It's You!

Wednesday, June 23, 2010

Panggilan Pulau

Salam,

Sejak dua menjak ni, aku asyik dengar orang g honeymoon kat pulau je. Si Hemy pun baru balik dari Pulau Redang. Tengok gambar2 yang ada dalam blog, terasa geram je..macam nak g jugak. Hubby kata nanti dia nak ajak aku g snorkeling kat Redang. Wah..bestnya..tapi sebenarnya aku bukan lah minat sangat dengan air masin. Rasanya kalau g tempat berpantai, aku cuma dok tepi pantai n tangkap gambar je.

Bercerita pasal pulau, aku terjumpa satu pulau ketika sedang melayari internet. Pulau ni berbentuk hati (Love) dan terletak di Lautan Mediteranean di negara Crotia. Sebelum ni pulau itu dikenali sebagai Galensjak tapi sejak ia ditemui melalui Google Earth, ia diberi nama Lover's Island sebab ramai pasangan mengunjunginya sewaktu Hari Valentine.



Pemilik pulau yang berkeluasan 130,000 ela persegi ini dimiliki oleh seorang lelaki bernama Vlado Juresko. Tetapi keadaan pulau itu yang tiada bekalan air dan makanan serta sangat sejuk (13 darjah celcius) mungkin akan membantutkan hasrat pasangan untuk bersendirian di sana. Juresko dikatakan sedang mengambil langkah2 untuk memajukan pulau itu kerana selalu mendapat permintaan ramai untuk ke pulau tersebut.

Note : Teringat masa bercuti di Melaka dan menaiki Duck Tours (Kenderaan dua alam- cerita len kali), pemandu pelancong tunjukkan kami Pulau Besar yang kelihatan seperti orang mengandung sedang berbaring di tengah lautan. Nampak mistik sekali.

11 comments:

  1. oohhh...ada org nak pegi pulau love tu ye...
    izan blm pernah tgk lagi pulau besar tu~

    ReplyDelete
  2. Izan ~ Kita pun tengok Pulau Besar tu dari jauh je..google kat internet dan dapat tau ada banyak tempat menarik yg boleh dilawati di sana..

    ReplyDelete
  3. cantiknya pulau tu, kalau bercuti di pulau mmg best tapi ieda tak pernah lagi, uhuhuh!

    ReplyDelete
  4. dni teringin nak ke pulau redang. huhu

    ReplyDelete
  5. ieda ~ sama la kita..cuma satu pulau je yg penah g..Pulau Langkawi hahaha..(eh eh..Pulau Pinang kira jugak ke?)

    ReplyDelete
  6. Dni ~ Samala..akak pun teringin nak g Pulau Redang..hehe

    ReplyDelete
  7. aku ada voucer ari tu menang contest nk naik duck tour..yeahhhh

    ReplyDelete
  8. Hemy ~ Nek la..ok jugakla..hehe

    ReplyDelete
  9. ada pulau bentuk coli?? ehkekekkee

    >>__<<


    rugi if owner pulau love tu x majukan aset beliau

    ReplyDelete
  10. Frodo ~ Ada ke? Hehehe..tu la..kalau tak majukan rugi la dia

    ReplyDelete
  11. Betul lah bentuk island ni macam bentuk hati. Cute lah pulak, tapi sayang tidak ada bekalan air untuk pelancong.

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...