It's You!

Thursday, October 25, 2012

Raya, Bandar, Anak-anak & Keluarga

Salam Khamis,

Hari ni saya bercuti. Berada di Putrajaya dan Kuala Lumpur ke rumah adik ipar dan adik. Raya haji ni saja bawa mak jalan-jalan ke rumah saudara-mara di Kuala Lumpur. Raya Aidilfitri yang lepas tak balik kampung so tak dapatlah jumpa dengan adik kedua saya yang tinggal di Keramat so wajiblah ke rumahnya.

Sekali la bawa anak-anak berjalan. Peperiksaan akhir tahun pun sudah berakhir so bolehlah bergembira sedikit bagi mereka.

Nanti saya post lagi entry beraya di bandar ni. Sementara tu, jom jamu mata dengan gambar2 random yang ada di dalam handphone saya ni. Kekadang suka ambil gambar tapi terperuk je dalam handphone sebab malas nak transfer ke dalam pc. Hehe...

Selamat bercuti Hari Raya Aidiladha buat semua rakan bloggerku!

Ni gambar hari Sabtu..Yana ikut abah, tok madah, Cik Aca dan Nenek Dot ke Market Kepala Batas. Balik bawa balik set memasak yang baru. Abah dia kata dah pandai nak pilih mainan sendiri tapi biasala big boss yang beli so pilihan abah dia la tu. Sweet sangat siap ada pisau 3..hahaha


Ni gambar hari Ahad..Acu keluar shopping pastu balik bawa CoolBlog..Yana yang perabis. Tak bagi kat sesapa pun...dia sedut sorang-sorang tu...


Ni menu sarapan hujung minggu kami. Buat nasi goreng je pastu ada nasi impit makan dengan kuah kacang berdaging dan ada karipap giant yang Nenek Dot beli kat Market Kepala Batas.

Ni gambar tiga dara pingitan. Yang sorang lagi tu anak BFF saya, Dd. Kami jarang jumpa tapi dah berkawan sejak zaman di PUO lagi..love you Dd!

Tengok anak dara ni. Dapat duit simpan dalam baju. Nampak sapa2 buat la ni..huhu..macam nenek-nenek pulak dah saya tengok huhuhu....





4 comments:

  1. Replies
    1. Yg tumpang main abg2 si kembar dgn mama sekali hehe...comel sangat

      Delete
  2. sedapnya dia minum cool blog hehehehehe...
    wah wah wah... dah pandai simpan duit dlm baju...keletah anak2 nie memang menghiburkan kan sis...

    ReplyDelete
  3. Salam aidiladha..sesekali beraya di bandar, meriah juga..;)

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...