It's You!

Tuesday, October 30, 2012

Cerita Raya di Putrajaya

Salam,

Meh la kita bercerita tentang beraya di bandar. Raya Haji je buleh beraya di bandar ni...kalau raya Aidilfitri beraya di bandar, mau menangis juga..huhu..

Kami sampai di Putrajaya pada pagi Khamis jam 3.40 pagi. Sepanjang perjalanan, trafik menghala ke selatan dari Penang, ok je tapi yang menghala ke utara sudah mula bertali arus. Walaupun begitu, husband saya memandu dengan kadar kelajuan yang so-so je sebab takmaula terlampau laju, bukan nak ke mana pun. Dua kali juga kami berhenti di RnR sebab hubby tak tahan mengantuk. Saya punya style, bila kereta berhenti, mata cerah tapi bila kereta jalan, mulalah tersengguk-sengguk. Sedar-sedar dah masuk Guthrie dan sedar lagi sekali dah sampai Putrajaya.

Anak-anak bergelimpangan tidur sesampainya di Putrajaya..letih la tu..dalam kereta tak boleh tidur selesa. 

Dari Penang, kami siap bawa semua bahan untuk memasak rendang dan kari kepala ikan mamak style. Kami memang dah rancang nak masak apa dari rumah. Kesian kat adik dan adik ipar yang sibuk bekerja. Mesti tak sempat nak membeli-belah barang yang kami nak guna. Lagipun takut tak jumpa rempah yang selalu kami guna. Haha..lawakkan kami ni. 

Tapi itu semua kerja hubby, sepupu hubby si Mami Yon dan mak. Saya ikutkan je. Hubby siap beli ikan Nyok-nyok dan temenung fresh bawa ke Putrajaya. Maklumlah, rumah kami di Penaga, Penang dekat dengan jeti bot nelayan. Setakat ikan temenung (kembung) tu hari-hari makan yang fresh so bila datang ke rumah adik-adik ni biasanya kami akan beli ikan untuk diorang. Hubby cari udang tapi laut mati waktu kami nak bertolak..udang takde la pulak.

Malam Khamis tu cadangnya nak bawa anak-anak ke i-City tapi hujan punyalah lebat. Kami takut sampai di i-City nanti hujan pulak so kami jalan-jalan kat Alamanda je. Bawa budak-budak main games dan beli buku cerita. Saya pun dapat satu hehehe...50 Shades of Grey...yippie...MPH buat sale le pulak..harus sambar sesuatu. Anak-anak pun memang suka buku-buku ni.

Dua budak kecik yang memang hantu naik benda2 ni..selagi tak dapat naik, selagi tu dia bunyi so untuk mengelakkan semua orang tension dengar diorang nangis, kami bawa diorang main puas-puas.

Tengok si Yani ni...macam la budak besar ... nak juga ikut Acu dan abang-abang dia lumba kereta. Tu sederet tu kami saja yang duduk main...orang Putrajaya dah balik kampung kot..hehehe

Yang penting saya dapat novel ni. Dah lama baca review dia...memang teringin nak beli lama dah. Saya beli paperback saja, murah sikit. Lepas diskaun dapat RM25.52 tapi sampai hari ni tak sentuh lagi. Buku yang hari tu start baca pun belum habis. Kena tunggu turn la dulu.

Balik dari Alamanda cari tempat makan semuanya tutup. At last, kami makan area Bangi satu kedai satay ni tapi servis sangatlah lembab dan kedai pun tak berapa nak bersih. Lepas makan kami terus balik. Esok nak bangun awal, masak rendang pulak...hehe...

To be continued..


5 comments:

  1. owhhhhhhhhhh.. datang beraya kat sini.. org lain plak sebok balik sana.. :) ehehehe.. saya pun beraya kat puchong je.. tapi alhamdullillah.. boleh tahan la.. walaupun dlm hati tetap nak balik kg berkobar2.. apa kan daya.. keadaan tak mengizinkan.. 1st time raya kat puchong after 10 yrs.. huhuhu.. sedey tapi tetap hepi.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe..begitu la Jass..lagipun MIL kat Mekah so adik-adik ipar tak balik..kami pulak la beraya di bandar..Raya haji takpe Jass..jangan raya aidilfitri..

      Delete
  2. berape jalan sini sane , tapi saya tidak ,uwaaa ,

    ReplyDelete
  3. memeyla dlm kete Xleh tdo puas, lenkali mak kena balik kampung nek kapalterbang jeeeer.. ehhheEee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naik lori je la wak..bentang toto kat belakang..boleh tergolek terlentang ikut suka hati hahahaha

      Delete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...