It's You!

Monday, March 18, 2013

Langkawi Pt 1

Salam,

Alhamdulillah, kami selamat sampai dan selamat pulang. Bercuti ke Langkawi ketika orang lain tidak bercuti adalah sangat heaven! Selain daripada jalan itu kami yang punya, kami tak perlu bersesak-sesak dengan orang lain untuk ke mana-mana tempat yang kami kunjungi.

Kami menginap di Century Suria Apartment Langkawi. Yang ni kami booking under orang perseorangan,, dia buat homestay. Apartment bersih, ada 3 bilik dengan Queen Bed. So, untuk kami yang datang seramai 14 orang dewasa ni, cukup-cukup je la. Ada juga disediakan toto dan bantal ekstra. Yang penting, ada swimming pool sebab the boys & the men & the twins sangat suka swimming pool, hehe.. Kalau nak tau lebih lanjut, boleh gi ke SINI dan call Encik Roslan untuk pertanyaan dan tempahan.

Kami sampai lebih kurang jam 1.15 petang. Sampai je, tuan rumah dah sampai dan berikan kunci dan resit. Saya rasa banyak juga unit yang disewakan oleh pemilik di apartment ini sebab ramai juga pelancong yang menginap di sini.

Lepas letak-letak barang, saya menjadi pemantau 4 orang budak nakal mandi dalam bath tub dulu. Kaum lelaki pergi solat Jumaat dan tapau makan tengahari. Lepas makan, kami semua berehat sebelum plan nak keluar ambil SIL dan suaminya di airport. SIL di Putrajaya so mereka kenalah naik flight.

Lebih kurang jam 5 petang kami bersiap untuk keluar. Lepas ambil mereka di airport, kami ronda-ronda di area Pantai Cenang dan Padang Matsirat. Lama dah tak jejak kaki ke Langkawi,, banyak sungguh bangunan baru terbina. Kami singgah di Pantai Cenang, saja ambil angin petang.

Waktu ni la secara tiba-tiba kami tanya pakej Island Hopping. Tak rancang pun nak pergi Island Hopping sebab dalam tentatif yang saya buat, pagi Sabtu tu kami akan ke Cable Car dan Underwater World. Bila fikir balik, Underwater World kami dah pergi, lagipun baru sangat pi Aquaria KLCC so akhirnya kami amik pakej Island Hopping untuk pagi Sabtu. Yang itu, nanti kita cerita ya.

Pemandangan dari luar tingkap bilik saya. Bilik saya mengadap Tasik Dayang Bunting.

Rombongan kami di Pantai Cenang. Tu kat belakang tu BIL (baju hijau) ngan Mr Hubby sedang bincang2 nak pi Island Hopping ke tak. BIL tu cikgu kaunseling, dia selalu bawa anak murid dia buat program motivasi, dia dah pernah gi Island Hopping semua tu.

Mummy Yon ngan Yana Comel. Seronok si kembar tu jalan-jalan. Alhamdulillah sepanjang perjalanan sangat behave.

Ramai gak pelancong

Matahari pun dah nak terbenam

Aktiviti wajib dua keit ni kalau gi pantai. Sampai tak mau balik!


Lepas ke Pantai Cenang, kami cari tempat makan malam pulak. Mula-mula nak makan kat Jom Ikan Bakar, sebab dah dekat dah tapi bila sampai tengok-tengok dia tutup pulak. Nasib baik saya dah senarai tempat makan best yang saya kutip dari blog kawan-kawan semua. Memang sangat membantu! Sebab semua nak makan seafood, saya suruh Mr Hubby gi Bamboo Beach Restaurant kat Kampung Penarak je. On the way tu nampak Jai Island Cafe so dah set dah malam esok kami makan kat Jai pulak.

Di Bamboo Beach Restaurant kami buat 2 hidang, ambil 2 ekor ikan siakap besar, siput Seludu + kupang, ikan pari, sotong goreng tepung, sayur campur, daging masak merah, kerabu sotong, tomyam campur, telur dadar : makan untuk 14 dewasa dan 4 kanak-kanak. Harga dalam RM300++. Makanan ikut tekak saya, semuanya sedap cuma ikan pari tak fresh. Paling saya suka, tomyam dia...sangat sedap. Alahai...terus rasa lapar lagi. Gambar makan takde sebab semua orang kebulur, hahaha....

Dah sampai! Terima kasih kepada blogger-blogger yang buat review tentang restoran ni. Sampai juga kami dan makan memang tak menghampakan.


Nota kaki : Next...Dataran Lang di waktu malam. Hehehe....


13 comments:

  1. Replies
    1. Waktu LIMA mesti orang ramai kan Mrs K....hotel semua mahal la kan..huhu

      Delete
  2. pegi time tak peak memang heavan kan sis..
    takde nak rebut2 itu ini...
    tenang je bercuti...
    suka tul lah si kembar tu ek sis...

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum kniedaz...
    sonoknya gi langkawi.. ni kami tak tau bila leh sampai sana... plan dok nak pi lama dah.. sampai la tak pi sana lagi pun.. hehehe.. plan je la.. jadi tak tau bila tahun.. kekekeke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila Fiyya dah besar sikit, boleh la pi...seronok pi time tak ramai orang hehehe

      Delete
  4. sedap yerk.. akak gi langkawitu kurang dapat gi makan sedap2 kurang preparation bab makan2ni... tapi jalan sangat puas... nama kedai dah terbayang kesedapannyer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok kan kak..lebih-lebih lagi jalan ramai-ramai...

      Delete
  5. wah...makan ikan bakar yer ..bestnya...kalo gie langkawi mesti byk aktiviti kan..

    ReplyDelete
  6. sha nak gi bulan 5 ni..

    berapa rm duk kat aparment tu....
    yg best sbb ada pool..mmg tgh cari hotel ni yg ada pool..tiket flight dah book...penginapan jer xde lagi

    ReplyDelete
  7. sori...sha dah klik yg link diberi tu....ok la RM540 utk 3hari 2 mlm..

    just nak tanya..jauh tak dari pekan kuah..sbb kat link tu tak bgtau kedudukannya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asha...tak jauh dengan pekan Kuah...dalam 5-10 minit dah sampai Kuah... ^_^

      Delete
  8. salam ,hai sis..meera nak tnya,mira dh click SINI tu tehn kluar sri lagenda apartment bkn century suria apartment..kira orrang yang sama handle untuk century jugak ke sis ?

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...