It's You!

Saturday, June 29, 2013

Hujung Minggu

Salam

Hujung minggu duduk di rumah dengan anak-anak. Hari ni masak telur itik masak lemak cili api.

Alkisahnya...member kerja bawatelur itik sebab ada member tu pesan nak. Tapi waktu dia bawa tu, si pemesan tak mai sebab bercuti. Sebab malas nak bawa balik, dia jual kat kami. Sebiji 30 sen so saya dan sorang kawan bahagi dua telur yang dibawa...dapat sorang 10 biji. Tak tau nak masak apa telur itik tu...tahunya masak lemak je itupun mak yang masak. Saya goreng tauhu, tempe dan ikan temenung.

Petang ni diorang kat rumah ni buat laksa. Saya tak gemar laksa tapi tengok juga cara membuatnya sebab anak2 dan mr hubby suka laksa. Itu je setakat petang ni. Waktu ni la boleh makan dan masak apa yang kita suka. Hari bekerja makan yang simple je.

4 comments:

  1. Telur itik masak lemak mmg terbaik!!! Makan bertambah tak sedar! hahaha....Laksa apa yg dibuat tu? Penang? Johor?

    ReplyDelete
  2. wah sedapnya!menyelerakan ...saya pun suka masak lemak kuning telur itik ni.nyum nyum

    ReplyDelete
  3. nyum! sy tak pernah makan telur itik masak lemak cili api ni..
    last ada tertgk kt TV resepi ni kt rancangan JJCM kot.. boleh cuba nti:)

    ReplyDelete
  4. Alahai sedapnya Kniedaz...hari ni kita tak masak...lauk mentah dah habis...huhu

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...