It's You!

Monday, October 1, 2012

Kesiannya

Salam Isnin,

Hari ni saya kurang sihat...selesema dan sakit perut,, cerry berry sket. Tapi yang teruk anak saya la, Yani. Dari semalam dia muntah2. Bila makan, muntah. Bila minum, muntah. Kesian dia.

Malam tadi bawa ke klinik Dr Akib di Paya Keladi...klinik tu je yang buka 24 jam. Doktor bagi ubat tapi melalui punggung sebab bila makan ubat secara oral, dia akan muntah. Bila nampak doktor keluarkan stetoskop je dia dah nangis. Lepas tu pandai pulak dia ajak balik. Alahai anak mama....

Balik lepas sumbat ubat dia minta urut. Lepas muntah sekali lagi, dia tidur sampai ke pagi. Pagi tadi bangun dia minta susu sebelum subuh tapi tak lama lepas tu dia muntah lagi. Pukul 7 lebih dia bangun minta mandi. Lepas mandikan dia, dia minta susu. Mak buatkan susu cair perisa coklat dia. Lepas minum, dia kata "sedap...coklat"..lapar la tu...perut kan kosong...

Lepas tu dia nak dengar lagu baby tv channel so saya bukakan guna hp..dengar dua tiga lagu dia tidur. Sekejap tadi dia panggil saya nak susu "tit"....dah bf dia tidur balik. Tak muntah lagi tapi sedang berjaga-jaga...kalau dia muntah lagi kami nak bawa ke klinik semula dan xtaula maybe kena admit ke tak...

Nota kaki : Bila kakak sakit, Yana pandai bawa diri. Dia main sorang2 dari semalam...tak meragamm pun. Senyum je..sambil nyanyi sorang2 guna bahasa dia. Ada sekali tu, kakak dia muntah dia siap datang dekat dan ajuk cara kakak dia muntah. Yana,,,yana...hehe..Doakan Yani cepat sembuh ya kawan2

1 comment:

  1. doc suggest masa bwk anak2 muntah la jgn bagi minum air terus banyak macam tu. bagi sikit2 je. tp dgn budak2 ni kita cpt kesian kalau dia orang mintak air kan? belas je mukanya.

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...