It's You!

Monday, June 30, 2014

Sabar

Salam,

Bulan puasa, kena sabar..

Sabar menjaga hati

Sabar menahan diri dari marah

Sabar la hati..sabar

Bukan marah pun..

tapi...

terasa hati


Sunday, June 29, 2014

Jalan-jalan Sebelum Ramadan

Salam,

Selamat berpuasa kawan-kawan semua. Pagi tadi sahur apa? Skang ni, baru kol 8 pagi dah start fikir menu juadah berbuka kan? Hehehe...saya cuma masak daging kicap je untuk bersahur pagi tadi. Kalau dulu, menu sahur pun nak meriah tapi sekarang ni janji sahur je.

Ni cerita semalam, bila si kembar MIL dah bawa balik ke Penaga. Saya dan Mr Hubby menunggu abang-abang mereka pulang dari Hari Sukan di sekolah. Lepas tu nak ke Pekan Rabu di Alor Setar untuk mencari baju melayu si abang. Saja pi sebelum puasa sebab nanti mesti tak larat nak jalan bila pergi bula puasa. Baru pi sekejap ni pun si Danish dah asyik bertanya, "lepas ni nak balik dah ke?"

Misi mencari baju melayu berjaya. Jumpa baju kurung si kembar yang sedondong tapi sayang, saiz pula tak ada. Akhirnya beli baju melayu abang-abang je la. Lepas membeli di Pekan Rabu, kami singgah di Masjid Zahir untuk solat Asar. Cantik masjidnya. Selepas itu, misi mengisi perut yang lapar so guna Waze untuk cari Nasi Lemak Royale Hijau Kuning. Saya ingatkan betul-betul nasi lemak tapi rupa-rupanya nasi kandar cuma nasinya kuning macam nasi minyak. Punyalah ramai orang beratur tapi memang sedap cuma tak dapat nak menghabiskan nasi di pinggan kerana portionnya banyak. Ingatkan bila minta bendi..dia bagi sebiji dua..ni bagi sampai penuh pinggan...hati ayam minta satu tapi dia bagi sampai 5-6 ketul...huhuhu..tapi dapat gak merasa apa la rasanya Nasi Lemak Royale tu.

Balik rumah siap-siap nak terawih pulak tapi saya berterawih di rumah saja sebab si kembar tu tiada siapa yang nak jaga. Saya jenis tak suka bawa anak-anak kecil ke masjid kerana takut mengganggu jemaah lain. Budak-budak...belum tahu baik buruk..menangis..menjerit..berlari sana sini...mesti orang lain tak selesa. InsyaAllah dah besar sikit nanti bolehlah bawa berjemaah. Sebelum ni pun ada gak bawa tapi kita tau tahap kenakalan anak kita so tak perlu lagi kot bawa...huhu

Okla...berhenti di sini dulu. Nanti kita sambung lagi. Daaa!

Sampai nasi pun tak nampak dah...

Beratur panjang sebab tukang cedok lauk sorang je.

Di Masjid Zahir. 

Menara Alor Setar...rasanya ini kali ketiga saya ke Alor Setar. Kali terakhir tahun 2005 kalau tak salah saya...lama kan?

Friday, June 27, 2014

Culik

Salam Jumaat,

Hari ni saya bekerja shif petang so pagi2 bangun mengemas rumah siap2. Semalam petang terlebih rajin siap iron baju untuk hari ni. Kain pun siap dilipat. Pagi ni, menyiapkan tempahan decorative pillow dan rileks..hehehe.

Sekarang ni...banyak dengar cerita tentang kes culik budak untuk jual organ. Begitu juga pasal van putih dok berlegar-legar mencari mangsa. Bagi saya, xkira van putih ke merah ke hijau ke...kereta ke apa ke..kalau mencurigakan perlulah kita waspada. Takut mendengar benda-benda macam ni.

Nak share doa yang kawan share di Facebook arini. Moga bermanfaat buat kita. Tak rugi kalau amalkan benda yang baik.

Sekejap je lagi nak Ramadan. Saya nak mohon maaf ya kalau selama kita berblogging ni ada ayat-ayat yang saya tulis menyinggung hati kawan-kawan. Semoga ibadah kita di bulan Ramadan nanti khasnya dan bulan lain amnya diberkati Allah.

Thursday, June 26, 2014

Report Card

Salam,

Hari Isnin yang baru lepas, saya ke sekolah ambil buku rekod abang2 berdua tu. Danish xke sekolah aritu sebab demam. Mula-mula janji ngan abah diorang nak pi sekali tapi last-last pi sendiri juga sebab dia pun demam n selesema.

Pencapaian Danish agak menurun kali ni. Subjek matematik dapat B saja. Penulisan karangan pula drop sikit. Danish punya masalah ialah dia tak pandai  nak kembangkan ayat atau perkataan yang telah diberikan. Cikgu cadangkan agar dia buat banyak pembacaan. Masalahnya...Danish memang suka membaca tapi masih juga begitu. Cikgu-cikgu ada tips tak?

Danial pula memang scorer. Cikgu kata walaupun mulut banyak, pot pet tapi dia rajin bertanya so takde masalah. Cikgu kata lagi takpe kalau banyak mulut tapi kerja jalan jangan banyak mulut tapi xbuat kerja yang disuruh.

Apa pun..kena tingkatkan usaha supaya boleh score di exam akan datang. Korang dah amik report card?

Tuesday, June 24, 2014

Stress

Salam,

Sekarang ni, nak mengupdate blog pun agak malas. Ada banyak cerita nak kongsi tapi tak tahu nak mula yang mana. Sejak akhir-akhir ni, badan rasa letih sangat. Mungkin tak cukup rehat, terlampau banyak berfikir atau terlalu stress. Entahlah...kadang malas nak fikir tapi bila tak fikir, dia akan datang mengganggu. Tapi kawan baik saya kata, masalah kalau tak ditangani akan menghantui kita sampai bila-bila.

Melalui pembacaan, ada beberapa simptom stress yang dapat dikelaskan iaitu simptom kognitif, emosi, fizikal dan kelakuan.


So, bila dah tengok simptom-simptom, saya rasa saya ni stress. Next entry, saya cari macamana nak menangani stress. Oklah..nak balik. Daaa!


Nota kaki : Sabar..



Sunday, June 22, 2014

Teringat

Salam,

Petang tadi waktu nak balik ke rumah dengan Mr Hubby, ternampak family kecil ni di traffic light.

Tiba-tiba teringat zaman kami tiada kereta, makan pakai pun ikut keperluan, terpaksa buat kerja part time untuk menampung perbelanjaan harian.

Teringat membawa Danish yang waktu tu masih kecil ke sana sini dengan motorsikal. Kalau hujan, basahlah sikit...kalau panas, terasa la juga bahangnya. Tapi kami happy dengan keluarga kecil kami waktu itu. Sekarang, alhamdulillah...saya sudah bekerja, Mr Hubby juga bertambah rezeki dengan business kecil-kecilannya. Berkat rezeki anak-anak...alhamdulillah.

Zaman sekarang ni...mau tidak mau..perlu ada sebuah kereta...kancil secondhand pun jadila. Habuan untuk membawa anak-anak atau isteri atau Ibu bapa jika sakit di waktu yang tak terduga. Tapi saya faham, ada juga yang tidak berkemampuan. Oleh itu, saya selalu bersyukur dengan apa yang ada sekarang. Betul kata orang-orang lama...pengalaman itu mendewasakan kita..mengajar kita erti kehidupan dan mengingatkan kita supaya sent I as a bersyukur dengan apa yang telah diberikanNya.

Friday, June 20, 2014

Just Me

Salam,

Sekejap je dah hari Jumaat kan. Dalam FB, dalam blog semua sibuk dengan World Cup 2014. Saya bukan peminat tegar bola sepak tetapi saja suka-suka memilih team yang rasa-rasa berpotensi untuk menang. Pasal bola memang saya zero. Apa-apa pun, layan je la mana-mana game yang sempat tengok.

Kerja sekarang semakin banyak, biasalah bila semester baru bermula, barulah banyak benda nak buat. Ada masa tu, memang malas nak buat kerja tapi dah tugas, kenalah buat sehabis baik. Sedang sibuk mencari bahan untuk pameran dan program Galakan Membaca. Bila bulan Ramadan dan Syawal semakin hampir, dekorasi raya juga perlu dibuat. Masih lagi tercari-cari benda yang boleh menarik pelajar datang beramai-ramai ke perpustakaan.

Awal-awal semester, pelajar baru la yang paling ramai masuk. Assignment dah mula ada, pensyarah sudah mula memberikan tugasan. Buku-buku di perpustakaan banyak dirujuk dan rak akan jadi bersepah. Biasalah semua tu. Cuma kadang-kadang hati rasa sakit bila nak menyusun buku di rak tapi susunan buku di rak sedia ada caca marba. Tak tau nak salahkan siapa...kita ke salah, pelajar ke salah. Masing-masing tau tugasan sendiri.



Saya ok tak sekarang? Alhamdulillah, masih ok. Nak bekerja dengan hati girang tu tudaklah juga, masalah sering datang walau tidak diduga. Rasanya lumrah kot bila bekerja dengan ramai orang. Tak semua orang faham dan tahu isi hati kita. Bagi saya, selagi kerja berjalan dan saya tidak mengganggu orang lain, it should be ok.

Selamat berhujung minggu semua!

Nota kaki : Oranje & Germany! You go!

Thursday, June 19, 2014

Stressed

Salam,

Saya stress hari ni. Semua gambar percutian di Krabi dan Hatyai dalam handphone saya sudah hilang. Tak sempat nak update lagi dalam blog. Kena minta ehsan geng-geng lain yang pergi bersama la untuk dapatkan gambar tapi gambar-gambar family memang takde langsung. Gambar anak-anak pun takde ...huhuhu...sadis rasanya.

Sekian, dari saya yang stress.




Tuesday, June 17, 2014

Library's Team Building

Salam

Minggu ni mai kerja dengan badan yang sakit2 akibat program team building minggu lepas. Seronok memang la seronok tapi sebab dah lama tak buat program luar so memang badan letih.

Ala...korang layan je la beberapa keeping gambar kitorg di Tasoh Lake Resort. Tempatnya memang menenangkan sesuai untuk program bina diri ni. Cuma agak sunyi je.

Thursday, June 12, 2014

Jalan Lagi

Salam

Baru balik jalan...dah jalan lagi. Kali ni jalan dengan geng library ke Timah Tasoh, Perlis sebab ada team building bahagian library.

Walaupun tak lama...cuma dua hati satu malam, tapi rasa excited sebab lama dah geng library tak buat program kami kami je macam ni. Library kena la tutup dua hari ni.

Okla....nanti update lagi. Bila Bas gerak...karaoke pun start la...diorang ni memang hantu karaoke...so layan je la...

Tuesday, June 10, 2014

Sayonara

Salam

Hari ni baru bertolak balik ke Pulau Pinang. Dua hati di Putrajaya dengan cuaca yang panas tidak berangin hari ni nak balik baru ada angin Dan mendung gelap. Selamat tinggal Putrajaya!

Semalam sempat tengok Mummy Yon dan baby Nur Airis Adelia. InsyaAllah nanti kita jumpa di Penang ya..

That's it for now. Cerita Krabi tak sempat lagi nak tulis. Biasa je percutian kami he he. Doakan perjalanan kami ya. Salam...bye!

Monday, June 9, 2014

Aduhai

Salam,

Kejap ada...kejap takde...saya ni dah macam biskut pulak ya. Minggu lepas do Krabi, minggu ni di Johor. Dari Utara terus pula ke Selatan. Penat di jalanan sungguh.

Keadaan mak selepas pembedahan beransur baik cuma dia masih lagi dirawat di hospital. Lepas ni...dia kena jaga pemakanan kerana ada kencing manis. Sekarang ni...kami Adik beradik jadi lebih rajin mencari info tentang penyakit ni. Kena berjaga juga sebab dalam keluarga ada sejarah penyakit ni.

Hari ni masih ada di Putrajaya. Semalam singgah di rumah Mummy Yon di Rinching Hilir. Dia dah sarat dah...nak bersalin dah. Alih-alih pagi ni dapat berita dia dah masuk hospital sebab nak kena operation sebab air ketuban kurang. Harap-harap semuanya baik-baik saja.

Thursday, June 5, 2014

Busy Bee Me

Salam,

Lamanya meninggalkan blog kesayangan ni. Rindu betul nak menulis di blog dan membaca entri-entri teman blogger yang lain. Bulan Mei yang baru lepas ni memang sibuk sungguh. Walaupun student Diploma sedang bercuti, tetapi banyak aktiviti dan program yang dihadiri. Dengan persiapan exam, bengkel, examnya lagi dan membawa anak-anak bercuti.

Alhamdulillah, exam KPSL sudah berlalu. Jawab mestilah jawab, kalau tak boleh jawab pun, saya buat juga sepertimana yang dikehendaki. Kalau saya, menjawab mesti panjang berjela, dah ala-ala karangan pulak. Kadang-kadang "jam" jugak kepala otak sebab dah tak tau nak goreng apa. Menulis di blog gunakan keyboard tapi bila menjawab soalan peperiksaan, menulis baru setengah muka surat tangan dan jari-jemari dah macam nak tercabut. Dengan mengejar masa, tulisan pun dah jadi terkangkang-kangkang bentuknya. Huhu..janji pemeriksa boleh baca tulisan saya tu.

Selain itu, rasa happy juga sebab waktu berbengkel di UiTM Shah Alam, kami semua berkesempatan bertemu dengan ex-boss kami yang sudah lama berpindah ke sana. Rasa teruja bila ex-boss masih ingat pada saya. Happy...happy...

With our ex-boss, Pn Asmah.

Minggu lepas pula, Mr Hubby bawa kami sekeluarga bercuti di Krabi. Mestilah seronok walaupun letih di perjalanan dan melayan karenah anak-anak. (Kami berkonvoi empat buah kereta ke Krabi, Thailand). Hehehe...

Minggu ni pula pelajar baru dah mula mendaftar. Akan mula sibuk dengan pelajar-pelajar dan tugasan hakiki.

Nota kaki : Nak balik Johor juga sekejap sebab nak menjenguk mak yang baru selesai menjalani pembedahan membuang ketulan di payu dara. Hopefully everything will turn out well for all of us.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...