It's You!

Thursday, October 18, 2012

Claytan Kegemaranku

Salam Khamis,

Pagi-pagi sembang pasal pinggan mesti seronok kan? Hehe..kenapa Claytan? Kenapa tak Corelle atau Corningware?

Sebab utama sebab kilang Claytan ni boleh katakan dekat dengan rumah mak di kampung. Kalau balik Johor, mesti pi Ayer Hitam sebab nak beli pinggan.

Sebab lain, kat kilang Claytan ni kita boleh beli barangan seramik yang reject. Reject pun bukan sumbing atau retak tapi factory defect cam senget sikit, corak tak kemas dan beberapa kecacatan yang kalau orang tak perasan memang tak nampak.

Di rumah dah satu almari penuh dengan Claytan. Itupun ada hati nak membeli lagi kalau nak balik kampung. Saya suka membeli mangkuk-mangkuk untuk isi lauk-pauk. Kalau pinggan makan tu kurang sikit sebab kalau beli pun, letaknya dalam almari je. Anak-anak kecil lagi..malas nak keluarkan pinggan berat-berat ni.

Kalau pinggan dan mangkuk lauk memang saya guna. Salah satunya untuk panaskan lauk dalam microwave sebab Claytan kan microwave safe, tu pasal ada banyak di rumah. Corak-corak Claytan dibuat secara underglaze iaitu coraknya dibuat dulu sebelum proses glaze dibuat. Ini untuk memastikan corak itu tahan lama selain daripada memastikan pinggan kita tak tercemar toksik daripada pewarna yang digunakan. Yang penting Claytan ni buatan Malaysia so kan bagus kalau kita membeli barangan buatan negara sendiri yang hasilnya setanding negara luar? ^_^



Sumber google 


Kalau nak beli yang elok, dekat Parit Raja ada satu outlet Claytan yang jual set-set yang tak reject. Harga pun berpatutan dan design sekarang ni makin cantik setanding Corelle.

Sesiapa yang berjalan ke Johor tu singgahlah kat Claytan, Ayer Hitam. Kalau budget kurang, beli yang reject tapi cantik pun boleh. (Macam saya la).Kalau ada duit lebih, boleh la beli yang elok, kat Parit Raja pun ada. Sambil tu, kalau dah pergi Parit Raja, bolehlah singgah makan lontong kat pasar Parit Raja. Hehe...

Nota kaki : Kat Perda Pulau Pinang pun ada outlet...bolehlah pi  hehe..dekat dah


5 comments:

  1. assalamualaikum...
    wow.. reject bukan sebab sumbing atau retak.. itu sudah bagosss.. bukan org dok belek pun time makan tu kan.. bape rm 1 set tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau yang reject tu dia jual loose...so kita boleh pilih berapa banyak kita nak..harga RM1 lebih pun ada..tengok corak la...
      Kalau yang kat outlet set kena tengok juga set macamana tapi lebih murah dari Corelle rasanya ^_^

      Delete
  2. Saya pun minat gak dgn claytan ni.. Selain cantik, tahan lama gak kan.. Tp kalo bab pinggan mangkuk, masuk Idaman Suri langkawi mmg boleh buat rambang mata, mcm mcm ada, cuma siap duit je lah..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe...kalau gi Langkawi, saya pun nak gi Idaman Suri...macam2 ada kan kat sana...^_^

      Delete
  3. suka lak tgk set yg 1st and last tu...
    lepas nie leh buat2 terlepas dari pegangan 3, 4 biji pinggan lama...
    leh bagi alasan nak beli set baru lalalalalala...

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...