It's You!

Tuesday, March 18, 2014

Gigi

Salam,

Ada satu tabiat Yani yang saya perasan sejak dulu. Dia tak suka benda masam dan pedas. Kalau Yana suka Vitagen dan seangkatan dengannya, 100 Plus, air oren, ubat gigi tapi Yani memang tak suka semua tu. Oleh sebab itu, Yani memang sangat culas nak menggosok gigi. Selalu kena paksa, bukakan mulut dan gosokkan gigi dia. Tu pun menjerit-jerit nangis sebab tak mau.

Yana pula, selagi tak suruh berhenti, dia akan picit ubat gigi dan gosok gigi dia sampai putih bersinar-sinar. Hehehe...100 Plus pula adalah minuman kegemaran dia sebab dulu dia kerap mengalami masalah buang air besar. Bila dia duduk di kampung dengan mak saya dan adik lelaki saya, dia selalu nampak pakcik dia minum 100 Plus. Satu hari tu, dia pun minta air tu dan lepas minum terus dia mudah buang air. Sejak hari tu, dia pun dah tau, kalau dia sakit perut, dia akan minta 100 Plus tapi takla setiap hari dia minum.

Hari tu dalam kereta selepas ambil diorang balik, saya bersembang-sembang dengan diorang. Biasalah setiap kali ambil diorang, diorang akan cerita apa yang diorang buat, tanya napa mama gi kerja dan lain-lain. Tiba-tiba saya terpandang gigi Yani yang dah kuning.

"Eiii....kuningnya gigi kakak. Tak cantik la"
"Gigi adik cantik tak mama?" Yana tayang gigi dia.
"Gigi adik cantik...bersih"
"Mama suka kakak tak?"
"Kalau tak gosok gigi, mama tak suka kakak la. Nanti gigi ada ulat baru tau"
"Mama suka adik kan?" adik tersenyum-senyum
"Suka. Mama suka adik. Nanti gigi kakak tanggal baru tau"
"Nanti sampai rumah, kakak nak gosok gigi la. Mama suka kakak tak?"
"Suka. Kalau kakak gosok gigi lagi suka"

Sampai di rumah, masing-masing laju buka baju dan pampers dan masuk ke dalam bilik air. Mandi dan gosok gigi. Tapi kakak tetap tak mau bubuh ubat gigi. Takpelah, janji gosok gigi. Baru gigi bersih dan cantik. Hehehehe...

Hahaha...gambar lama waktu bambam sangat bambam

Hahaha...time ni tokak orang memang hobi...

8 comments:

  1. Comet nya dia tunjuk gigi tu ;)
    Biasalah Kniedaz.. masa camni suka gigit orang...

    ReplyDelete
  2. comelnya!!! geram tgk tau..nak geget sikit boleh? hehe

    ReplyDelete
  3. Walau twins tapi tak sama juga bab yg suka tak suka. Tapi muka mereka ni kakak tak boleh bezakan..
    Kena cuba cari ubat gigi yg ada perisa tu agaknya kakak suka kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah kak...macam2 perisa dah beli tapi dia takmau pun..kalau lama sangat tak gosok ggi, saya paksa juga huhu..

      Delete
  4. anak sypun dulu taknak gosok gigi. menangis2lah jugak nak gosok gigi die. Tapi bila dah besar sikit ni, barulah nak gosok lepas tgk upin ipin tu..hehe

    ReplyDelete
  5. lama-lama nanti biasalah tu guna ubat gigi.. ;)

    ReplyDelete
  6. Bambamnya Fida. Tak caya aje depa tu keluar dari kau eh?

    ReplyDelete
  7. Oh, kembar rupanya Yana dan Yani ni! Bestlah berbeza perangai walaupun nampak cam serupa. Dua anak saya pun sama. Si Abang suka gosok gigi, si Adik pemalas.

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...