It's You!

Wednesday, October 31, 2012

Beraya di Bandar Part 2

Salam,

Beraya di bandar ni ada pro dan kontranya juga ya. Yang bestnya nak ke satu-satu destinasi pada musim raya ni takla jam. Cepat je sampai ke tempat yang dituju. Naik kereta pun tak kalut-kalut. Yang kalutnya, penghuni dalam kereta tu. Biasalah si Yani dan Yana ni...bukan boleh duduk diam. Sekejap ke depan sekejap ke belakang. Sekejap nangis..sekejap ketawa...adoila..pengsan kami.

Yang tak bestnya, bangun-bangun pagi raya tu, sunyi sepi je. Kalau kat rumah di kampung, siap pasang tv kuat-kuat bagi dengar takbir raya. Kat jalan, motor dan kereta lalu-lalang. Kat Putrajaya ni sunyi sepi je. Pagi tu dengar kami kelentung-kelentang kat dapur je. Yang lain samada tak bangun lagikah atau memang tiada di rumah. Hehe...

Pagi raya tu, kaum lelaki yang terdiri daripada hubby, adik-adik ipar dan dua hero saya pergi sembahyang hari raya di Masjid Besi a.k.a Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Sementara diorang gi sembahyang kami yang perempuan siapkan juadah raya dan siapkan si kembar tu. Pagi tu biasalah, ada lemang, ketupat sikit, rendang ayam dan nasi putih. Saya buat sayur buncis tumis ngan tempe, ayam kicap dan ayam goreng. Gambar tak sempat nak ambil sebab kalut dengan si kembar tu..hehe..

Hubby kata seronok sembahyang di Masjid Besi. Ramai juga orang tapi dia kata sakit mata tengok mat indon gi sembahyang pakai seluar ketat, baju pop-up color dan rambut trojan. Dia kata lagi kalau kat Penang tak pernah la jumpa kalau jumpa mesti kena "haria". Saya kata biarlah...janji nak juga datang sembahyang di masjid. Banyak orang banyak ragam kan?

Bersiap nak berjalan-jalan

Sebelum tu abah tolong ambil gambar Yana dulu. Senyum Yana....

Dua budak nakal ni...hehehe

Kami start beraya ke rumah sepupu hubby kat Cheras. Waktu tu pun dah pukul 11 lebih. Seronok juga berjalan ke sana. Dari Cheras, kami ke Taman Datuk Senu pulak rumah mak saudara saya belah arwah abah. Kat sana jumpa dengan mak saudara saya dan sepupu yang duduk di Jalan Imbi. Mereka memang dah plan nak berkumpul di Sentul pagi raya tu. Bila dah berjumpa, macam-macamlah yang disembangkan. Makanan pulak jangan cakaplah. Perut dah makin ketat sebab makan macam-macam. Jangan tanya pasal gambar sebab saya tak sempat nak ambil gambar. Kena kepung dengan Yani dan Yana je. 

Lepas tu, baru kami gerak ke AU5 rumah mak mertua adik saya. Adik saya masih lagi tinggal di rumah mertua walaupun dah beli rumah sendiri sebab anak-anaknya yang dua orang tu mak mertua yang tolong jaga so dia tak pindah lagi ke rumah sendiri. Rumah sendiri pun tak jauh, kat Kemensah Villa belakang Zoo Negara tu je. Kami lepak rumah mak mertua adik sampai lepas maghrib sebab tunggu husband adik selesai gotong-royong korban kat surau depan rumah diorang.

Anak-anak dara saya ni pantang tengok kolam mandi, mesti nak mandi. Waktu ni pun dah petang, bagi je dia mandi kat depan rumah mak mertua adik.

Malam Jumaat dan Sabtu kami bermalam di Kemensah Villa, rumah adik perempuan saya. Adik ipar yang kat Putrajaya pun berkampung di sini. Kalau kami turun ke KL, kami memang akan berkumpul di rumah adik. Senang nak pi berjalan ramai-ramai, sekali jalan je. Hari Sabtu tu kami masak kari kepala ikan mamak style. Yang masak Mami Yon la..sepupu hubby. Kami amik dia kat rumah abang dia kat Cheras semalam. Sedap...makan bertambah kami semua. 

Selebih hari tu, kami cuma lepak-lepak adik-beradik sambil sembang-sembang dan layan anak-anak. Ahad tengahari kami akan gerak balik ke Putrajaya semula. Malam sabtu, hubby dan adik-adik bawa hero-hero saya pergi main bowling kat Ampang Point. Saya duduk di rumah jaga si kembar. Bila ada anak kecil ni, kenalah korban sikit. Tak boleh dah nak ikut keluar malam2 sangat sebab takut si kembar ni mengamuk nak tidur pulak. Rindu juga nak keluar ngan hubby berdua-duaan tapi kena tunggu kembar ni besar dulu lah gamaknya.

Menu hari Sabtu...sedap!

Next entry pengalamn gi i-City pertama kali. Pertama kali buat saya dan hubby tapi anak-anak dah pergi banyak kali. Cuti sekolah diorang selalu jugak duduk Putrajaya so berjalan sakan adalah satu kemestian sebab husband adik ipar saya tu guru sekolah. Wajiblah cuti sekolah dia pun cuti hehehe.

Nota kaki : Sebenarnya, beraya kat mana-mana pun best juga asalkan pengisiannya tu memberi makna kepada kita. Dia jadi tak best sebab takde orang tersayang di sisi kita. Kalau macam saya kali ni, walaupun beraya di bandar, tetapi dikelilingi ahli keluarga so tak terasa la sangat ketidak seronokkan beraya di bandar tu. Yang penting kita happy...ye tak?


No comments:

Post a Comment

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...