Salam,
Ada sedikit masalah..sebenarnya bukan masalah saya. Seorang hamba Allah ni..dulunya customer barangan kraf saya. Baru-baru ni dia menghantar message di dalam nombor telefon saya. Katanya dia perlukan sumbangan berbentuk wang kerana dia sakit dan suaminya telah diberhentikan kerja.
Saya teringin nak tolong tapi saya bukanlah orang yang berduit. Saya usulkan padanya supaya menghebahkan perkara ini di dalam akaun Facebooknya supaya mungkin kawan-kawan lain boleh bantu..mungkin kalau sorang sikit memberi, dapatlah ringankan bebanannya. Tapi dia kata laptop, ipad semua dah jual dan dia malu nak minta kat orang lain.
Mungkin pada fikirannya, saya ada buat bisnes (walaupun sebenarnya belum tahap bisnes..baru berkraf di waktu lapang) saya ada banyak wang. Saya belum sampai lagi ke tahap itu...in shaa Allah la di masa hadapan. Tapi sebenarnya saya menaruh sedikit syak wasangka yang tidak baik kepadanya...(sebab saya tidak mengenalinya dan tujuan dia sebenarnya)
Kalau rakan-rakan blogger di tempat saya, bagaimana? Apa yang harus saya lakukan? Kalau benar bagai dikata, saya boleh tolong war2kan kepada teman2 FB dan blogging untuk sama membantu mana yang termampu..kalau harapkan saya seorang mungkin tidak termampu. Camna ya?
SELIDIK BETUL2 DULU,KALAU BETUL DAN JIKA MAMPU BOLEHLAH BANTU..TAKUT TERTIPU NNT..
ReplyDeleteYe..betul tu...kena selidik dulu..saya ingat nak tanya rakan2 FB lain yg kenal dia dulu
Deletepernah terjadi pada ayu.
ReplyDeleteblogger lelaki pinjam duit. ayu rujuk pd blogger popular sbb kami sama2 kenal.
syukur. blogger popular tu mengingatkan ayu ttg psahabatan dunia maya dan nyata. keduanya sama.. kalau ada syak wasangka. jgn bantu dr segi wang. sbb tak semua bhati mulia.
jalan tbaik diamkan diri. kalau dia btanya (mesej) balas dgn katakan kniedaz mahu bantu dlm bentuk barangan. lihat reaksi beliau. jika nenolak.. paham2 ya
Terima kasih atas cadangan itu...kita bukan xmau tolong tapi nak juga tau kesahihan cerita...bukan tolong membabi buta
DeleteBanyak ke yg hendak dipinjam ..kalau sikit tuh blhlah dikira sedekah kan...kalau byk kena pikir jgk..lgpun awak bukanlah kenal dia betul2 kn nak bg pinjam wang..cakaplah iklhas yg awak takder wang sebanyak yg dia sangka..takpun pergi umah dia siasat betul2 perkara nie tgk kalau dia betul2 memerlukan ker tak..
ReplyDeletesemacam je..dahla tak kenal,tetiba mintak tolong. mcm aneh je. kita ni kalau terdesak sgt biasa minta tolong dr adik beradik, sedara atau kwn yg betul2 rapat.
ReplyDeletetp taktaulah, tak kena kat kita lg,pandailah kita ckp.mungkin dia benar2 perlukan bantuan. haih, susah juga ni.
selidik dulu la. even saya pun kawan masa U nak pinjam duit pun sy syak sbbnya dia kerja dan sy tak. tp sbb dah namanya kwn sy bg pinjam jugak la. tak apalah. mana tau dia btl2 susah. dia pn tak lari ke mana. ada dekat dgn sya jugak.
ReplyDelete