It's You!

Tuesday, March 25, 2014

The Heroes

Salam,

Lama tak cerita tentang anak-anak. Kali ni cerita pasal anak bujang saya pula. Danish memang sejak kecil ada eczema. Dulu masa kecil selalu badan luka-luka sebab suka menggaru. Sekarang dah meningkat usia jadi anak teruna dah pandai malu. Dia bagitau saya dan Mr Hubby tolong belikan krim untuk memudarkan parut di tangan dan badan. Alhamdulillah, parut makin memudar.

Selaim tu dia dah pandai bergaya. Baju nak selalu kemas, nak pilih sendiri tapi kurus sangat. Kami selalu paksa dia makan sebab nampak kurus. Kalau jumpa orang yang kurus sangat, kami tanya dia...nak jadi macam tu ke?

Bab belajar pula,  sejak masuk kelas tuition, markah ujian makin bagus dan makin rajin buat latihan. Kelas tarian masih berjalan dan 29 Mac ni ada lagi persembahan.

Danial pula makin petah bercakap. Patutlah cikgu dia kata dia ni macam orang dewasa, cakap pun macam orang besar. Sekarang ni dia kuat makan tapi badan taklah besar mana. Kalau keluar makan dengan dia, kena bawa duit lebih sebab macam-macam yang dia pesan. Selalu Mr Hubby usik dia,, kalau bawa dia makan abah kena bawa duit banyak. Si abang selalu usik dia, kata dia suka sangat pesan macam-macam kalau keluar makan. Tapi walaupun dia minta macam-macam, semua yang dia minta dia habiskan so tak kisahla kan.

Kalau orang bercakap atau bertanya, ada je jawapannya. Memang mulut becok sungguh. Kadang-kadang geram juga. Kalau Danish rajin menolong saya, Danial pula memang pemalas. Kalau membebel 10 minit pun belum tentu dia bergerak. Sabar ajala..

Anak-anak, ada pelbagai ragam. Kalau tak sabar, lama dah jadi monster selalu tapi sekarang ni malas nak marah-marah selalu nanti diorang takut nak ajak kita bersembang dan bertanya. Cuma sekali-sekala, perlu gak bertegas supaya diorang tak ambil mudah dengan kita.

My two heroes...eh..eh ada plak yang menyelit ya!

Nota kaki : Berita tentang MH370 itu sangat mengesankan hati pelbagai pihak. Hanya Doa dan ikhtiar untuk mencari apa yang tinggal.

6 comments:

  1. Yang dah confirm dapat dua menantu tu hehe....
    Betul kniedaz.... mcm mcm ragam anak ni, walaupun seperut....layankan ajelah....kalau tak sabar mmg jadi monster ajelah, kan mama....hehe

    ReplyDelete
  2. Akak pulak anak no dua yg rajin menolong akak..
    yg no satu buat akak jadi monster ehe ;)
    Itulah ragam anak2 kan Kniedaz..
    sabar kena banyak ni..

    ReplyDelete
  3. Memang anak2ni byk ragam kan? Pening nak layan sorang2. Haha...

    ReplyDelete
  4. sapa tuh yang menyelit tuh yer.. hihiihi

    Salam kenal

    ReplyDelete
  5. Suka tgk ragam anak anak kecil...keletah dorg mencuit ht...

    ReplyDelete
  6. Betul tu, anak-anak memang berlainan ragam. Perbezaan sikap mereka tu yang menjadi penghibur hati kita sebagai emak. Anak-anak saya dua aje tapi riuh rendah rumah dah macam ada anak sepuluh. Setakat jerit-jerit tu rasa dah tak kuasa sangat-sangat. Buat sakit anak tekak kita aje. Mereka rileks aje. Nanti bila dah imun sangat dengar ratapan jeritan kita, langsunglah mereka tak peduli.

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...