It's You!

Wednesday, June 23, 2010

Makan-makan dan makan lagi - 15th June 2010

Salam,

Mesti korang dah kenyang sebab dah makan tengah hari kan? So takpela aku nak story tentang makanan skang ni. Karang ada orang terliur pulak kalau cerita time korang tak makan lagi.

Kisah ni tentulah kisah semasa percutian di kampung minggu lepas. Al-kisahnya selepas penat bershopping sakan di Ayer Hitam, kami bercadang nak makan di luar je. Malas nak masak. 

So, lepas kami balik umah n keluarkan semua hasil "tangkapan" kami di Ayer Hitam, kami pun g makan Nasi Briyani di Benteng Batu Pahat ( berdepan dengan Hospital Putra)


Ni nasi Briyani aku : Briyani Lembu..yum yum..nasi dia sedap sangat, makan gitu je pun dah sedap..hehe


Sebenarnya sambil makan briyani kami mencari makanan kegemaran kami iaitu OTAK-OTAK. Yang ni sebenarnya favourite Danish. Dia cukup suka makan otak-otak sampai kami order 30 keping otak-otak tengahari tu (separuh dimakan oleh Danish a.k.a hantu otak-otak )


Ni otak2 bakul pertama..setiap meja akan dapat satu bakul berisi 10 keping otak2..

Tengok ini hantu..punya excited dapat otak2..tu dia tengah cover gigi dia yg dah tanggal 4..hahaha

 
 Tengok rupa otak2 itu, warnanya merah terang, bau dia sedap dan rasanya of course la lazat tak terhingga

 Nampak tak berapa banyak daun budak tu kena kutip? Hehehe...

Punyalah hantu sampai dia boleh tahu otak2 mana yang best. Kalau kami beli kat Penang ni (biasanya waktu Ekspo Usahawan @ beberapa pasar malam tertentu), dia takkan makan banyak. Selain rasa, warna dan baunya tidak sama dengan otak-otak di Johor @ Otak2 Kempas (yg famous tu). Masa kat kampung aritu, kalau jumpa otak2 je mesti beli dan tukang perabih mestilah Danish. Siap berebut-rebut dengan Acu dia.

So, sapa2 yang dok belah utara ni, tau tak mana ada jual otak2 yang sedap gilesss? Sebabnya kami tak pernah lagi jumpa yang betul2 sedap (sebab kalau beli pun mesti tak habis...sebab tak sedap)

11 comments:

  1. betul la kak.kat Johor gak yang ori.
    kite kalo blk JB memang xsah xmakan otak2.
    samala ngan Danish. hantu otak2.haha.kat penang ni tak jumpe lagi yang sedap.even dulu masa kat bangi pun otak2nya lain.rasa xsama mcm yang kt Johor.

    asha:otak2 kemaman sedap ke?hubby selalu ckp otak2 ganu sedap.tp tak penah makan lg.

    ReplyDelete
  2. aSHa ~ Tak pernah..agak2 sama tak rasa ngan otak2 kempas? huhu

    ReplyDelete
  3. farhana ~ betul tu..tak jumpa lagi yang sesedap di Johor..yang terengganu atau kemaman pun tak pernah rasa..

    ReplyDelete
  4. erm samala kite kak..tak pernah rasa lagi.sata penahla mkn.mmgla sedap sata terengganu.haih~ni yang rindu nak blk umah mak mentua.hehe

    ReplyDelete
  5. eh, beriyani lembu pun ada ya? tak pernah jumpe lagi. biasanya makan beriyani ayam/beriyani kambing aje.

    owh otak2 kalo kat johor memang famous. pegi la mana2 pun mesti ada. klo kita masuk restoran, first sekali memang dia akan hidang satu bakul otak2, kita nak ambil ke taknak terpulang. tp klo dh tengah tunggu order tu, sah-sah la TERmakan jugak barang sebakul dua, kan? kahkahkah!

    kawan2 sy masa study kat skudai panggil "otak-otak kepala hotak" (maaf, bahasa kasar sikit) sebab bila makan otak2 ni kita tak sedar mulut ngap-ngap-ngap - tau2 aje bab otak2 dh makan sampai 8 hengget :P

    ReplyDelete
  6. kalau ke muar mmg tak akan lepas peluang makan nasi bryani gam dia dgn bandung special... sbb auntie kenal dgn taukeh. hehe siap leh hantar sampai ke dalam bilik hotel lg :)

    then, tak lepas peluang makan otak2 kempas. the best!! :D

    mee bandung biasa2 je... hehe

    ReplyDelete
  7. m-i-o ~ Ya betul tu...kalau dah letak atas meja gerenti sebat je..pastu siap bertambah lagi hehehe...

    ReplyDelete
  8. Faisal ~ betul..otak2 kempas is the best! Mee bandung tak berapa minat sangat, hehe..wah bestnya boleh anta ke hotel terus..

    ReplyDelete
  9. Lucu juga nama dia tu "otak otak" heheh. Tapi memang sedap ni. Saya pun pernah makan ni, tapi bukan kat sini lah.

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...