Salam,
Salam pagi Selasa. Sedikit renungan untuk kita semua di pagi yang indah ini. Semoga dapat menambah ilmu di dada dan berkongsi kebaikan darinya. Amin.
1.Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.
2.Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.
3.Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.
4.Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.
5.Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.
6.Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.
7.Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya
8.yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.
Wallahualam..
abah dni ngajar sendiri semua anak2 dia mengaji. tak hantar ke kelas mengaji :) kalau macam tu, dni pun nak gaja sendiri la anak2 mengaji.. -----> sebab yang no 8 tu
ReplyDeleteDni ~ Akak rasa yg paling senang buat tanam pokok buah-buahan je Dni.. mengaji tu pun boleh juga..skang ni Danish n Danial baru belajar Iqra' n surah pendek..itu pun mengajar jugak kan? ^_^
ReplyDeletepahala berpanjangan....
ReplyDeleteaSHa ~ Aminn..
ReplyDeletealangkah bahagianya klu dpt yg no.7 n no.8 tue....
ReplyDeleteMamamya ~ Betul tu! Insay Allah
ReplyDelete