Selepas beberapa hari bercuti, saya mula bekerja hari ini. Kalau ikutkan hati, nak je cuti panjang dan pulang ke kampung di Johor tetapi kerana Mr Hubby tidak dapat bercuti maka kami berkumpul adik-beradik di Keramat AU sahaja. Alhamdulillah, dapat jumpa mak sebab adik perempuan saya mengadakan kenduri Aqiqah anak perempuannya pada hari Sabtu lepas.
Hari ni, saya berpuasa sunat. Lama dah tak buat so nak mulakan balik berpuasa. Alhamdulillah puasa ganti dah lama beres tahun lepas so sekarang cuma buat yang sunat sahaja. Bangun bersahur lepas tu rasa badan tak sedap pula...nak demam ke? Alhamdulillah sehingga petang masih bertahan, mungkin letih perjalanan pulang je.
Nak cerita, kami bertolak ke Putrajaya pada malam Khamis kerana malam Jumaat tu nak bawa Yana dan Yani ke Program Malam Cinta Allah & Rasul di Presint 1, Putrajaya. Mereka berdua memang minat sungguh dengan Habib Syech Assegaff. Awal minggu dah sibuk bagitau nak pergi tengok so bawa la mereka ke sana. Kami keluar dari rumah SIL jam 8.30 malam. Waktu sampai sudah ramai orang, parking pun dapat jauh tapi sebab nak tunaikan janji, menapak jauh pun tak kisah. Ramai orang, tapi tak terasa penat, dengan pelbagai jualan, dapat sejadah free, ada air dan buah-buahan free...hmmm..berebut orang. Bukan nak kata la...dah orang bagi free, rasanya tak perlulah berulang dua tiga kali ambil sampai macam nak berjual. Huhuhu...
Kami bawa Yana dan Yani ke Dataran Putra tu, menapak jauh untuk cari port yang paling dekat tapi taklah depan stage sebab waktu tu dah penuh dah. Semua orang duduk beralaskan sejadah yang diberikan tadi. Mr Hubby dan BIL bawa Yana dan Yani ke depan lagi. Bukan main seronok mereka. Sambil duduk di sejadah sambil mengalunkan Qasidah yang memang jadi kegemaran di rumah dan di dalam kereta.
Jauh lagi tu.kitorang parking kat depan Bangunan Bahagian Pinjaman Perumahan, nak menapak sampai Dataran Putra...
Si comel berdua ni pinjam tudung makcik diorang. Alkisah, saya terlupa bawakan tudung mereka so pinjam la tudung bawal makcik. Punya seronok dapt pi, sampai balik jam 12 tengah malam tak buka tudung. Hehehe
Susah nak tangkap gambar Yana sekarang tapi bila dah pakai tudung dan diminta bergambar, laju je dia mahu. My sweet baby ^_^
Nota kaki : Sebelum tu, kami seharian di Kajang, ke rumah baru SIL. Mr Hubby dan BIL pasang Alarm System kat rumah diorang. Seharian mengadap mereka membuat kerja sambil curi2 masa siapkan tempahan kraf.
Best betul mereka dua orang tu dapat pegi selawat ye... anak2 akak teringin jugak nak gi selawat perdana tu tapi sampai sekarang tak dpat nak tunai kan :)
ReplyDeletealaaa... tomelnyer diaaaa....
ReplyDeleteOh.. Ida pergi bawa anak dara comel tu ye. Kakak mengikuti di tv aje..
ReplyDeleteSeronok dan meriah betul kan..
Suka kakak tengok anak dara Ida bertudung - comel sangat!
comel anak dara tu..bestnya dapat join kan....
ReplyDeleteKniedaz...awak pergi rupanya....kalah orang dekat ni hehe
ReplyDeleteCome anak dara kecik tu pakai tudung punyalah semangat nak pergi berqasidah...
Shomelnya si kecik.
ReplyDeleteWah, orang jauh pun sampai ke Putrajaya bawa dua budak comel ni lagi. Saya tak berkesempatan pun nak pergi. Comelnya alahai Yana dan Yani bertudung bawal. Geram betul sampai rasa nak cubit-cubit aje pipi tu!
ReplyDelete