Hari ni nak story tempat yang akan kami pergi apabila balik kampung. AYER HITAM. Apa ada di Ayer Hitam? Macam2 ada.... Setiap orang dalam family kami akan beli sesuatu yang berbeza kalau g sana.Time balik kampung minggu lepas, kami g 7 orang : aku, hubby, Danish, Danial, Acu, Mak & Cik Man (adik lelaki aku).
Sampai je Ayer Hitam kami terus g kilang Claytan. Apa lagi, kalau sampai situ mestilah borong pinggan mangkuk. Actually pinggan mangkuk ni reject sket. Tapi kalau pandai pilih dapatlah yang elok. Reject dia pun bukan banyak. Kadang tu corak dia senget, atau pinggan tu bulatnya tak bulat sangat.
Lepas tu kami g pekan Ayer Hitam. Korang cakaplah nak apa, dari perhiasan rumah, cenderahati, kerepek, buah-buahan dan permainan, semuanya ada. Sampai je Danish & Danial dah sibuk nak beli robot Transformers. Bila dah dapat robot, bolehlah duduk diam.
Hubby suka beli keledek, keladi dan pisang tanduk kat sini. Sebabnya buah-buahan dia semua elok2 dan kalau digoreng dan dicicah ngan sambal kicap punyalah sedap sampai takleh berhenti makan. Dia juga belikan replika basikal antik untuk cenderahati bos.
Aku pulak, borong beg make-up untuk hadiah perpisahan budak2 practical kat library ni. Cute sangat beg tu sampai aku pun sambar satu untuk make-up aku yang berterabur tu.
Acu beli bear besar rumah untuk awek dia. Bear2 kat sini ada banyak saiz dan harga daripada RM35 - RM135. Oleh sebab aku tolong pilih bear2, aku pau satu bantal bentuk LOVE yang comel banget..hehe. Kami beli tikar rotan yang orang skang selalu pasang kat umah tu untuk mak, harganya RM100 untuk 3 tikar. Mak kata dia takmo pasang lagi. Nak pasang time raya esok.
Keseluruhannya, sangatlah seronok bershopping di Ayer Hitam. Banyak lagi benda yang menarik tapi tak beli. Lagipun kat sini bleh tawar-menawar tu yang seronok. Ada sesapa teringin nak shopping di Ayer Hitam? Jom!!
fuhhh sonot kalo beli tedi ber hehe ;)
ReplyDeletepernah lalu jer, tak penah singgah.. hehe...
ReplyDeleteoh mcm ni ayer hitam, tak penah sampai lagi. besar dari nilai3 ke sini? takleh nak bayang la..
ReplyDeleteDni ~ Bear2 banyak Dni..boleh gila kalau suruh pilih..hehe
ReplyDeleteMrs K ~ Napa tak singgah? Len kali singgah tau, best!
ReplyDeletewah..banyaknya barang yang mahu di pilih. Suka saya tengok pasu pasu tu. Mahal juga ker harga pasu besar besar tu?
ReplyDeleteseronokkan jejalan di ayer hitam...x beli kentang jembut.
ReplyDeletekentang ni kecil je saiznya...sedap tau cuma rasanya berbeza sikit dgn kentang2 biasa.
susah nak dpt..klu di ayer hitam mmg byk.
mmg kena nak pndai tawar menawar sbb harga satu2 kedai berbeza2.
Adia ~ Akak tak penah lagi g Nilai..camna ha Nilai tu? Huhu
ReplyDeleteSJB ~ Taklah mahal sangat Sue, affordable..boleh tawar lagi
ReplyDeleteZue ~ Mesti beli kentang jembut tu..adik ipar tu suka makan..hehe
ReplyDeletekalo pg situ tak best bawak duit skit kan...tak puas..kalo tak dpt beli...uhuhuh sedih..sbb situ murah2...syok bershopping..terapi
ReplyDeleteurmm memang seronok kalo g air hitam.berjam-jam kat sana pun tak sedar.hehe.tgk gmbar2 kniedaz terus rindu nak blk Johor.huhuhu
ReplyDeleteooo ayer hitam.. penah gak gi dlu..tp singgah jap je.. tp mmg best kan..
ReplyDeletememang syurga shopping gak kat situ ek :)...siap boleh bargain kaw2 lagi..berbaloi!
ReplyDeleteaSHa ~ Ya..poket kena berisi kalau tak geram tak sudah..balik pun teringat-ingat je..hehe
ReplyDeleteFarhana ~ Sesekali balik memang tak sah kalau tak g Ayer Hitam..kan?
ReplyDeleteMama Hanim ~ Memang best ^_^
ReplyDeleteLily ~ sebab bleh bargain tu yg syok..hehe
ReplyDeleteayer hitam melaka ek??sy geografi B masa PMR..tu je yg B
ReplyDeletehajar pun kalau balik BP mesti singgah kat sini.. macam2 ada...
ReplyDeleteHemy ~ Ayer Hitam kat Johor la..hehe..time subjek geografi dok bawah pokok kelapa sawit kot..
ReplyDeleteHajarus ~ Singgah cuci mata pun jadilah kan hajar..tapi biasanya kalau dah singgah, ada je yg nak dibeli
ReplyDeleterasanya setiap rumah kat air hitam/batu pahat mesti ada kurang² pun 2-3 bijik pinggan claytan, hehe
ReplyDeleteKOG ~ Hahaha..mesti kot...ntah2 diorang tak heran ngan pinggan tu..
ReplyDeleteThis page talks about several effective ways
ReplyDeletethrough which you can get rid of skin tags. There are
alternatives to having a skin tag froze, burned or cut off.
'We usually have two or three people in the room, no-one has time, so we have one person tightening the body and another giving a treatment on the face'.
my web page ... http://www.waterandwastewater.Com
Wonderful beat ! I would like to apprentice at the same time as you amend your
ReplyDeleteweb site, how can i subscribe for a blog web site?
The account helped me a appropriate deal. I have been a
little bit acquainted of this your broadcast offered shiny transparent
concept
my site lord of the rings online []
cadangan tu nak p beli gak...memang saya suka ngan barangan claytan ni....
ReplyDelete