Nak kata saya ketinggalan zaman, katalah...tak kisah. Cerita dah basi pun nak tengok lagi. Orang dah baca semua siri novelnya saya baru habis baca..hahaha...nak tau tak pasal apa ni?
Nin dia!!!
Mula-mula tengok satu hari tu sebab rehat hari Jumaat kan panjang. Hari tu tak ke mana la pulak so tertengoklah Twilight. Kalau tak silap awal tahun ni waktu tu. Punyalah lama cerita ni main tapi baru tahun ni nak tengok...ahahaha..Bila dah layan, macam best pulak so sambung plak New Moon. Bila dah tau jalan cerita memang teruja nak tengok Eclipse pulak tapi sayang ...Eclipse kawan2 ofis tak download pulak. Mana ble terus lompat Breaking Dawn so saya usaha pinjam novel Eclipse kat library.
Sebenarnya awal tahun lepas, library ada beli satu set Twilight. Saya yang proses buku-buku ni tapi waktu tu tak terasa nak baca pun. Macam dalam hati, entah apa-apa cerita pontianak ni. Tapi bila dah tengok 2 movie yang awal, terasa nak tengok yang seterusnya. Lepas habis baca Eclipse baru sambung movie The Breaking Dawn. Lepas habis tu sebab lama sangat nak tunggu Breaking Dawn Part 2 keluar kat wayang, saya baca novelnya bagi habis. Hahaha...aci tak?
Pada sapa2 yang t ak tau, Twilight ni mengisahkan seorang gadis yang bercinta dengan pontianak dan dalam masa yang sama dicintai oleh shapeshifter yang bole berubah menjadi serigala. Macam ntah apa2 ntah kan?
16 November ni, Breaking Dawn Part 2 akan masuk panggung. Walaupun dah baca novel dia, tetap teringin nak tengok kat panggung. Hari tu kat HBO dok ulang-ulang yang lama sampai husband saya pun tau pasal cerita ni so saya dah cakap kat dia nak tengok cerita ni ngan dia. Lama dah tak tengok wayang ngan hubby sejak si kembar ada ni. Jom kita pakat pi tengok nanti ya!
No comments:
Post a Comment
Thanks for the responds! (◡‿◡✿)