It's You!

Monday, June 14, 2010

Pokok Jambu Botol, Cepokak & Kelapa

Salam,

Entry ini adalah entry "Past" ...maksudnya kisah silam yang menjadi memori aku. Sebenarnya tergerak nak tulis n3 ni sebab dah excited nak balik kampung.
Sebenarnya bukannya apa2..just aku teringat masa kecik aku yang sangatlah best. Nak juga cerita aktiviti kegemaran aku dan adik2 serta sepupu.


Ni lah jambu botol...

Dulu kecik2 aku suka main pondok2 kat belakang umah. Kat belakang umah tu ada pokok jambu botol. Korang tau tak jambu botol tu macamana? Nanti aku try google. Sebelah pokok jambu yang besar tu ada pokok cepokak @ terung pipit.


Cepokak @ Terung Pipit

Ok..aku kan citer pasal pondok2...apa kena mengena ngan pokok jambu botol n pokok cepokak? Begini..dulu kami suka wat anak patung kami sendiri. Anak patung kami badannya daripada kulit tebu. Baju anak patung kami daripada daun jambu @ daun cepokak dan butangnya daripada duri pokok cepokak. Dah ngopa patung voodoo pun tapi kami layan je...

Yang best, bila dah penat men anak patung tu kami akan balik umah n bungkus nasi dan lauk yang mak masak dalam daun pisang. Lepas tu kami akan bawa ke tepi parit kecik dekat ngan pokok jambu. Kononnya kami berkelah la.

Seronok betul waktu tu.
Lepas makan nasi, kami akan lepak atas batang pokok kelapa. Pokok kelapa tu condong sesangat, dah jadi macam buai plak. Kami duduk ramai2 kat batang pokok kelapa n berbuai2 sambil nyanyi n gelak2...hehe..lawak sungguh.

Skang, pokok jambu botol, pokok cepokak n pokok kelapa tu dah takde dah...tunggul pun takde. Bila jenguk belakang umah dah xde apa. Parit kecik tu pun dah tak wujud..ada pokok kelapa sawit lah pulak. Bestkan bila teringat kisah lama..

4 comments:

  1. mmg syok kan klu mengenang kembali zaman kanak2 riang nih..... :)

    ReplyDelete
  2. Memang seronok. Waktu saya balik KK tu hari pun, aduh rindu betul dengan kawasan rumah my parents tu. Tengok dalam rumah tu pun, terkenang masa masa kecil. Tu lah kita mesti mahu ambil gambar sebelum semua berubah :D.

    ReplyDelete
  3. SJB ~ Betul tu..setiap kali balik kampung, macam2 sudah berubah..rindu sangat dengan masa lalu hehe

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...