Salam,
Lain padang, lain belalang
Kenapa ada perumpamaan seperti itu di dalam entry saya hari ini? Entahlah..rasa nak meluahkan perasaan pulak hari ni.
Saya sangat rindukan waktu-waktu saya bekerja di Penerbitan Pelangi. Jawatan saya ketika itu cuma Penolong Editor sahaja tetapi saya sangat teruja dengan tugasan yang diberikan kepada saya. Tugas saya ketika itu ialah membuat 'editing' bagi buku-buku latihan dan rujukan Bahasa Malaysia bagi sekolah SRJK(C). 96% rakan sekerja ialah kaum Cina. Hanya saya dan seorang kakak tu je Melayu. Kakak tu editor untuk Bahasa Inggeris. Setiap kerja mempunyai dateline yang telah ditetapkan. Kami tidak dibekalkan dengan komputer kerana kerja kami hanya melibatkan pen dan manuskrip. Setiap masa, kerja saya hanya mengadap manuskrip dan kalau bosan, saya akan baca buku-buku rujukan yang ada di atas rak di belakang saya. Walaupun begitu, kerja bukan sesuatu yang membosankan kerana setiap hari manuskrip yang perlu diedit sentiasa bertukar. Alhamdulillah, hubungan dengan rakan sekerja yang berbangsa Cina juga amat baik dan mereka sangat prihatin dengan keperluan saya.
Tapi sayangnya, selepas berkahwin saya terpaksa meninggalkan Penerbitan Pelangi kerana akan berpindah ke Pulau Pinang. Di Pulau Pinang, saya dimaklumkan mereka tidak ada cawangan pejabat yang membolehkan saya bertukar cuma ada salesperson sahaja so saya terpaksa berhenti. Itu adalah pekerjaan pertama saya selepas menamatkan pelajaran. Walaupun tak kena dengan course yang saya ambil ketika belajar, tapi kerana minat dengan buku, saya selesa berada di sana.
Alhamdulillah, selepas lama menganggur, saya diterima bekerja di bahagian Perpustakaan di UiTM Pulau Pinang. Juga lari dari bidang tetapi sangat dekat dengan diri saya. Walaupun cara bekerja amat berbeza dengan di Penerbitan Pelangi tetapi saya rasa gembira kerana bidang kerja saya masih dikelilingi dengan buku. Buku adalah benda yang saya saya minati sejak saya kecil lagi.
So, apa kena mengena dengan perumpamaan di atas? Saya tiada masalah dengan tugas saya, mungkin cara kerja yang membuatkan kadang-kadang saya terasa hati. Bagi saya, apa saja benda yang kita fikirkan, boleh dizahirkan secara fizikal dengan cara yang betul. Tiada istilah tidak boleh. Mungkin hanya saya seorang yang berfikir benda tu tak susah tapi orang lain fikir benda tu susah. Nampaknya, saya perlu lebih berfikiran terbuka dalam bab kerja. Tidak semua orang mempunyai keupayaan untuk berfikir dan bekerja di "luar kotak" mereka. Pasti ada kekangan di sana sini dan saya pun bukanlah perfect tapi saya rasa kalau kita bekerjasama, apa saja tugas boleh dilaksanakan dengan jayanya. Betul tak?
lain tmpt lain caranya. kerja mgkn xde mslh tp org sekeliling yg buat masalah.
ReplyDeleteKita memang tak tahu perjalanan yg Allah atur utk kita. Betul kadang bidang yg kita belajar tak sama dgn kerja yg kita sandang. Tak apa menimba ilmu juga kiranya kan... environment tu kena tahankan hati.
ReplyDeletePenerbitan Pelangi - 99% Cina
ReplyDeleteLibrary UitM - 99% Melayu
kat situ la bezanya..
beza mentality
beza cara kerja
:)
luahan dari dalam ini..
ReplyDeletebetul tu Anne, Doc, kakzakie n sis chozila...mentaliti berbeza...samada kita berubah atau kita mengubah..masalah dan kekangan ada di mana saja..kena bijak tangani situasi
ReplyDeleteCulture shock tak masa memula kerja dengan semua Melayu?
ReplyDelete