It's You!

Monday, October 22, 2012

Hasil Pemanggang Ajaibku

Salam Isnin,

Semalam tak ke mana pun sebab hari Sabtu dah jalan-jalan cari makan di Sungai Petani. Pagi-pagi bangun dan mandi siap2. Nak ajak hubby ke Pekan Hari Penaga.

Pekan Hari Penaga dibuka setiap hari Khamis dan Ahad tapi selalunya meriah hari Ahad la sebab hari cuti. Ada macam-macam barang dijual, dari ikan, ayam, daging, sayur, buah, rempah-ratus, pakaian, barangan elektrik terpakai, barang dapur. Hish..senang kata banyak yang ada dari tak ada. Biasanya kalau waktu puncak jam 9.30 pagi hingga 11 pagi tu nak jalan pun susah. Kalau bawa anak kecil kesian je kat anak-anak sebab kena bersesak2.

Saya, hubby, Mami dan Danish naik motor gi pukul 8 pagi. Terawal la pulak...hehe..banyak lagi gerai tak buka. Kami beli ikan cencaru dan ikan temenung (kembung) borek ...yang besar tu. Hajatnya nak bakar dalam pemanggang ajaib. Selain tu, kami beli sayur pucuk paku nak masak lemak buh cili api. Sebab banyak lagi gerai tak buka, kami pekena roti canai dulu dekat tepi jalan. Lepas tu kami sambung jalan beli sayur dan bahan masak yang kering sebelum balik. Waktu kami balik tu, orang dah ramai...huhu..nasib baik cepat kalau tak kena bersesak.

Inilah pemanggang ajaib saya, jenama Idaman Suri hehehe, kalau tak silap MIL kata RM70 kat Langkawi

Saya bungkus ikan-ikan saya dalam aluminium foil, sebab takut hangus la pulak kan. Nama pun first time guna so tak dapat nak agak lama mana nak masak.

Hasilnya...jadi ikan pais..ikan tak hangus..isi pun lembab dan berperisa. Lepas ni nak cuba bakar ayam pulak tanpa aluminum foil. Waktu guna ni pun tak tau nak agak berapa lama baru boleh angkat so saya masak 10 minit lepas tu balikkan pemanggang ajaib dan masak lagi 10 minit. Hasilnya ok la..sedap hehe

 Nota kaki : Malam tu ingat nak bakar kek dalam pemanggang ajaib tu tapi mak tak bagi pulak. Mak kata mana boleh...nanti kek hangus..isk isk..so xjadi la. Dah beli butter so at last kami buat karipap inti kentang yang sedap..yum yum...




4 comments:

  1. tengok orang suke beli periuk semua , sangat ta saba nak ade rumah sendiri annti , hhehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe...nanti dah ada rumah sendiri boleh la beli yg cantik2...skang pun boleh beli tapi kena la ada tempat nak nyimpannya ...

      Delete
  2. sy kirim kawan beli..sekarang yg kecik rm50 je..xsabar tunggu kawan balik langkawi..nak try..niway..harap korang sudi follow k..sy da follow kniedaz78..tq :)

    http://herdiaryoflife.blogspot.com/

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...