It's You!

Thursday, October 11, 2012

Seramnya 3

Salam Khamis,

Bukan...bukan...saya tak nampak dia lagi malam semalam tapi ni pasal MIL, mak, mak saudara n sepupu yang bawa Yana n Yani gi jumpa ustaz malam tadi. Sebabnya berkaitan dengan kes saya jumpa dia malam tu la.

Perasan la malam saya jumpa dia, bila balik rumah nak tidurkan Yani n Yana, Yani ni asyik pandang kat penjuru bilik je. Tak berkelip-kelip. Saya pun dok ushar gak kat penjuru tu ada apa tapi tak nampak apa la. Nasib baik dia tak nangis malam tu. Esoknya tu baru Yani muntah-muntah dan start meragam. Tak mau dengan orang lain...nak dengan mama je. Lepas tu, tak boleh berenggang dengan kita. Nak suruh kita duduk dengan dia je.


Malam semalam bila gi minta ustaz tolong tengok-tengok. Ustaz kata memang dia ikut saya balik rumah. Lepas tu dia duduk dengan Yani. Yani memang dari baby lagi kami dah perasan dia ni jenis lemah semangat sikit. Tu sebab kot dia nak orang duduk dengan dia je. Benda tu mesti selalu ada dekat so dia takutlah kot. Hish..meremang bulu roma. Alhamdulillah...ustaz dah tolong buang benda tu dan bagi air tawar untuk Yani.

Lepas ni, kalau rasa atau nampak apa2 kat luar rumah, kena berhenti kat mana2 dulu dan baca la ayat-ayat Quran yang boleh menghalau benda tu daripada ikut balik. Malam tu saya tak teringat pun nak berhenti kat mana2 sebelum balik rumah. Selalunya saya akan baca Ayat Kursi dan Surah 4 Qul tapi malam tu kiranya jadi blur tak ingat langsung nak baca apa2 sebelum masuk rumah. Ni jadi peringatan kepada diri sendiri dan kawan2. Bukan apa, kesian kat anak2 kita yang boleh nampak macam2 tu.

Alhamdulillah, malam tadi Yani nampak dah makin ok..tak lagi nak menempek je. Boleh main sorang2 dah dan yang penting tidur lena dan tak merap2 dah.

Nota kaki : Rupa-rupanya sebelum saya nampak dia, ada student yang nampak dia bertenggek kat rak masa dia cari buku. Budak tu turun bagitau kat staf lelaki dan member pun gi check tapi tak nampak apa cuma rasa kehadirannya. Tak lama lepas tu, saya pulak naik ke atas dan ternampak dia. Mangsa rupanya saya...huhu..

6 comments:

  1. syukur lah yani dah ok...
    kesian kan kat dia...
    iyelah...kkdg bila terkena kat kita...
    leh terlupa jap apa yg nak buat kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la Rasp...mcm hilang ingatan jap pulak..Alhamdulillah Yani dah ok

      Delete
  2. ya Allah, lindungi kami..amin..(mlm ni keja, mlm jumaat plak tu. uwaaa!)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah takde pape...tapi yang penting bagi Abg Sham naik malam ni..hehe

      Delete
  3. akak... izan yg baca ni terus meremang bulu roma.
    syukurlah yani dah ok.

    teringat dulu2 masa kembar kecik, dok pt raja lagi kasa tu... pun pernah kena juga.
    menangis dgn suara yg lain dari suaranya. panggil2 nama mmg takde respon.
    bila ingat2 balik mmg seram jadinya.

    ReplyDelete
  4. anak2. memang seram bangat. azfar pun ada jugak sekali tu bawak balik berjalan dia kata takut2. apa dia nampak tak tahu la. dia kecik lagi kan. pandangan pun belum terhijab lagi. nasib baik la saya bkn tak berapa rajin nak g library uitm tu. pergi pun siang2 je. mlm tak pernah.

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...