Malam tadi kami sekeluarga berjalan kaki ke kedai makan di depan taman. Tak jauh mana pun...jalan 2-3 minit dah sampai. Tak pernah makan kat kedai depan ni. Tuan baru, Pak Teh kata, sedap masakannya. Oleh kerana hanya kami anak-beranak dan mak saja di rumah, hujung minggu ni kami hanya makan di kedai je.
Sambil berjalan, sambil tengok bulan penuh. Saya baca dalam surat khabar malam tadi berlakunya fenomena Supermoon di mana bulan dilihat lebih besar dan lebih bercahaya daripada biasa. Ini kerana waktu itu orbit bulan adalah dalam keadaan paling hampir dengan bumi kerana orbit bulan tidak bulat tetapi sedikit bujur.
Ni je yang dapat saya tangkap ngan hp..tapi bila tengok dengan mata, Subhanallah...sangat cantik..rasa macam nak bentang tikar dan baring tengok bulan sepanjang malam. Dah macam pungguk rindukan bulan la pulak...hehe
Memang nampak lebih bercahaya dan sedikit besar. Sayangnya saya tak ada kamera yang berlensa sesuai untuk menangkap gambar bulan itu. Wak Gelas ada tangkap gambar Supermoon tak? Hehehe....
Subhanallah..malam nisfu Syaaban..
ReplyDeleteBetul malam tadi walau jerebu tapi masih dapat melihat bulan yg besar. Tempat kakak ni jerebu boleh tahan macam tak nak berubah.. sama-sama kita berdoa moga jerebu cepat berakhir.
ReplyDeleteWhts is Sprmoon kak?
ReplyDeletesubhanallah... supermoon..alamak sy terlupa..dah set nak tengok, tapi lupa plak.. salam nifsu sya'ban..:)
ReplyDeleteperasan gak semalam....
ReplyDeletewalopun dlm jerebu tapi jelas kelihatan....
pungguk rindukan bulan.. hmm nampak cantek.. syok kalau boleh ngintai bulan camni.. rumah saya tak leh ngintai.. kalau ternampak je boleh la.. kalau tidak.. hmmm.. harap kan kena kuar rumah baru nampak.. kapal terbang lalu ada la..
ReplyDeletetak sempat nak tengok tido awal...
ReplyDeleteMasa supermoon tu tak sempat tengok dan tangkap pun Kniedaz...
ReplyDelete