It's You!

Tuesday, May 7, 2013

Bandung & Buku Best

Salam,

Hari ni start kerja. Semalam sepatutnya kerja tapi bila dengar kerajaan Negeri bagi cuti, so sibuklah saya pun bercuti. Rupa-rupanya, UiTM tak cuti so hari ni pakat isi cuti la ramai-ramai yang cuti semalam. Tapi tak ralat pun sebab anak-anak memang cuti, lagipun cuaca semalam amatlah best untuk duduk di rumah saja dengan anak-anak. Hujan sepanjang hari, sejuk je...hahaha..

Sekarang ni sudah sibuk mengisi borang keluar negara sebab insya Allah, hujung bulan ni nak ke Bandung bersama rakan-rakan KKUUiTM yang lain. Saya mestilah bawa Mr Hubby tapi anak-anak kenalah tinggal. Kira macam second honeymoon plak lepas berumahtangga hampir 11 tahun. Anak-anak...sila bagi can mama dan abah pi jalan ye.

Kalau ke Bandung, apa yang berbaloi dibeli? Nak tau jugak ni so takdelah terbeli barang yang boleh dibeli di sini dengan harga berpatutan. Cer citer sapa-sapa yang dah pi tu.

Sambil buat pesanan buku-buku untuk perpustakaan, sambil baca buku ni. Tulisan seorang pengetua dari mula-mula beliau mula mengajar sampailah beliau mendokong jawatan pengetua sekolah. Macam-macam hal dan peristiwa terjadi. Seronok baca. Baru dua tiga tajuk saya baca. 

3 comments:

  1. mak Kniedaz, wak nak order beg lipat boleee?

    ReplyDelete
  2. macam best plak buku ni kan?..
    nnati nak cuba cari...:)

    ReplyDelete
  3. Wah bestnya berjalan Kniedaz...OKje tak sampai lagi ke Bandung tu so tak dapat nak bagi pendapat le!

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...