It's You!

Tuesday, June 18, 2013

Dugaan

Salam,

Sesungguhnya, Allah sentiasa akan memberi jalan kepada hambaNya. Saya selalu berdoa dalam solat saya agar Allah berikan rezeki yang halal, permudahkan jalan hidup dan berikan jalan untuk menyelesaikan hutang-hutang. Itu memang antara doa yang diulang setiap waktu.

Alhamdulillah, walaupun pelbagai masalah mendatang, pada akhirnya, ada juga jalan yang diberikan sebagai penyelesaiannya.

Kami memang sedang mencari pengasuh untuk Yani dan Yana. Mereka dah masuk 2 tahun setengah dan boleh bercakap dan mendengar arahan. Di rumah pengasuh, mereka akan ada kawan, dan belajar mengenal orang luar. Sebelum hantar ke sekolah, kita mulakan dengan yang lebih kecil dulu. Alhamdulillah, tadi dah dapat pengasuh. Kami dah kenal lama sebab dulu Danish dan Danial pun kami hantar kat pengasuh yang sama. Kami start hantar selepas raya nanti tapi sebelum tu saya kena train diorang dulu. Kena ambil cuti sehari dua untuk biasakan diorang.

Yana comel ni nak ikut tok balik kampung? 

Hujung bulan ni, mak saya akan pulang ke Johor. Biasanya bila bulan puasa dia akan berpuasa di kampung, sambil mengemas rumah untuk hari raya. Kami bercadang nak tinggalkan Yana di kampung bersama emak sehingga hari raya. Aduh...mesti saya rindu tapi sebab kat sini Mummy Yon hanya boleh jaga sorang. Dia pun sibuk dengan persiapan kahwinnya. Pengasuh baru cuma akan start lepas raya...

Kalau korang macamana ya? Mak dan Yana sangat rapat. Aritu waktu sembang-sembang ngan mak dia pun kata nak bawa Yana balik. Cuma saya tak tau la macamana nanti keadaan dia di sana. Cadangnya nak cuba seminggu dulu kalau tak boleh, saya kenalah ambil dia balik Penang. Jauh tu..rindu tu...huhu

Nota kecil : Ada jalannya, cuma nak dengan tak je...

9 comments:

  1. of coz rindu... alahaiiii... tu la kan.. dulu kita ni terhengeh2 nak balik kg dok umah tok.. walhal mak kat umah merindu kita.. skrg ni turn kita lak nak kena merindu anak...

    ReplyDelete
  2. kak, kembar blm pernah berpisah jauh2 kan? izan pun tak dpt bayangkan camna sbb tak pernah hadapi situasi camni. mudah-mudahan ada jalan buat akak n kembar nanti...

    ReplyDelete
  3. jauh tu... pastu lama plak terpisah... huhuhu...
    mesti ada jalan lain....

    ReplyDelete
  4. kembar boleh pisah ke kak? kalau saya, memang tak sanggup pisah lama dan jauuhhhhhh dgn anak.....

    ReplyDelete
  5. yana sorang je ke yg pegi? yani?

    jauh tu penang ngn johor.....insya-Allah ada jalan....

    ReplyDelete
  6. MULA2 CONFEM LA RINDU,DH LAMA2 NNT OK KOT
    TP KALAU BUI MMG X SANGGUP BERJAUHAN DR ANAK2..

    ReplyDelete
  7. Tak tau nak kata Kniedaz.... kalau OKje tak sanggup nak berpisah..... carilah pengasuh utk Yana jugak sekurang2nya dekat dgn kitakan....walaupun berasingan pengasuh!

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...