It's You!

Friday, October 12, 2012

Hai....Saya Yani ^_^

Salam Jumaat,

Hari ni saya cuti menghantar MIL ke Tabung Haji Bayan Lepas. Flight ke Mekah tengahari ni. Hari ni bolehlah lepaking dengan anak2, mak, mak2 saudara, adik-beradik semua sebab semua balik. Meriah la rumah saya hujung minggu ni.

Pagi ni, saya nak buat entry pasal anak dara saya Nur Dayani Hayfa. Sekarang dia dah setahun 8 bulan. Sekejap je dah besar. Gigi dah banyak. Mulut pun dah makin ringan bercakap. Sekarang dah pandai susun kata untuk ayat dua perkataan seperti "mama, duduk" atau "makan nasi" (tapi pelat la sikit)

Kalau dibandingkan dengan Yana, Yani lebih cepat bercakap. Dia lebih berisi dan nampak besar sedikit daripada Yana. Maklumlah...dia kan kakak. Tapi orang tua2 kata, sapa yang keluar dulu tu bukan kakak tapi adik sebab si kakak mengalah bagi adik keluar dulu. Kalau ikutkan kes saya, tak tentu juga...sebab doktor yang keluarkan Yani dulu dari tingkap...hehehe.

Yani ni nampak garang tapi sebenarnya dia ni lembik sikit. Sikit2 nangis..kalau berebut dengan Yana, selalu je kalah. Lepas tu, memang sejak baby Yani senang terganggu, maksudnya kalau ada benda2 halus ke apa, Yani mesti kena..nangis melalak2. Yani pun manja dan bila senyum mesti nampak lesung pipit sebelah kanan pipi dia. Terbaru, kami baru perasan...Yani ni macam kidal sebab pegang benda semua guna tangan kiri padahal dalam family kami takde pun yang kidal.

Okla...itula serba sedikit tentang Yani. Lain entry kita cerita pasal Yana pulak ye..Layan gambar pulak la...hehe

 Usia 5 hari...tdo je lagi

Usia 2 bulan


 Usia 3 bulan


6 bulan


 8 bulan

9 bulan

Satu tahun

Satu tahun 5 bulan


Setahun 7 bulan

Sekarang...setahun 8 bulan


7 comments:

  1. uisshhhhh kus semangat dia ye sis...
    gerammmm jer tgk pipi dia....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makin besar pipidiamakin susut tapi masih bambam lagi..hehe

      Delete
  2. isyyyyyyyyy.. comel betul lah... suka tang pipi dia... hehehe.. geram tengok..
    tak sabar nak tunggu baby kuar plak... anak2 dah besar... diorang tak suka menggentel ngan mama dah skrg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami kat rumah pun suka pipi dia...asyik cium je...tapi bila buat perangai adoilaaaaa hilang kecomelannya hehe

      Delete
  3. memang pipi boleh tahan. geram je tgk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pipi labuh tu...tok2 dia selalu kata..hehehe

      Delete
  4. geram tengok pipi dia.. bambam gitu..hehe..

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...