It's You!

Wednesday, October 10, 2012

Pemanggang Ajaib..betul ke ajaib?

Salam petang Rabu,

Perasan tak sekarang ramai orang bercakap tentang pemanggang ajaib? Bila buka FB mesti ada orang tag pemanggang ajaib ni. Rasa teruja jugak nak tahu pasal keajaibannya.

Gambar sebagai hiasan sajok...tiada kena  mengena dengan pemanggang ajaib milikku


Ada kawan yang jual pemanggang ni. Antaranya dalam iklan tu bagitau, kebaikan pemanggang ni
  • serbaguna - boleh memasak, menggoreng dan memanggang
  • tidak berat dan mudah dikendalikan
  • tidak nipis - makanan tak mudah hangus
  • tangkai berpenutup magnet - ketat dan kedap
  • rekabentuk ketahanan tekanan kekal - kekalkan aroma dan citarasa semulajadi
  • mudah dicuci bersih
  • tidak melekat
  • jimat masa
  • elak pencemaran udara
  • selamat dan baik untuk kesihatan
  • mudah dibawa ke mana-mana
 Kalau benar bagai dikata, rasanya boleh la buat pizza dalam pemanggang ajaib ni kot sebab malas nak keluarkan oven dari stor. Pastu...kalau boleh buat kek dalam pemanggang tu lagi best. (kes malas nak guna oven). Boleh beli nih...

MIL g kursus kat Langkawi minggu lepas. Balik dari Langkawi dia bawa pemanggang ajaib ni 4. Satu daripadanya untuk saya. Hehehe...tak payah beli, MIL dah belikan...terima kasih mak! Lepas ni boleh la saya bereksperimen dengannya.

Nota kaki : Ada sesiapa yang dah guna pemanggang ajaib ni? Macamana? Ok ke?

5 comments:

  1. dah ada tapi tak penah guna.. mood masak tak mai lagi.. huhuh

    eh, bakar kek dalam ni pon bleh tau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la kita..dok tengok je pemanggang tu..takde rasa nak masak lagi...tu la..kalau ble bakar kek lagi best..satu hari nanti nak kena try jugak

      Delete
  2. masakan dijamin sedap tak kalau guna pemanggang ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum cuba belum tau nizam...dah cuba nanti saya bagitau ^_^

      Delete
  3. mungkin pemanggang ajaib tu blh masak sendiri tanpa digunakan. hehehe...

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...