It's You!

Monday, October 8, 2012

Seramnya

Salam Isnin,

Semoga pagi ini semua blogger berada di dalam keadaan sihat. Saya pun alhamdulillah dah sihat selepas minggu lepas berada di dalam keadaan yang kurang sihat. Mungkin saya tak sihat sebab kisah ni tapi tak tau la. Selalu dengar diorang cerita, kali ni terkena pulak kat saya. Tak taula samada perasaan saya atau memang dia nak menyakat saya. Kejap lagi saya cerita ya...


Tunggu.....

Lepas korang baca nanti, korang komen la, agak2 seram ke tak? Ok..

Ni cuma gambar hiasan..tapi seram macam kat tempat ni la huhu..(ehsan pak google)

Ceritanya macam ni...

Ni bukan la nak menakut-nakutkan sesiapa tapi cerita macam ni memang dah kami dengar semenjak library ni dalam pembangunan lagi. Pernah waktu tak siap lagi student nampak lembaga menyerupa perempuan di tingkat atas library melalui tingkap bilik dia. Maklumla..library kami ni 80% cermin so nampakla dalam library kan. Waktu kami dengar cerita ni, kami pun seram sejuk gak tapi ignore je la..

Bila dah pindah masuk ke bangunan baru ni, ada la dua- tiga kali kejadian mistik berlaku kepada kami. Bukan semua yang kena la. Ada member tu kerja sampai jam 10 malam tapi lepas jam 10 dia tak balik lagi sebab kena tunggu wife dia. Tengah dia layan internet tetiba dia dengar bunyi plastik. Dia tak puas hati g check setiap bakul sampah kot-kot ada cik ti ke cik pas ke tapi takde. Lepas tu, blind kat bilik berdekatan dengan dia duduk tu bergoyang-goyang macam ada orang selak. Tak tunggu lagi la..off pc terus blah.

Ada yang kena cuit waktu nak off lampu kat tingkat atas. Ada yang nampak dalam cctv macam orang susun buku walhal dah takde orang pun waktu tu. Tapi pasal blind tingkap tu kalau tak silap ada la dua kali dia main kat situ. Sekali tu bos yang nampak waktu petang. Dahsyat kan dia? Suka kacau-kacau..tak suka tau..

Ok..ok..skang cerita pasal saya. Minggu tu saya kerja petang hari Jumaat. Member saya hari tu perempuan. Sorang lagi lelaki tapi yang jaga kaunter pinjaman saya dan kawan perempuan saya tu. Nak jadikan cerita, hari tu saya tak tau pun tingkat tiga tu ditutup untuk semua pengguna sebab ada leaking. Patutla waktu saya susun buku pukul 2.30 petang tu tingkat tiga tu suram je sebab lampu pun tak pasang semua. Bila dah pukul 5 petang baru saya tau tingkat tiga tu ditutup tapi kalau ada student nak cari buku, staf kena la teman.

Malam tu dalam pukul 8 lebih ada student lelaki nak cari buku kat tingkat tiga. Waktu tu member ada di surau so saya tak boleh la nak teman student tu. Saya cakap jap lagi kalau member saya dah datang, saya akan naik cari budak tu di tingkat dua dan bawa dia ke tingkat tiga.

Bila member saya dah balik, saya pun angkut la buku2 yang ada untuk ke tingkat tiga alang2 dah naik tu sebab boleh susun buku awal. Bila dah malam sangat, saya pun cuak gak nak naik atas. Bila cari2 budak lelaki tu tak jumpa plak so saya naik je la atas sorang-sorang. Sebelum ni, kalau saya nak naik sorang pun bila takde student kat tingkat tiga tu, saya akan bawa hp dan pasang ayat Quran tapi malam tu hp pun saya tinggal. Naik pun berani je.

Waktu saya tengah susun buku kat rak paling bawah, of course la kena bertinggung dan tunduk...dari ekor mata saya, saya nampak kelibat kain putih lalu kat celah rak sebelah saya. Lepas tu laju2 saya angkat muka tapi tak nampak apa. Muka terus rasa panas..tak cakap apa, saya terus turun ikut tangga. Saya selalu kalau naik lif terbayang2 bila buka pintu lif ada hantu jenguk kat dalam lif...huhu...penangan cerita seram la ni..Turun2 tu saya tak cerita pun kat sapa2. Tapi otak dok ligat berpusing2 betul ke apa yang saya nampak tu.

Lepas tu la, Isnin saya mc..Selasa dan Rabu kerja lepas tu demam lagi. MC lagi Khamis dan Jumaat. Huhu...

Kalau korang, korang seram tak??

Nota kaki: Ni tak cerita kat member lain ni. Takut diorang seram nak gi tingkat tiga tu bila kerja malam nanti. Tapi lepas ni, kalau saya kerja malam, saya suruh budak lelaki je la naik. Kalau naik pun, berteman..Suka ati  kamu je takutkan saya ye...huhu


6 comments:

  1. gurlpppp mcm ada pernah tgk filem seram ttg library juga tau...tapi lupa tajuknye..cite omputih...

    kalo tmpt2 gitu mmg selalu la ada kot...mana2 kot ada...sbb tapak bangunan tu kadang2...

    btw mmg seram kalo malam2...

    bagus jugak tak cite kat kawan2 ...nanti seme pakat takmo amik syif malam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la asha..kat mana2 pun ada..cuma nampak ngan tak nampak je..
      lepas ni kalau nak kerja shif malam kena ada staf lelaki sama la..baru rasa selamat sket ngeeee

      Delete
  2. Hehe Sal,
    Dia setia menunggu sesapa yang dia nak bagi nampak
    Jangan nampak muka dah la..nampak kain sipi2 pun cuak dah

    ReplyDelete
  3. huwaaa kak ida..takutnyaaaa...
    mmg konpem ah, lps ni tak naik susun kerusi ke apa. tunggu pg esok baru susun kerusi meja. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kan....suka suka je dia main cak cak ngan kida..tak suka tau..huhu..

      Delete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...