Sambung sedikit tentang trip Bandung-Jakarta saya dan rakan-rakan. Ini cuma pandangan dari mata seorang wanita yang cepat terasa jiwanya...^_^
Macam apa yang saya kata dalam entry yang lama, hujan emas di negeri orang...di Bandung, begitu ramai orang yang menjadi penjaja jalanan, penyanyi jalanan dan pengemis jalanan. Saya tabik kepada mereka yang sangat bersungguh-sungguh mencari rezeki di daerah yang padat dengan penduduk dan pelancong. Walaupun dia hanya pengemis, tetapi ada yang melakukannya dengan cara yang kreatif, seperti mengecat seluruh badan dengan cat silver metalik seperti silver man. Pak Herman kata, sebahagian duit yang silverman dapat diberikan kepada anak-anak yatim.
Silver man di Jakarta sumber google.
Penyanyi jalanan juga sangat ramai. Ketika di Pasar Baru, waktu menunggu bas kami sampai, saya dan Mr Hubby didatangi oleh seorang penyanyi jalanan. Bersungguh-sungguh dia menyanyi di sebelah kami. Suaranya boleh tahan merdunya, dari satu lagu ke satu lagu sambil diselangi oleh kata-kata memohon supaya Allah berikan kami kesihatan dan keselamatan. Hati ini nak saja hulurkan duit tetapi telah diingatkan supaya tidak memberi ketika terlalu ramai mereka ada dekat dengan kita takut dikeroyok saja.
Berbalik kepada penyanyi jalanan tadi, tanpa putus asa dia menyanyi di sisi kami sehingga hampir 5 lagu sebelum dia beredar ke pelancong yang lain. Usaha tanpa jemu demi sesuap makanan. Kadang-kadang hanya untuk Rp1000 yang dihulurkan (lebih kurang 30 sen rasanya). Alangkah bagusnya jika di sana ada perusahaan-perusahaan yang boleh memberikan mereka kerja yang lebih baik. Mungkin ada, tetapi mungkin tak banyak.
Hati saya cepat juga tersentuh jika melihat anak-anak kecil yang dibawa mengemis oleh "ibu" mereka. Bukan setakat di sana tapi di Malaysia juga. Tidak kasihankah dengan mereka sehingga sanggup dibawa mengemis. Kawan saya kata, jangan beri duit kepada mereka yang membawa anak kecil, memang tujuan mereka begitu...menarik simpati orang. Jika dia dapat lebih ketika membawa anak kecil itu, ia akan jadi modal dia untuk terus mengheret si kecil sama.
Di Jakarta, mungkin kerana penduduknya ramai, maka ada sesetengah tempat itu kelihatan tidak teratur pembangunannya. Di kota Jakarta banyak bangunan-bangunan gah dibina tetapi di pinggir kota bagai banyak bezanya. Sungai mereka yang luas juga kotor dengan sampah sarap. Tetapi, banyak juga usaha-usaha yang baik yang dijalankan oleh pemerintah untuk keselesaan penduduk. Contoh yang saya suka ialah peraturan berkongsi kereta di jalan-jalan tertentu di Jakarta. Kalau bawa kereta sendirian, boleh ditangkap polis so kenalah ambil "joki" (penumpang olok-olok) yang banyak terdapat di tepi jalan dengan bayaran yang lebih murah daripada membayar denda.
Satu lagi saya suka amalan menutup beberapa jalan utama di tengah kota Jakarta (kalau tak silap yang berhampiran dengan tugu Monas tu) di hujung minggu untuk menggalakkan penduduk beriadah bersama keluarga. Waktu tu, nak berjoging dan bersenam, tak perlu bimbang dengan kenderaan bertali arus. Jalan-jalan tu ditutup sehingga jam 12 tengahari.
Last,
Kata Pak Herman, di sana, yang kaya, terlampau kaya, yang miskin, terlampau miskin. Saya dah nampak kebenarannya.
Kata Pak Herman, banyak artis-artis Indonesia berasal daripada Bandung. Orang-orang di Bandung cantik-cantik dan handsome. Yang masuk dalam sinetron tu banyak yang kacukan. Saya tengok, mereka sama seperti kita cuma budaya hidup, cara berpakaian dan tutur bahasa yang beza.
Kata Pak Herman, ada pengemis yang sudah selesa dengan kerja mengemis sehingga mereka tak mau cari kerja lain kerana hasil menge,is lebih lumayan. Sapa kata mengemis tak ada duit? Kalau tak, takkanlah ada sindiket?
Banyak betul kata Pak Herman kan? Tour guide yang sangat sempoi dan banyak cerita. Mesra dan sangat membantu. Sesiapa yang nak ke Bandung, Bali, Jakarta, bolehlah cuba servis dia. Kalau nak nombor telefon, emel la saya kniedaz@gmail.com nanti saya beri.
Last lagi...cerita ini la yang saya nak cerita bila saya attach quote ni pagi tadi.
Teringat jgk pengalaman sy dijakarta dl..mmg ramai pengemis yg berani2 semuanya menjadi penghibur jalanan..kesian kan..kata2pak herman tuh btul,jurang perbezaan taraf antara mrk mmg ketara..alhamdulillah dim'sia kurang2 ade jgk yg sederhana2 shj...
ReplyDeletedi indonesia, mana2 pun akan berlaku sedemikian rupa. teringat kenangan di kota jakarta sekitar tahun 2009, ramai yg mengetuk tingkap kereta kerana ingin menjual barangan atau meminta sedekah. di sana mmg ketara taraf hidup sesama mereka. kita di malaysia ni patut rasa bersyukur dgn keamanan dan keharmonian yg telah diberikan
ReplyDeleteSebut pasal pengemis/silverman tu semua, kita di Malaysia ni terlalu manja...terlalu mudah mengemis secara malas, ie terus tadah tangan, takde usaha nak menyanyi ke, buat persembahan ke...
ReplyDeleteBab berkongsi kereta tu mmg bagus, dan itu kita patut ambil contoh..Yg tutup jalan tu pun bagus..
Benar, berjalan ke negara yg jurang kaya VS miskin terlalu besar macam Indon, India..benar2 membuka mata kita
kak pun suka buka mata dan buka hati bila berjalan ke tempat orang..
ReplyDelete100% otak bukan pada shopping saja
nice qoutes..itu kehidupan.
ReplyDeletekueh
itula sedih sgt bila tgk keadaan mereka.. terutama bila kt naik van, berhenti di trfc lght, pastu depa kerumun pada van minta sedekah..
ReplyDeleteya ALLAH, sedihnya..
Indonesiakan sebuah negara yg ramai penduduk dan ramai jugak yg mengemis ...kesiankan....
ReplyDelete