It's You!

Saturday, February 1, 2014

Geram

Salam,

Malam semalam bawa Mummy, Sham, Ina & family yang lain makan di Restoren Qasar Hadramawt di Bandar Perda. Orang ramai..tapi tak kisah so Mr Hubby booking tempat dulu. Kami jalan-jalan dulu cuci mata kat gerai-gerai jualan berdekatan.

Hampir setengah jam lebih, kami masuk restoren tengok orang sebelum ni dah selesai makan so memang turn kami la. Waiter yang amik order tadi pun dah kemas meja bagi kami duduk. Tiba-tiba datang sekumpulan lagi adala dalam 20 orang mai kata dia dah booked tempat kami. Akak sorang tu siap bising2 kata dia booking dulu. Saya bukan jenis cari pasal..lagipun nak makan je pun..takkan nak gaduh?Tapi MIL dah bising kat pekerja diorang kata kami yang booking dulu. Nasib baik Mr Hubby pun malas nak gaduh malam tadi so kami pindah meja. Waiter yang ambil order kat kami tu berkali-kali minta maaf.Dia kata betul kami yang booking tempat dulu tapi member dia pandai2 bagi kat kumpulan tu.

Geram kat cik akak tu...kamu tu datang lewat dari kami. Kalau cakap elok2 kami tak kisah la nak kena pindah tempat. Kami pun lapar tapi tak la sampai macam tu. Encik waiter pulak...cubalah check dulu tempahan sebelum kata tempat tu kosong dan bagi kat orang lain. Nasib baik kami memang suka Lamb Madghout korang tu so benda kecik tak kisahla.

Geram di rumah pun ada juga. Mak saya pesan, kalau p umah orang, kena ringankan tulang. Kalau ada cawan sebiji dua dalam sinki, tolong la basuh. Takdenya patah kuku tu. Rajin-rajinlah tolong apa yang patut. Jangan nganga je. Hmm...nak tegur salah..tak tegur salah...jadi semuanya serba-salah.

Nota kaki : Dah siap berkemas...hari ni ada jmputan kenduri kawen di Sg. Dua. Member baik Mummy. Cuti Raya Cina ni Mummy n husband balik. Ramai lagi yang balik.

4 comments:

  1. Tang basuh pinggan tu memang aku geram. Setakat pinggan dan cawan sebiji dua apa salah nya tolong basuhkan. Memang tension rasanya. Nak aje aku baling cawan sebiji tu kat luar. Tapi karang habis pulak cawan kat rumah asyik kena baling aje. Hahaha.


    Dah tu waiter tu sedar tak kesilapan dia bagi meja pada orang lain?

    ReplyDelete
  2. Tulah masalahnyakan Ida....geram jugak tu kalau OKje...
    Setuju dengan emak tu kena rajin rajinkan diri walaupun malas kalau kat rumah orang.... jadi taklah buat tuan rumah geramkan hehe

    ReplyDelete
  3. Kalau tengah lapar memang cepat je nak marah kalau sayalah...ahahhaaa...

    Bab cawan, pinggan dalam singki kat rumah adalah kepantangan baoak budak ada benda2 dalam singki tak di cuci.

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...