It's You!

Friday, May 10, 2013

Verangan Ko Jah V.8

Salam,

Sejak berniaga kecil-kecilan membuat kraftangan ni, angan-angan untuk mempunyai Craft Room di rumah selalu muncul di fikiran. 

Saya bercadang, kalau ada Carft Room di rumah, di sinilah saya akan menjalankan aktiviti menyiapkan tempahan-tempahan daripada pelanggan. Selain itu bilik itu juga akan menjadi tempat saya menjahit dan menseterika baju. So benda yang wajib ada di dalam bilik itu ialah :

     1. Ruang kabinet terbuka dan tertutup untuk menyimpan bahan-bahan kraf
     2. Meja kerja yang luas
     3. Mesin Jahit
     4. Seterika
     5. Banyak plug

Saya berangan-angan nak cat bilik itu dengan warna ceria supaya bilik tu nampak cerah dan selesa diduduki. Kerja kraftangan bukan saja melibatkan tangan yang lembut tetapi juga otak yang sentiasa berfikiran kreatif dan kritis, barulah hasil kerja tangan itu cantik dan kemas. Hehehe...

Kalau kat rumah saya tu, nampak gaya macam boleh buat di bilik belakang tapi sekarang ni bilik tu dah ada katil kelamin satu dan dua almari. Maknanya kalau nak merealisasikan angan-angan saya, saya kena keluarkan almari dan katil, ganti ngan katil single so bilik tu boleh jadi bilik tetamu juga bila saya tak berkraftangan..ok tak...nanti bila senang nak buat pelan perubahan. Hahahaha

Ni beberapa gambar Craft Room yang menjadi inspirasi saya. Kalau terlaksana la impian ini, waduh waduh....bisa mimpi happy-happy gitu..hahaha






5 comments:

  1. kak..ni dah macam bengkel la ye..hehehe.. saya pun suka camni.. =)

    ReplyDelete
  2. semuanya dari angan-angan, kemudian azam dan akhirnya kenyataan. yang penting, niat mesti ada..
    insya-Allah, mudah2an Allah permudahkan niat Ida

    ReplyDelete
  3. wow! semua cantik! 3 dan 4 nampak vogue

    ReplyDelete
  4. wahh...cantik2 semua...sy paling suka no 2 tu...
    moga impian terlaksana ye...:)

    ReplyDelete
  5. dietary management of fatty liver dietary management of fatty
    liver dietary management of fatty liver

    Feel free to visit my webpage :: what can i do to reverse fatty liver

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...