Salam,
Di sinilah aku bisa menangis
Mengingatkan segala perbuatan yang telah aku lakukan
Mengadu kesedihan hati yang tiada hujungnya
Mencari ketenangan di kala duka melanda
Aku bersyukur
Kau masih menyayangi aku
Menggamit aku kedakapanMu
Membenarkan lidahku memuji kebesaranMu
Aku yang alpa
Aku yang leka
Aku kecewa
Tapi Kau tabahkanlah hatiku , ya Allah
Kau relakanlah hatiku
Kerana ini sebahagian daripada dugaanMU
Buat insan kerdil bernama aku
Hanya kepadaNYA, kita berserah, merintih, mengadu, berharap..
ReplyDeletehanya padaNYA kita berserah...
ReplyDelete