crap
You don't want to do anything
You don't want to please anyone
You are feeling down
You felt that you are nobody
You need to talk to somebody
But that somebody is busy with other things or just unavailable
You want to cry but you don't know for what reason
You want to laugh and smile but you didn't feels like it

Then...
Somebody's mad at you
Double crap

How am I supposed to fix this?

Saturday, June 27, 2015

Iftar

Salam,

Apabila AJK KKUUiTM Pulau Pinang berkumpul, tak dah kalau tak bergelak ketawa.

Jumaat yang baru lepas, kami berbuka bersama di Park Avenue, Sungai Petani. Ramai juga orang. Ada juga anak-anak tahfiz yang dijemput berbuka bersama tapi bukan anjuran KKUUITM tetapi mungkin memenuhi undangan pihak hotel. Ada juga solat terawih selepas berbuka tetapi kami tidak ikut serta. Bagus juga pihak hotel menyediakan surau untuk pelanggannya so sebelum makan tak ingat dunia, kami solat dulu. Alhamdulillah... Niat untuk berbuka bersama AJK lain untuk tahun ini telah terlaksana.

Makanannya? Ok je...ada pelbagai menu..kalau bawa saya yang tak makan banyak ni, rasa macam rugi la pulak tapi yang penting dapat berkumpul dengan kawan2.

Ok...itu je nak cerita..hehe...korang masak apa arini? Hari ni memenuhi ajakan Mr suami untuk berbuka puasa di luar bersama anak-anak dan adik ipar so jom la ^_^

Wednesday, June 24, 2015

Sayur Pokok

Salam,

"Mama...kakak nak mama masak sayur pokok, kakak nak makan"

"Baik Bos!"

"Nanti kalau dah masak, mama panggil kakak tau. Kakak nak bawa pi umah Tok"..

" Baik Bos!"

Dayana dan Dayani suka sayur pokok a.k.a. brokoli. Selain tu bunga kobis, sayur fucuk dan suhuun. Sayur lain, diorang tak minat. So, mama kena rajin beli brokoli dan bunga kubis, mesti ada stok.

^_^

Monday, June 22, 2015

Saya suka, korang?

Salam,

Saya suka
Karipap Sardin

Saya suka
Popiah Goreng

Saya suka
Seri Muka

Saya suka
Roti Gulung Inti Sardin

Sekian, terima kasih

Friday, June 19, 2015

Salam Ramadhan

Salam,

Baru hari kedua...
Masih boleh bertahan berbuka dan bersahur dengan makanan yang dimasak di rumah
Minum pun masih boleh air teh panas
Makan pun sekadar mengisi perut yang lapar
Adakah bertahan sehingga hari terakhir?
Adakah mampu diteruskan di bulan Syawal yang lebih banyak cabarannya?
Huhuhuhu..
Insya Allah

#misi menjaga badan
#misi rajin masak
#misi takmau minum ais

Baru hari kedua
Masih boleh menunaikan terawih 8 rakaat walaupun di rumah sahaja
Masih boleh membaca Al-Quran
Berazam untuk bersedekah lebih banyak
Mampukah diteruskan sehingga bulan seterusnya
Insya Allah

#misi mencari keredhaanNya dan memperbaiki diri



Tuesday, June 16, 2015

Favourite

Salam,

Lamanya tak menjenguk blog...bersawang dah. Ni la jadinya bila tuan tanah sibuk dengan kerja. Tak sempat nak berblog tapi rindunya hanya Dia yang tau...rindu nak menulis...rindu nak membaca luahan hati teman-teman yang lain. Rindu...

Sebab rindu jugak la malam tadi saya buat ubi kari. Teringat kat arwah abah. Dulu arwah suka buat ubi kari. Arwah abah rajin memasak dan rajin menolong mak di dapur. Kalau mak memasak, mesti arwah abah akan tolong. Bila kami besar sikit, kami pun diheret sama ke dapur, sorang tolong tumbuk bumbu, sorang tolong pesiang sayur, sorang parut kelapa. Ingat lagi semua tu...

Dan paling ingat, arwah abah suka masak sardin masak lemak kari buh sayur sawi. Lepas tu ikan bawal cermin masak asam pedas pekat...huhu...rindunya...

Hari raya tahun ni, genaplah 20 tahun arwah abah meninggalkan kami. Ramadhan terakhir sebelum Syawal abah pergi meninggalkan mak dengan empat org anak yang sedang meningkat dewasa ketika itu. Alhamdulillah, mak berjaya mendidik kami dengan baik, kami sentiasa rapat antara satu sama lain dan saling bantu-membantu. Sekarang waktu kami menjaga mak, walaupun masing-masing jauh, tapi insyaAllah, kami tetap menjaga kebajikan mak mana yang mampu.

Rindu semua orang...sayang semua orang...jom makan ubi kari...hehe

Tuesday, May 26, 2015

Teringat

Salam,

Hari ni saya keluar awal ke tempat kerja, jadi pak supir kepada Mr Hubby. Singgah membeli sarapan untuk anak-anak sekali. Sepanjang perjalanan yang luar biasa daripada selalu (sebab melalui jalan yang jarang saya lalui), saya nampak ayah/abah/bapak/daddy menghantar anak-anak ke sekolah.

Di stesyen minyak, saya nampak seorang abah berhenti mengisi minyak motornya. Anaknya lelaki, sekolah menengah saya pasti melihat kepada baju sukan yang dipakainya. Langit sangat gelap menandakan bila-bila masa saja hujan nak turun. Saya terus teringat arwah abah. Air mata mula bergenang. Kalau lambat sikit, mungkin hujan akan turun, maka basahlah abah. Saya pasti abah akan memulas minyak selaju yang boleh untuk pastikan si anak tak basah sampai di sekolah tapi abah mungkin akan basah jika hujan turun di tengah jalan ketika dalam perjalanan pulang. Rindu abah...

Ramai lagi abah2 yang saya nampak hari ni. Ada yang membetulkan rambut anak selepas turun dari motor, merapikan mereka supaya nampak kemas dan segak. Saya tersenyum ketika melihat adegan itu.Masih ramai lagi abah yang baik di luar sana, yang kasih dan sayangkan anak-anak sepatutnya. Saya berdoa ramai lagi abah-abah yang sebegitu di luar sana, yang melindungi anak-anak yang masih mentah dan perlukan didikan dan perhatian.

Sudah cukup baikkah saya? Sudah sempurnakah cara saya menjaga anak-anak saya? Harapan saya, jika ada kekurangan, saya masih dapat memperbetulkan kesilapan saya. Tak selamanya kita benar, ada masa kita salah dan perlu mendengar nasihat orang lain. InsyaAllah...


Monday, May 25, 2015

Open Up Dear Heart

Salam,




Rasanya, sudah lama saya tidak menaip panjang di dalam blog. Ketandusan idea dan malas nak mengarang adalah dua sebab yang utama. Kadang-kadang dalam kepala ni ada banyak benda nak diluah dan dikongsikan tapi bila nak diluah, tiba-tiba rasa apa yang kita nak luah tu sangat inappropriate untuk dikongsi. Kadang hati rasa sakit dan perlu tempat untuk luahkan rasa hati tetapi bila nak start menaip, rasa sakit tu dah hilang. So, akhirnya apa yang nak ditulis tadi hanya tersimpan di dalam hati.

Bukan semua orang mudah nak meluahkan isi hatinya. Ada yang perlu dipaksa dan diugut baru nak luahkan rasa hati. Ada yang mudah saja luahkan apa yang dia rasa kepada orang yang dia percaya. Bukan sebab tak percaya, tetapi dia berbalik kepada apa yang saya tulis tadi ; inappropriate atau not valid anymore.

At the end, kita kena terima tak semua orang sama, cara pun tak sama. Mungkin menyusahkan bagi sesetengah orang menghadapi mereka yang sangat sukar meluahkan perasaan seperti saya tapi percayalah, sesetengah benda memang sukar untuk dijelaskan.

Kenapa susah?

Tak yakin? Takut? Tak percaya?

Atau semua di atas.

Atau ada orang yang lebih suka menyimpan isi hati mereka sendiri.

Saya?

Entah...

Apa saya rasa sekarang?

Lonely

Surrounded by people i loved but yet feeling lonely. There's something missing, is it the passion for doing something i love or believing the day will be better at the end of my day.

But always, in the end of the day, He'll be there hearing my thoughts, Doas and prays.

But still, i'm hoping i can share it with someone that i can trust. I knew he will always be there for me, i just need to open up. Will he still wants to hear it? Hopefully...


Saturday, May 23, 2015

Cloudy Day...Family Day

Salam,

It was a PEWANI's (Persatuan Wanita UiTMPP) Family Day today and am joining for the first time. Taking with me the boys and Yana (Yani is staying the night with her Tok Ibu at Penaga).

It was a good time for the boys and Yana. I felt happy for them. I won first prize in "Masukkan Manik Dalam Benang" contest...it figures cause I'm good with my hands (haha...exaggerated a bit ^_~)

It was great meeting new and old friends even tho I've to look after Yana cause she's not feeling too well today (she suddenly got flu and a mild fever). It's look like I'm not so good too...better take some medicines for the headache and flu.

Attaching some of the photos today. I looked up at the sky but didn't saw anything fancy...the weather was gloomy just like me...pray for speedy recovery for me and Yana. Amin.

Thursday, May 21, 2015

Pictures

Salam,

No words
Just some of my favorites pictures

Semoga kalian sentiasa happy dengan apa yang kalian lakukan..

Wednesday, May 13, 2015

Gloomy

Salam,

It's just the skies today
Is it sad or just the way it was?
I still love it..no matter what its conditions..

Loved

Tuesday, May 5, 2015

I Got Heart

Salam,

I got heart
Made of glass
Once broken, it will never be sold

I got heart
Full of love
Once given, it will never be returned

I got heart
For all that I care
Hoping someone will take it
And care for it back

I got heart
And it's still beating
As long as He permits it

In Love

Salam,

Don't get me wrong
Love comes in many ways
This is my obsession
Clouds and skies
Blue, grey, sunset, dawn, noon
You name it
I love all of them
May came with clear blue skies
Dots with many white clouds
May is a month of love
For all my brotherhood's brothers

May all the love that came to all of us will be blessed by Him till Jannah

1st May - Firdaus & Azlin solemnization
1st May - Nazrul Azani & Fina engagement
15th May - Fendy & Umi solemnization


Saturday, April 25, 2015

Team Building

Salam,

Aktiviti  :  Team Building Bahagian Perpustakaan UiTM Pulau Pinang
Tarikh  : 21 - 23 April 2015
Tempat  :  Royal Belum Rainforest Grik Perak

Sangat menyeronokkan bila mengadakan program team building ini di atas bot. Kami dibawa menyelusuri tasik dan berhenti bermalam di tepi tasik yang sangat misteri.

Saya rasa tasik Banding ni macam tidak berpenghujung. Ada je lengkuk yang boleh dilalui. Sangat tenang.

Bila dapat berkumpul dengan rakan-rakan sepejabat, menjalankan aktiviti santai, memanglah akan ada macam2 karenah tapi dari situ la kita akan lebih mengenali diri masing2.

3 hari 2 malam dirasakan sekejap saja. 
Insya Allah, ada masa dapat lagi berkumpul macam ni di tempat lain pula. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Jom layan gambar hehe.. 

Sunday, April 19, 2015

Cikgu Garang

Salam,

Hari Ahad adalah hari ulangkaji dan latihan di rumah
Nak monitor setiap hari kadang-kadang tak sempat... teruk betul la saya ni
So setiap Ahad, seboleh-bolehnya saya pantau mereka membuat latihan
Tapi, budak berdua ni banyak sangat alasannya
Huhu.... sabar je la melayan

Saturday, April 18, 2015

A Day That Will Be So Busy

Salam,

Cuti
Tapi belum tentu dapat rehat
Cuti bagi seorang wanita bergelar isteri,  ibu, dan pekerja tak pernah lepas dari kerja
Perlu juga ada masa untuk diri sendiri walaupun sekejap
Bagi saya, masa paling privasi untuk diri sendiri ialah ketika mandi dan di depan Dia. Kadang2 waktu solat pun si kembar tu datang bercakap ngan saya. Takpela,  mereka kecil lagi.

Selamat bercuti semua. Apapun yang kita buat, pastinya niat yang baik  dan keredhaanNya yang kita mau.

Wednesday, April 15, 2015

Alhamdulillah

Salam,

Duduk di kaunter, mendongak ke langit
Melihat mereka di atas sana
Memasang tinted
Takut nak tengok diorang
Bersyukur sangat kerja saya kerja yang tidak perlu panjat memanjat
Tak perlu menyabung nyawa begitu

Tuesday, April 14, 2015

Makan makan makan

Salam,

Time : Waktu rehat kerja shif petang
Partner in Crime : Riena, Mail & Boss C.Wan
Place : Magnifique Cakes
            11, Ground Floor,
            Jalan Perniagaan Perda barat,
            14000 Bukit Mertajam
            Penang.


Hahaha, saya jarang pos pasal makanan dalam blog
Tapi hari ni nak pos jugak
Sebab dah banyak hari dok teringat Spagetti Aglio Olio kat sini
Makan kat sini pun sebab member sekerja Riena ajak
Tapi berbaloi datang
Harga?
Masih dalam range yang boleh dengar tapi tak boleh la makan selalu
boleh menipis poket
Portion makanan mengenyangkan
Rasa, sedap
Servis, agak lambat tapi sebab kedai cantik, dimaafkan hahaha....

Sekian, review saya. ^_^

Makanan yang kami order, ada meatball, lamb chop, chicken grill dan spagetii aglio olio..yummy

Partners in Crime



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...