Banyak betul entri yang tertunggak. Konon-konon nak menulis tapi bila dah buat kerja mesti lupa. Sayang nak tinggalkan blog kosong. Kawan-kawan datang ke blog mestilah nak membaca entri baru bukan entri dua tiga hari yang lepas.
Sebelum terlewat, nak kongsi cerita Big Bad Wolf Penang. Kiranya saya ke Penang Times Square semalam sebagai penutup hadiah birthday untuk tahun ini. Memang dah bagitau Mr Hubby saya nak pergi ke jualan buku tersebut tapi awal-awal tu tak dapat nak pergi sebab ada kenduri di Kuala Lumpur.
So, semalam petang kami anak-beranak kecuali Yani (Dia masih ada di Putrajaya bersama Tok Nani. Akan balik malam ni) ke Penang Times Square. Sebelum tu Mr Hubby bawa kami ronda-ronda tengok pelancong bergambar di bangunan-bangunan lama di sekitar bandar George Town. Mula-mula nak singgah di Muzium 3D dekat ngan jeti feri tapi tengok ramai orang. Takpela..lain kali kita masuk.
Sampai di Penang Times Square lebih kurang jam 2.40 petang, terus serbu BBW. Mata jadi rambang tengok pelbagai jenis buku yang ada. Mr Hubby dan Danish kurang minat buku-buku berbahasa Inggeris, cuma saya dan Danial yang beria-ia memilih. Rajin pulak Danial mengikut saya dan Yana ke sana sini. Sambil pilihkan buku untuk adik dia, dia cari buku untuk diri sendiri tapi tak jumpa yang berkenan.
Last-last dia dapat sebuah je pasal serangga. Yana dan Yani dapat buku mewarna, buku aktiviti dan ensiklopedia simple. Saya pula dapat 5 novel dan dua buku resepi mini. Kalau ikutkan tak cukup tapi bila dah banyak sangat buku dan ada plak yang menunggu, jadi kelam-kabut mencari. Lagipun, tak jumpa banyak karya penulis-penulis kegemaran saya seperti Mary Higgins Clark dan Carol Higgins Clark, Jackie Collin dan Christopher Pike. Samada tak ada atau dah habis atau saya tak jumpa. Huhuhu...
Jam 4 lebih kami dah selesai membeli. Itu pun dah habis membayar, rasa nak masuk balik dan pusing tengok apa yang tertinggal. hehehe....lepas tu kami ke Little India makan capati ngan kuah kari ayam dan kambing. Dah nama pun Little India so memang majoriti pengunjungnya ialah orang India. Ada la dua tiga kerat orang Melayu macam kami dan pelancong asing.
Itu je aktiviti hujung minggu kami. Balik rumah ber'perang' ngan Yana yang demam tapi tak mau makan ubat dan membuat senaman mulut dan test vokal kat abang-abang yang suka mencari pasal. Huh..mencabar sungguh aktiviti di rumah saya.