Salam,
Bukan kebiasaan saya duduk di depan tv sambil membaca, walaupun kemudahan itu ada di perpustakaan. Tapi hari ini, saya buat di luar kebiasaan saya. Biasanya, hari Jumaat, saya akan berada di depan pc menonton movie atau membaca blog atau menjahit.
Dah lama tidak menjahit, masih minat menjahit dan punya beberapa idea untuk membuat kraftangan tapi mood nak mula tu masih ke laut.
Akhir tahun 2014, adalah waktu2 saya sangat malas mengupdate blog dan membaca blog. Banyak cerita yang nak dikongsi tetapi bila mengadap pc dan ingin menaip, idea tu hilang entah ke mana. Tahun baru, mula merajinkan diri membuat perkara-perkara yang boleh menenangkan jiwa : membaca buku, membaca blog, berkraf.
Nota kaki: Alhamdulillah, sudah mula membaca Al-Quran dengan lebih kerap. Saya join group membaca al-Quran melalui whatsapp..satu group ada 30 org, setiap seminggu sorang satu juzuk so dlm seminggu dah khatam. Lepas tu minggu depannya tukar juzuk lain, sampailah habis semua juzuk kita baca. Ok la kan...daripada tak baca langsung. So, azam saya dah makin tercapai. Bersenam pun dah makin rajin, tak kurus pun takpe...janji fit. Hehehehe...
Salam Ida.. harap sihat ye..lama tak kesini?? twin sihat dak?
ReplyDeleteInsyaAllah 2015 ni sama2 lah kita penuhi dgn azam.. mudah2an semua azam akan tercapai.. nak jadi muslimah yg lebih baik kan... sesama lah kita :)
kuatkan semangat... tahun baru dah ni.. ha.. ha..
ReplyDelete