It's You!

Monday, June 17, 2013

Ayam Oh Ayam

Salam,

Dah hampir sebulan projek ayam BIL ngan Mr Hubby berjalan. Saya jarang-jarang tengok pun. Diorang je yang rajin. BIL memang rajin membersihkan reban, bagi makan dan minum dan buat macam-macam kat kawasan reban. Baru-baru ni dia pasang lampu menuju ke reban. Dia kata biar cerah kalau malam-malam nak check ayam.

Hari Jumaat lepas balik kerja saya pun jenguk la reban ayam tu. Wah...tak sangka dah besar ayam-ayam mereka. Kalau ikut kata nyonya kedai ayam tu, dalam 3 bulan lebih dah boleh sembelih. Mr Hubby kata, bila dah cukup umur nanti, dia akan bagi sorang sekor kat jiran terdekat sebab dia risau bila dah membela ayam ni, ada bau busuk ke, lalat ke masuk umah diorang. Tapi setakat ni, alhamdulillah takde yang mengadu sebab reban pun letaknya jauh dari rumah dan BIL n Mr Hubby maintain kebersihan reban.

Najis ayam tu, diorang buat baja pokok-pokok cili yang baru ditanam so tak la terbuang begitu saja. Saya ni nak bercucuk tanam tapi belum kesampaian lagi. Kena kuat semangat nak ke kebun ni. Hehehe....

Dah makin besar...

Ni depan umah kami...reban tu ada kat bawah pokok kelapa tu. Ada macam-macam pokok ditanam hasil tangan bapa saudara Mr Hubby. Nanti saya tangkap gambar yang lebih detail.

5 comments:

  1. dulu masa kecik arwah ayah ada juge buat reban ayam..tapi pakai kayu, loni , reban pun dah moden...

    kueh

    ReplyDelete
  2. ada sejenis serbuk mengandungi bakteria yang bila disemburkan kepada tahi ayam tu, ia tolong digest dan jadikan tahi ayam tu tak berbau... dan terus jadi baja... cuba cari di sana atau on line.

    ReplyDelete
  3. bestnya tgk ayam2 tu dah besar kak. lepas ni bolehlah sembelih pulak ye.

    ReplyDelete
  4. Tak sempat le nak makan ayam bela sendiri Hari Raya ni Kniedaz hehe

    ReplyDelete
  5. Wah bestnyadpt makan ayam ygd ibeli sendiri..tp betul yg takut nak bela ayam tuh sbb takut mengganggu udara jiran2..tambah2 dok kat pekan kan...

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...