Salam petang Isnin,
Siapa yang suka minum susu, angkat tangan! Wah...ramai gak yang suka minum susu ya...termasuklah saya. Saya masih ingat dulu-dulu waktu kecil, arwah abah beli susu Dumex untuk saya dan adik-adik. Ingat lagi iklan Dumex, besar bagai johan tu. Lepas tu, kalau kat rumah dulu, mak kalau buatkan susu mesti tambah gula sikit tapi saya tak bubuh gula bila buat sendiri sebab dalam iklan tv mana ada bubuh gula? Hehehe...
Saya memang suka susu. Sejak kecil lagi so di rumah kena la ada stok susu. Sejak mengandungkan anak-anak, saya jadikan susu sebagai minuman harian saya, selain Milo. Kadang-kadang beli susu penuh krim berkotak-kotak buat stok. Minum apa pun nak bubuh susu. Saya suka buat kopi O, teh O, Milo O, Sirap..lepas tu bila nak minum mesti tambah susu, hehehe.
Susu kegemaran saya, mestilah Dutch Lady Full Cream. Bila Danish nampak mama dia minum kopi tambah susu, dia pun ikut. Selain tu, anak-anak makan bijirin dengan susu Dutch Lady juga so kalau beli tu memang cepat benar habis. Selagi tak habis, selagi tu pintu peti ais tu terbuka dan tertutup. Boleh renggang pintu dibuatnya.
Baru-baru ni terbaca pasal produk terbaru Dutch Lady, EzyMix Dutch Lady Chocolate Drink, terasa nak cari pulak kat supermarket. Macam Milo je rupa parasnya so nak juga rasa. Manalah tahu hati terpaut pada yang satu ni pulak tapi Milo tetap menjadi pujaan hati.
Ada sesiapa yang dah rasa EzyMix? Sedap tak?
No comments:
Post a Comment
Thanks for the responds! (◡‿◡✿)