It's You!

Monday, June 24, 2013

Their First Time

Salam,

Jumaat lepas, MIL bersiap-siap beg nak ke Putrajaya. Bas bertolak jam 12 tengah malam. Tiba-tiba MIL cakap nak bawa Yani ke Putrajaya sekali. MIL ke sana sebab hari Selasa dia ada kursus. Mula-mula macam, bolehke Si Yani ni duduk dalam bas. Kami tak pernah bawa dia naik bas.

Bila MIL bagitau kat Yani, laju je dia kata nak ikut. Siap ambil baju suruh saya bubuh dalam beg. Sebab Mummy Yon dan Tok Ibu pun dah ada kat KL, saya kata ok la. Nanti diorang balik, boleh bawa Yani balik sama. Yana masih ok je. Dia tak minta pun nak ikut. Selamba je.

Gelagat mereka di stesen bas.

Muka budak excited nak naik bas..

Malam tu, saya, Mr Hubby dan Yana hantar MIL dan Yani ke stesen bas. Yani dah excited nak naik bas. Siap dengan sweater dah. Rileks je. Bila bas sampai je, dia dah tak sabar nak naik bas. Lepas salam saya dan Mr Hubby dan kena cium peluk gomol, dia pun naik bas. Memang rileks je muka, siap babai kami.

Bila masuk kereta, Yana start tanya "Kakak mana?". Dia dok ulang ayat "Kakak mana?" dari stesen bas sampai ke rumah. Sampai kat rumah je, bila kereta berhenti, dia pun start nangis. Masuk rumah, pujuk dia...kata nanti abah amik kakak...tak juga jalan. Lepas tu terus buka Disney Junior. Terus dia diam, ambil bantal busuk dan baring tengok kartun.

Sampai hari ni tak tanya "Kakak mana" lagi. Bila kita tanya "kakak mana?" dia kata "Kakak ilang". Yani pulak dengar ceritanya, tak tanya pun adik kat mana. Dia sibuk kerja...dia kata. Tau tak apa kerja dia kat Putrajaya? Main game...huhu...

Malam ni Yani, Mummy Yon dan Tok Ibu akan bertolak balik dari Kuala Lumpur. Pengalaman pertama Yani dan Yana berjauhan. Lepas ni, Yana nak duduk Johor sebulan. Lagi lama tu..huhu...

8 comments:

  1. siannya depa kena berpisah..huhuh

    ReplyDelete
  2. comelnya..
    seronok melihat telatah twin..

    ReplyDelete
  3. kesiannya....
    adik je ingat kat kakak,
    kakak tak ingat pun kat adik

    ReplyDelete
  4. Sebab twins naluri lagi terasa. Cuma masih kecik tak dapat nak express apa yg dia rasakan. Selalu ada sama-sama tetiba satu tak ada:)

    ReplyDelete
  5. sian pulak dengar... kakak mana.. kakak ilang.. budak2 mmg tak tahu apa jadi kan.. sedey kita yg dengar..

    ReplyDelete
  6. Salam kenal.first time singgah sini hihi.so yani n yana ni twin ya.?comelnya...kesian dgr bila bpisah siap tanya2 n menangis.yelah biasa berdua bersamakan.kenapa lepas ni yana kena dok johor sebulan?

    Jemput singgah blog saya ye..sweetamieda.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. Kena terang kan betul2 kan Yani nanti...kalau tak sepanjang sebulan Yana kat Johor nanti, hari2 si Yani tanya " mana Yana? "....ekkekekekekkee

    ReplyDelete
  8. kalau dah ok berjauhan senang le nak tinggal mana-mana nanti... mama tak yah susah hati lagi!

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...